BAB 1

Romance Completed 580

“cucur badak...cucur badak!!!!” jerit Rossa dengan jalan yang semakin tidak lurus. Terhoyong hayang kiri ke kanan. Rostam yang sedang membasuh motor di hadapan rumahnya dengan rela hati menyahut jeritan Rossa .

“badak air!!! Aooouuuuuummmmm... kecepeh kecepeh”

Rossa berhenti berjalan. Diletaknya raga ke bawah dan terus dijegilkan matanya. Rostam gelak tetapi sempat membetulkan jambul mahalnya.

“Mak!!!! .. ada orang jual badak air ni,,....” jerit Rostam . Mendengar sahaja Rostam memanggil Mak Kuntum, terus Rossa berlari bagai tidak cukup tanah. Siapa yang tidak takutkan guru mengaji kelas A di kampung itu?. garangnya..mengalahkan singa. Walaupun Rossa sudah pun berumur 19 tahun, tetapi apahbila terpandangkan wajah Mak Kuntum sahaja terus punggungnya terasa sengal. Terasa kembali keperitan di rotan kerana bermain guli dengan budak lelaki diluar rumah sebelum mengaji.

“Apa?’ Mak kuntum menjengah ke luar. Sudipnya dipegang dengan kuat.

“Tak ada apa” Rostam sengih. Setelah siap membasuh motor, dia terus menunggangnya untuk ke rumah Ali. Dalam perjalanan Rostam terpandangkan Rossa yang sedang berehat di bawah pokok. Dalam pada masa yang sama, dia makan cucur badak jualannya sendiri.

Bagai di panggil – panggil, Rostam terus memberhentikan motornya di hadapan Rossa .

“kau jual tapi kau makan?” Rostam duduk di sebelahnya. Dia juga turut makan cucur badak jualan Rossa .

“Kau bayar ya !” Rossa membeliakkan biji matanya.

“Mana ada orang bayar makan badak” Rostam mengambil sebiji lagi. Sekadar mengambil hati bukannya sedap pun. Sebab tu tak laku – laku. Banyak yang kurangnya!.

“Sedap ye?” soal Rossa .

Rostam hanya angkat kening. Dia yang merupakan chef di sebuah hotel pun tak sampai hati nak kutuk hasil masakan Rossa . Sesekali pulang ke kampung, takkan nak menyakiti hati orang kampungnya sendiri.

“Hmmm... cuba komen. Kau kan chef” Rossa beriya – iya. Rostam menarik nafas dalam – dalam.

“pertama... apasal kau ber’aku’ kau saja dengan aku?. Aku ni dah 25 tahun tau!. Kedua... kau pergi belajar dengan badak air macam mana nak buat cucur badak. Confirm sedap!. Ni sedap juga tapi kenapa kau perah kelapanya?” soal Rostam .

“Santannya aku buat kari semalam. Bapak nak makan kari. Malas aku nak pergi parut kelapa lagi!”

“Kau tahu tak .. berdosa tau!!!!” Rostam menggeleng kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience