BAB 8

Humor Completed 19627

RUMAH YANG begitu gah itu di penuhi oleh tetamu-tetamu yang hadir. Syura yang ingin saja pulang ke rumah di tahan oleh Puan Rosimah. Tidak manis pula menolak permintaan tuan rumah. Alang-alang dia sudah menghantar cupcake, apa salahnya kalau dia turut serta dalam majlis hari jadi Asha.

“laku sungguh cupcake awak”

Syura yang sedang minum hampir tersembur jadinya. Dia hanya tersenyum kecil. Nanti di katakan sombong pula.

“tak nak makan ke?”, soal Fiq penuh lembut.

Aduh laki ni, kenapalah kau nak goda aku pulak? Mampus kalau bini kau tahu.

“awak okey tak?”, soal Fiq lagi.

“hah? Okey, okey…awak yang buat saya tak okey”, balas Syura dengan ayat yang terakhir itu begitu perlahan sekali- seperti bercakap dengan dirinya saja.

“apa awak cakap?”, soal Fiq ingin tahu ayat yang terakhir. Hah? Syura terkejut.

“lawaklah awak ni”, ujar Fiq lalu ketawa. Syura mati kutu. Macamlah kepalanya ada kutu! Ishk, pelik-peliklah.

“jom pergi sana. Saya kenalkan awak dengan saudara mara saya”

“eh, tak apa. Saya suka kat sini. Tenang. Lagipun, kat dalam terlalu sesak sangat” Syura menolaknya dengan penuh sopan. Dia merenung kolam dengan tenang. Kalaulah rumah sewanya mempunyai kolam seperti ini, sudah lama dia berenang. Alahai…berkhayal je lebih si Syura ni!

“awak mengelamun lagi?” Lamunan Syura berkecai.

“eh, taklah. Mana ada saya mengelamun”, dalih Syura mengangkat bahu. Kepalanya mendongak ke langit seolah-olah sedang mengira bintang. Pada hal, dia sudah malu sangat-sangat.

“ohh,di sini rupanya awak. nak menggatal dengan perempuan lain pula!”, jerkah seorang perempuan yang tiba-tiba saja datang ke arah mereka.

Syura pantas menoleh memandang ke arah suara itu. Mak oi…bini raksasa dah datanglah. Mati aku!

“patutlah saya ajak jumpa awak tak nak. Rupa-rupanya, dah ada orang lain. Hoi perempuan, muka tak tahu malu!”, jerit perempuan itu lantang. Dengan penuh geram, dia menolak tubuh Syura.

Eh…bushhhhh!!

Fiq membutang. Dengan penuh geram dia memandang tajam ke arah Zanita.

“you memang dah melampau. Apa lagi yang you nak?”

Syura yang jatuh di dalam kolam terus mencapai tangan Fiq untuk naik semula ke daratan.

“awak okey?”, soal Fiq risau.

“saya nak balik”, tukas Syura terus berdiri. Dia tidak menghiraukan lagi keadaannya yang basah kuyup. Yang dia tahu, dia mahu lari dari tempat itu. Malu pun ada.

“Syura…”, panggil Fiq kuat. Dia hendak mengejar langkah Syura. Namun, di halang oleh Zanita. Ya, bekas isterinya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience