BAB 13

Humor Completed 19627

“JOMLAH CEPAT”

“pergi mana?”

“eh, aku ajak kau datang sini sebab nak bercuti. Bukan nak suruh kau layan perasaan”

“nak pergi mana? Dah tengah malam ni. Lagipun, sejuk kat luar tu”

“jomlah. Lepak kat pantai”, ajak Zati penuh berkobar-kobar.

“ei, kau ni. Yela, bagi aku tukar baju” Syura mengalah juga akhirnya. Tidak sampai beberapa minit, dia siap dengan t shirt lengan panjang dan seluar jeans. Memikirkan angin malam yang sangat sejuk, membuatkan dia mahu berehat saja.

Bukan berehat sebenarnya, dia tidak lepas dari memikirkan Fiq. Lelaki itu sentiasa datang ke kedainya dan merayu simpati. Sudahlah dia lemah dalam bab rayu-merayu ni. Akhirnya, dia bercadang untuk bercuti. Berharap pulang dari Pangkor, lelaki itu tidak akan mencarinya lagi.

“kau boleh jalan perlahan tak? Kata nak lepak-lepak. Ni macam nak joging pun ada”, marah Syura mencekak pinggang.

“ala, kau ni Syu, suka berleter macam mak nenek”

“hello, kalau aku tahu macam ni, tak mahu aku keluar. Dah la sejuk. Kau…” Kata-katanya termati di situ saja apabila terdengar petikan gitar di belakangnya. Syura terkaku. Terus termati langkahnya. Berdiri terus bulu romanya. Nasib baik tak gugur!

Makin lama, makin dekat bunyi gitar itu di belakangnya.

“entah mengapa ku rasa tak menentu
semenjak aku mengenali dirimu sayang
terbayang-bayang wajahmu dimataku
hingga tersentuh rasa indah dikalbu
apakah ertinya..
aku tak tahu mengapa aku rindu
inginku curah tetapi rasa malu
cubalah engkau mengerti isi hatiku
didalam diam aku mencintai mu..
kuharap kau faham perasaanku
yang kini dilamun rindu padamu
sesungguhnya aku telah jatuh cinta..
oh indahnya bila bersamamu….
moga engkau dapat terima
cintaku dengan ikhlasnya
janganlah engkau sia-siakan
harapan dan impian ku..
Dalam diam ku mencintaimu…”

“saya tak pandai nak bermadah awak. Tapi, apa yang saya nyanyikan tadi semuanya berkaitan hati saya. Awak…”

Syura yang diam kini mengalami debaran di dada. Seperti debaran ‘sehati berdansa’ lah pulak. Pipinya mula merah. Seperti blusher jadinya. Hilang sudah Zati. Kini, dia berpijak di bumi yang nyata!

“untuk awak”

Syura menyambut bungkusan kotak dengan penuh tanda tanya. “boleh saya buka?”, pinta Syura tenang. Tenanglah sangat. Dalam hati, hanya Allah saja yang tahu.

“bukalah. Khas buat awak”, balas Fiq dengan senyuman.

Wah, kacaknya dia. Pujinya dalam diam. Dengan perlahan dia membuka bungkusan tersebut. Cupcake?

“saya buat sendiri tau”, ujar Fiq dengan senyuman lebar.

Ya, memang comel cupcake ni. “tapi…”

“saya cintakan awak”, ucap Fiq mengumpul kekuatan untuk menuturkan kalimah bermakna sekali.

“isteri awak?”

Fiq tersenyum kecil. “saya dah lama bercerai. Awak, seperti yang saya nyanyikan tadi, dalam diam saya mula sukakan awak. Syu, saya ikhlas dengan awak”, ucap Fiq merenung wajah Syura yang makin merah pipinya.

“kita tak sama Fiq. Saya ni, tak macam awak fikirkan. Saya tak ada famili…”

“kami kan ada. Kami ni kan keluarga Syu juga”, celah satu suara yang amat di kenali Syura.

Puan Rosimah?

Zati?

Asha?

Syura macam mahu pitam. Aku terkena? Ya Allah, malu gila!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience