BAB 7

Humor Completed 19627

Fiq diam. Tidak tahu kenapa lidahnya seolah-olah keras sangat dan mulutnya seperti di gam pula. Hanya halkumnya saja yang bergerak-gerak. Matanya tidak lepas memandang wajah ayu milik Syura. Hatinya seolah-olah terpaut pada Syura.

“eii, papa ni. Kakak tu penat hulur lama-lama. Cepatlah ambil”

Fiq tersentak. Ishk, anak aku ni. Asyik-asyik aku je yang terkena. Syura melepas tawanya untuk kesekian kalinya. Macam nak terburai isi perut kerana asyik ketawa saja.

“sebelum saya lupa, saya nak buat tempahan boleh?” Fiq terus-terusan memandang Syura. Hanya anggukan saja Syura membalas pertanyaan Fiq.

“saya nak buat tempahan cupcake untuk majlis hari lahir”

“berapa anggaran orang yang akan datang?”, soal Syura sudah kembali ke kaunter lalu mengeluarkan sebuah nota untuk mencatat.

“hmm, tak comfirm lagi berapa orang”

“oh, kalau macam tu, ini kad saya. Kalau dah comfirm nanti, beritahu ye” Syura menghulurkan sekeping kad.

Fiq mengangguk. Belum sempat dia menyambut, Asha terlebih dahulu menyambut kad tersebut.

“nanti papa lambat ambil”, celah Asha pantas.Fiq menggeleng berkali-kali.

“maaflah, anak saya memang macam ni. Nanti apa-apa hal, saya contact awak”

Syura mengangguk.

“awak, maaf pasal kejadian tu” Fiq sempat mengucapkan maaf sebelum keluar dari kedainya.Syura terdiam. Dia pun tidak tahu bagaimana hendak membalas. Lalu, di biarkan saja Fiq pergi bersama maafnya. Syura mengeluh.

“muka dah handsome. Tapi sayang, suami orang rupanya” Dia bercakap sendirian. Ayatnya seolah-olah kecewa saja…

*****

Fiq memerhati bintang yang bertebaran di dada langit. Malam yang sungguh mendamaikan sekali. Sesekali bayu malam menyapa lembut wajahnya. Sesekali juga dia memejam matanya untuk seketika waktu. Wajah comel milik Syura muncul dalam ruang matanya. Dia membuka mata semula. Bibirnya menguntum senyuman lebar.

“papa”

Fiq mengalihkan pandangan ke arah suara yang memanggilnya. “eh anak papa. Comelnya dia. Meh sini”, panggil Fiq.

Asha berlari ke arah papanya. Dan tubuh kecilnya dalam sekelip mata sudah di dukung oleh papanya.

“comel anak papa malam ni. Siap dengan gaun tidur lagi. Gigi dah gosok?” Asha mengangguk dan membuka mulut. Dia menanyangkan gigi yang putih itu.

“sedap tau papa cupcake kakak tu”

“ye? Papa tak rasa pun” Fiq sudah ketawa kecil. Dia kembali menghadap langit. Asha dalam dukungannya turut memandang langit.

“papa”, panggil Asha.

“ye sayang” Pipi gebu Asha di cium bertalu-talu. Asha ketawa kecil.

“kenapa papa suka pandang langit?”Fiq tersenyum kecil.

“saja. Kenapa, tak boleh?” Asha melentokkan kepala di bahu Fiq.

“kita masuk ye sayang. Dah malam sangat ni. Esok, Asha kena pergi sekolah”, ujar Fiq menepuk-nepuk belakang badan Asha.

Dia terus meninggalkan balkoni lalu melangkah untuk masuk ke dalam kamar. Sebaik saja pintu gelongsor di tutup, kakinya mengatur untuk ke arah katil. Penuh berhati-hati tubuh si kecil itu di baring dan di selimut. Sempat lagi dia mengucup dahi Asha.
“maafkan papa sebab tak dapat berikan mama yang baik untuk Asha”, bisik fiq perlahan. Dia mengeluh. Rasa menyesal sangat dia berkahwin muda. Umurnya dalam 20an, sudah memegang status sebagai suami. Dan tidak lama selepas itu, dia memegang status sebagai suami dan juga ayah. Semuanya berlaku begitu pantas sekali. Ingatkan dia akan bahagia bersama orang yang tersayang. Tapi, begini jadinya.

Untuk kesekian kalinya, Fiq mengeluh lagi…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience