BAB 10

Humor Completed 19627

“mama…”

Zanita tersentak. Dia terus memalingkan wajah ke arah Asha yang sedang berlari mendapatkannya. Dengan pantas tubuh kecil itu di dakap dan cium penuh kasih sayang dan rindu.

“selamat hari jadi sayang”, ucap Zanita menahan esakannya.

Asha menyeka air mata di pipi Zanita. “mana Uncle Syam?”

Zanita tersenyum. Tidak langsung dia menjawab pertanyaan Asha. Sebaliknya, dia terus memeluk Asha seerat yang mungkin.

“Asha sayang mama?”, soal Puan Rosimah ynag sudah menghampiri Asha dan bekas menantunya.Asha mengangguk.

“Asha nak tak kalau mama dengan papa berbaik semula?”, soal Puan Rosimah mengusap lembut rambut cucunya.

“tidak….” Serentak Fiq dan Zanita membantah. Puan Rosimah diam. Asha memandang wajah mama dan papanya silih berganti.

“Asha bukan budak kecil lagi”, tukas Asha berlari mendakap papanya.

“sayang, papa bukan bermaksud macam tu…”

“tapi, apa salahnya Asha ada dua orang papa dan dua orang mama? Asha suka Uncle Syam dengan akak yang jual cupcake tu”, sampuk Asha laju.

Fiq dan Zanita saling berpandangan. Masing-masing hanya membisu…

*****

“kau termenung kenapa?”

Syura diam. Otaknya tidak dapat melupakan peristiwa yang berlaku di rumah Fiq tadi. Malu gilalah dia mengingati kejadian itu.

“yang kau berselimut bagai ni kenapa?”, soal Zati. Memang tidak mahu putus asa dalam soal-menyoal ni!

“tak adalah. Impian kedua aku dah tercapai”, balas Syura perlahan.

“impian? Oi cik kak, aku tanya kau kenapa. Bukan aku tanya apa impian kau” Zati mula panas hati.

“yela, aku dah dapat berenang dalam kolam” Syura seolah-olah mahu bermain teka-teki dengannya. Zati menggaru-garu kepalanya.

“aku tak fahamlah. Apa kaitan kolam pula ni? Yang aku tahu, kau pergi hantar cupcake”

Syura mendengus. Malas pula dia mahu bercerita panjang lebar.

“panjang ceritanya”

“pendekkan” Zati sudah meniru ayat daripada pelakon Saiful Apek pula. Syura ketawa kecil. Pandai betul buat lawak!

“aku pergi hantar cupcake. Lepas tu, tuan rumah tu ajak aku join sekali. Aku nak tolak tak sampai hati. Jadi, aku pun joinlah. Sebab kat dalam rimas sangat, aku pun keluarlah lepak kat kolam. Adalah hamba Allah ni. Dia ni lelaki tapi, dah kahwin. Aku borak macam biasa. Tiba-tiba je, tak ada angin dengan ribut, bini dia datang marah-marah. Apa lagi, terus di tolaknya aku ke dalam kolam. Itulah aku cakap tadi, impian ketiga aku nak mandi kat kolam renang dah tercapai. Memalukan betul”, terang Syura dengan penuh perasaan.

Zati sudah terguling-guling mendengar cerita Syura. Senak perutnya mentertawakan kawan baiknya sendiri.

“oi, kau agak-agaklah kalau nak gelak pun. Aku sepak kang”, marah Syura menunjuk kakinya.

Opss, mak cik ni dah naik hantu!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience