Rate

3.

Crime Series 8890

Aku perasan ada mata-mata yang memandang dan ada juga mata-mata yang menjeling ke arahku sebaik sahaja aku mula menapak masuk ke dalam wisma persendirian milik seorang saudagar kaya yang tidak aku ketahui identitinya.

Berdasarkan maklumat yang aku dapat daripada Jack-seorang hacker yang agak terkenal dalam underground world,saudagar tersebut mengambil langkah untuk membentuk sebuah kumpulan yang bergerak secara solo atau dalam erti kata lain,tidak terikat dengan sebarang perhubungan yang akan mencetuskan apa-apa bentuk kontroversi.

Mereka merupakan pasukan elite yang ditubuhkan hasil gabungan daripada individu-individu khas yang mempunyai kelebihan dan bakat yang tersendiri.Tugas utama mereka adalah untuk membanteras masyarakat madman atau psychopath ini daripada terus-terusan menggila.

Secara am,masyarakat madman ini pada luarannya kelihatan sama seperti manusia normal.Mereka bijak menyesuaikan diri dengan komuniti sejagat dan memanipulasi orang sekeliling.Mereka bekerja,mempunyai keluarga dan paling penting sekali mereka mempunyai identiti dan alibi yang kukuh.Mereka bukan penjenayah biasa yang sering kita lihat di kaca-kaca televisyen.Mereka jauh lebih licik,pintar dan paling utama sifat kejam mereka lebih dominan.

"Aku tak sangka mereka ada anak syarikat dekat Singapura yang seindah ni!"

Seni beni dan struktur bangunan ini buat aku rasa tak sedap hati.It feels like it hides something very important.Benar,sesiapa yang mempunyai mata kasar yang sihat pasti akan terpegun kerana terdapat elemen seni tradisional arab lama yang diterapkan-anggun dan mewah tetapi bagaimanapun ada sesuatu yang aneh.Hati kecil Ainnur mula bermain teka-teki.

Pada zahirnya,wisma ini mengetengahkan sektor seperti pelancongan,perdagangan dan perusahaan.Benar,pada zahirnya semata-mata.Menurut Jack,mereka menjalankan penyiasatan secara senyap sehinggakan mereka dapat gelaran daripada masyarakat underground world iaitu ghost agents.

In other words,this is one of their hideout or decoy.Aku patut lebih berhati-hati.Pisang takkan berbuah dia kali.

Nafas ditarik dalam-dalam.Jam di pergelangan tangan pula ditilik aku untuk entah ke berapa kali.Sudah 12.30 tengah hari.Aku mengeluh buat kesekian kalinya sebelum meliarkan pandangan ke kiri dan ke kanan.Sudah satu jam aku menunggu di ruangan tetamu tetapi satu makhluk pun aku tidak nampak.

Nampaknya bukan struktur bangunan ini sahaja yang buat aku seram,bilik ini pun.Sementelah angin sejuk daripada pendingin hawa mula menusuk-nusuk segenap tubuh,membuatkan aku menggeletar lebih kuat.

Menyesal aku tak bawak yasin tadi.Buatnya bangunan ni keras.Minta simpang.

Tiba-tiba telingaku mula menangkap bunyi derapan kaki yang kuat.Aku dapat merasakan dengan jelas setiap penjuru tubuhku kaku dan pegun.Masakan tidak sepicu pistol diacu betul-betul di belakang kepalaku.Pergerakanku seperti dikunci rapat,untuk melepaskan diri pula aku tidak mampu kerana kakiku seakan-akan dipasung oleh rantai besi-sukar untuk bergerak.

"Don't you dare to move!I won't take any responsibility for my action if you try to pull some lame tricks!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience