BAB 1

Humor Completed 19627

BUK!

“Hello cik abang, mata tu dah letak kat lutut ke? Dah boleh nampak ke saya yang sebesar mata memandang ni ada depan mata?”, sindir Syura dengan suara yang sehabisnya keluar.

Naik berang dia apabila bungkusan kotak di tangannya terjatuh dan terkeluar isi di dalamnya. Kalau iyapun tengah on phone, pandanglah kiri kanan. Biul betul! Segala macam sumpah seranah dilaharkannya. Jarang sekali dia yang ayu bagai wanita melayu terakhir naik hantu, ini sudah dikira kes terpencil.

Tidak semena-mena, langkah kaki Fiq terhenti. Telefon masih di tangannya. Dia menoleh ke belakang. Pandangannya kini berbalas dengan pandangan Syura. Sesekali matanya melirik ke arah bungkusan yang sudah terkeluar isinya. Bala apa pulak yang datang ni? soal hati kecil Fiq.

“Zack, aku call kau nanti. Ada perempuan gila pulak yang tiba-tiba naik angin”, tutur Fiq lalu memutuskan talian.

Gila? Ingat aku gila ke? Syura mula panas telinga. Seakan-akan berasap pula telinganya kini. Kalau di siram air sejuk pun belum tentu lagi dapat menghilangkan panas di telinga nipisnya itu. Ingat dia tidak dengar lelaki itu menuduhnya gila? Huh, kalau aku gila, dia pun gila layan aku. Eh, jap! Aku nak gaduh ke atau nak cakap seorang diri? Syura memejam celik matanya berkali-kali.

“woi, dah la langgar orang tak reti nak minta maaf. Sesedap mulut kau kata aku ni gila. Cantik sangatlah bahasa kau tu laki sial!” Lantang sekali Syura menghambur kata-katanya.

Tidak di peduli lagi keadaan di sekeliling. Ada yang seakan seronok melihat babak pergaduhan pagi sebegini. Apa aku kisah. Lantaklah orang nak tengok ke tak. Ngomel hatinya.

Fiq yang sudah dimarahi hanya mampu diam dan tersenyum sinis. Rasa lucu pula dengan perangai perempuan di hadapannya. Marah tak macam marah. Boleh lagi mengelamun. Macam-macam orang la aku jumpa. Gumam Fiq jauh di dasar hati.
Syura yang melihat makin meluap-luap bencinya. “yang kau senyum-senyum macam orang gila tu kenapa? Aku nak balik ganti rugi”, ujar Syura makin berani melangkah menghampiri Fiq. Dengan lima langkah saja, dia berdiri betul-betul di hadapan Fiq.

“kau ingat jalan ni bapak kau yang punya? Siapa suruh kau jalan tengah-tengah? Jangan sesedap mulut je nak marah orang. Oh, aku gila ke, atau kau yang gila?”, bidas Fiq dengan mata yang makin mengecil. Keningnya mula berkerut. Hanya beberapa cm lagi boleh bercantum. Dahsyat tu!

Nafas Syura yang berombak makin berapi jadinya. Dengan penuh hati yang marah dia berkata, “woi, aku dengan angkat kota-kotak tu, kau tak nampak ke? Buta sangat ke kau ni? Dahlah langgar tak tahu nak minta maaf. Dah tu, cakap aku ni gila. Kalau aku ni gila, dah lama aku duk kat hospital sakit jiwa. Tak kira, bayar balik ganti rugi. Kalau tak, aku saman kau” Syura cuba mengugut.

Fiq yang mendengar terus ketawa. “manalah tahu kau ni terlepas dari hospital sakit jiwa ke. Nak aku hantarkan kau ke sana semula ke?”, soal Fiq dengan ketawa masih lagi bersisa.

Dalam diam, malu juga kerana dia dan Syura menjadi perhatian orang awam. Sudahlah bergaduh di tempat terbuka. Memalukan! “perhatian, perhatian, ini masalah kecil je. Dia ni terlepas dari hospital sakit jiwa. Sebab tu otak dia tak betul”, jerit Fiq dengan kuat kepada orang yang sudah berkerumun memerhatikan kejadian itu.

Syura sudah merah mukanya. Apatah lagi matanya. Seakan mahu menangis pun ada. Dengan berbakul-bakul kemarahan yang penuh di hatinya,
PANG!!

Dia menampar pipi lelaki yang tidak henti-henti dengan ketawa dari tadi lagi. Siapa yang tak malu jika ada orang menuduhnya gila. Lebih-lebih lagi di kawasan terbuka. Semua orang akan menganggapnya gila pula. Melampau betullah jantan ni. Ambil kau! ‘jantan’ terus aku panggil kau! marah Syura sudah menyeka air hangat yang mula jatuh di pipinya dengan kasar.

Fiq terdiam. Orang sekeliling yang memerhati mula bersuara. Makin gamat suasana dengan mulut orang yang memerhati mereka. Dengan tajam matanya menikam anak mata Syura. Bibirnya yang merah itu di ketap. Sekuat yang mungkin dia mengawal tangannya agar tidak melayang di pipi gebu Syura.

Sabar Fiq….jangan kasar dengan perempuan. Hatinya seolah-olah menenangkannya.

“jangan hina saya di khalayak orang ramai”, tukas Syura menggunung kemarahan.

Dengan hati yang sebal, marah, benci, dia melangkah meninggalkan tempat yang ‘panas’ itu. Perasaannya kini bercampur menjadi satu. Kalau tahu macam ni jadinya, dia pun tak mahu meminta ganti rugi. Dia juga yang di malukan. Hah, itulah. ‘jangan di joloknya sarang tebuan, padah akibatnya’. Bebel hati kecilnya. entah betul, entah tidak peribahasa tu….janji boleh je la…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience