Rate

2.

Crime Series 8890

3 Bulan kemudian.

Bahaya.Hanya perkataan itu yang dapat menggambarkan perasaannya ketika ini.Setiap pelosok atau penjuru tubuhnya menggambarkan ketakutan.Peluh mula menitis membasahi dahi.Air matanya pula sudah kering kerana terlalu banyak menangis.

Krik..Krik..

Bunyi besi lama diheret di atas lantai berdebu mula kedengaran.

Matanya terbeliak luas.Badannya kembali menikus dengan harapan manusia kejam di hadapannya kini berhenti menyakiti diri.Tenaganya sudah habis dikerah semasa dia cuba untuk meloloskan diri.Kini,dia hanya mampu memerhati sahaja.

Semakin lama semakin dekat bunyi besi tersebut menyapa telinga si gadis.Dan,akhirnya bunyi tersebut berhenti-betul-betul di hadapan dirinya.

"Beautiful, don't be afraid.Look at my face,please."

Kesekian kalinya suara lelaki kejam itu dilontarkan dengan nada yang cukup tenang.

Si gadis mengigit bibir dengan kuat sebelum memangku kepalanya.Dia sedar nyawanya kini di tangan manusia kejam yang sudah hilang nilai perikemanusiaan.Mukanya didongakkan ke atas.

Wajah manusia kejam itu kelihatannya tenang namun matanya kosong.Senyuman mula menggulum di bibirnya seakan-akan dia menikmati setiap saat masa yang diluangkan.

"You want to know something?I always admire a natural beauty like you.Such a pretty face and to make it better you have a nice personality too."

Lelaki itu berbisik di telinga si gadis sambil mengetatkan ikatan tali di mulutnya.Dia membetulkan sedikit rambut si gadis yang sudah kusut-masai.

"Oh,you look terrible!Let me dress you with a gorgeous black dress and braid your hair.Don't worry,I am an expert in fashion and styling as you can see."

Seusai berbicara,lelaki itu datang lebih rapat dan mencangkung di hadapannya.Jari-jemari kasar mengelus lembut di pipi sebelum dia melabuhkan ciuman penuh syahdu di dahi si gadis.

"It's a sin for a beautiful lady to die in such a bad state didn't?"

Lelaki itu mengeluarkan sebuah medical kit mini daripada celahan poket seluarnya.Dia membuka kit tersebut perlahan-lahan sebelum mengambil sebuah jarum penyucuk.Terdapat juga balang kaca kecil bersaiz jari kelingking yang tersusun rapi.Dari hujung ekor matanya yang hampir layu dia dapat melihat dengan jelas cecair jernih yang memenuhi segenap ruangan botol tersebut.

"Sleep tight, dear." ujar lelaki kejam tersebut setelah membenamkan jarum halus ke dalam kulit yang terletak di bahu si gadis.Racun yang diekstrak khas hasil kajiannya mula memasuki saluran darah si gadis.

Si gadis mengelepur kesakitan sambil memandang lemah akan wajah lelaki kejam itu.Meskipun dalam keadaan yang samar-samar,telinganya dapat menangkap sekilas tawa riang.Tawa tersebut disusuli dengan beberapa patah perkataan.

"Remember my name dear,even in your deathbed.My name is Nightshade."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience