BAB 11

Humor Completed 19627

“BUKAN KATAK atau biawak,
assalammualaikun awak”

Ucap Fiq yang sudah menegur Syura dengan pantunnya. Syura yang sedang membelek novel terus memandang ke arah suara yang memberi salam. Hanya sengihan saja yang meniti di bibir Fiq. Nyampah!

“sebelum makan baca doa,
tak jawab salam berdosa”

Fiq cuba berpantun lagi. Dia akan berusaha untuk meraih hati Syura.

“aku tahulah hukum hakam,
Hmmm, waalaikummussalam”

Balas Syura dengan penuh kerek. Dia terus mengalihkan pandangan ke arah rak buku. Tidak berminat nak berbalah dengan Fiq.

“main sarang tebuan kena sengat,
Janganlah sombong sangat”

Fiq berpantun lagi. Dalam hati bukan main gembira lagi apabila Syura menjawab salamnya. Macam nak nyanyi pula ‘Lagu Gembira’.

“anak hindu kena lelah,
hei mamat jangan kacaulah”

Marah Syura sudah mencekak pinggang. Hilang mood nak membeli novel. Kacaulah dia ni. Pergilah main jauh-jauh. Fiq yang mendengar terus ketawa kecil. Kelakarlah main balas pantun. Ternyata Syura tidak mahu kalah dengannya. Dasyatnya minah ni.

“masak dodol kena kacau,
sape lagi saya nak kacau?”

Fiq sudah mengangkat kening. Ingat aku ni tak pandai pantun ke? Ini Mohd Fiqri Hafiz lah. Jaguh nombor satu dalam pertandingan lawan pantun masa zaman sekolah menengah lagi. Cewah, puji sendiri nampak!

Syura mencebik. Nak main pantun-pantun pulak mamat ni. keringlah idea aku kalau macam ni.

“budak kecil main di taman,
pergilah kacau beruk di hutan”

Bidas Syura terus melangkah keluar dari kedai buku popular. Namun, Fiq tetap mengekorinya juga. Ishk, laki ni……tak boleh jadi kalau macam ni. Nak buka larian pecut ke? Dahlah aku terlebih baik pula hari ni. Pakai baju kurung pula. Almaklumlah hari jumaat!

“speaking english boleh belajar,
sejauh mana awak lari saya kejar”

Balas Fiq mengikut langkah Syura yang makin laju itu.

Syura menghentikan langkahnya. Dia terus memandang Fiq dengan pandangan tajam. Kalaulah dia mempunyai tenaga seperti lelaki, dah lama agaknya Fiq makan penumbuk sulungnya.

“nak cakap salah, tak cakap pun salah,
maaflah kalau buat awak marah”

Suara Fiq begitu sayu sekali. Dia berharap sangat Syura akan maafkannya.
Syura diam. tidak berkutik langsung. Lambat-lambat dia membalas,

“semua manusia perlu makan,
dah lama saya maafkan”

Fiq yang mendengar terus tersenyum. Betul ke apa yang aku dengar ni? Dia dah maafkan aku? Yahooooo!!!

“terima kasih awak”

“hmm, sama-sama. Saya balik dulu”, tukas Syura pantas. Malas mahu melayani Fiq lagi. sudahlah otaknya penat nak berbalas pantun. Kalau di ajak berbual lagi, memang matilah jawabnya. Mana taknya, penat berfikir. Bukankah berfikir menggunakan otak? Hehehehehe….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience