Rate

Dunia Baru.

Crime Series 8890

Seusai menyisip kemas beg sandang Adidas di bahu,dia melangkah sedikit laju ke arah pensyarah kegemarannya-Dr. Thompson.Dia menaikkan nada suaranya satu oktaf agar Dr.Thompson dapat melihat dirinya di celahan manusia yang berpusu-pusu keluar dari bilik kuliah.

"Tak sangka, harini hari terakhir aku kat sini." kata hati kecil milik Ainnur."

Wajah Dr.Thompson kelat sedikit melihat riak wajah Ainnur Mawaddah yang ceria itu.Apakan daya pelajar kegemarannya akan menamatkan pengajian di sini tak lama lagi.Diri tuanya berasa sayu kerana Ainnur sudah dianggap seperti anak kandung sendiri bahkan semua ahli keluarganya turut mengenali dan cukup senang dengan perilaku gadis cilik ini.Isteri dan anak-anaknya sudah menganggap gadis ini seperti ahli keluarga mereka yang sebenar.

Masakan tidak,seandainya dia tidak pulang ke Malaysia pasti dia akan menetap di rumah banglo miliknya yang terletak di bahagian utara Amerika Syarikat.Keluhan kecil dilepaskan.

"Prof,what's wrong?You look so pale,oh look at your complexion?Your skin,they look incredibly white like the A4 paper!Are you hungry?Are you sick?Do you want some drugs? Painkillers?Why do you suddenly spacing out,let's go and meet some doctors at the sick bay!"

Dr.Thompson hanya mampu mengeleng perlahan melihat tingkah laku Ainnur yang sangat keanak-anakan baginya.Namun tidak dapat dinafikan,sikap Ainnur yang sebegini akan dirinduinya kelak.Dr.Thompson menatap wajah gadis muda di hadapannya dengan perasaan yang berkecamuk.Pada pandanganya,gadis ini masih terlalu mentah dan muda untuk menempuh alam baharu-Ainnur Mawaddah terlalu naif dan hatinya pula terlalu lembut.

Ingatannya menerewang ke waktu pertemuan kali pertama mereka pada 5 tahun lalu.Ya,pertemuan buat julung kalinya dengan insan bernama Ainnur Mawaddah.Insan yang mana,kewujudannya sama penting dengan ahli keluarganya sendiri.

Ainnur merupakan pelajar pintar berumur 17 tahun yang berasal dari Malaysia.Dia telah berjaya memperoleh Biasiswa Bank Negara dan mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti sekitar Ohio pada ketika itu.

Pada waktu itu pula ,Dr.Thompson ditugaskan untuk menguruskan kemasukan pelajar baharu bersama dengan professor daripada fakulti-fakulti yang lain.Mungkin kerana populasi pensyarah yang mengajar bagi bidang criminal psychology atau criminal justice sangat sedikit maka kali ini giliran dia pula yang dipilih bagi mewakili fakultinya.

Sudah menjadi lumrah bagi seorang pensyarah yang mengajar ilmu yang berkait rapat dengan pembunuhan kejam dan kezaliman akan dilayan dengan dingin.Dia juga sedar bahawa kewujudannya di situ tidak berapa digemari oleh para pelajar.Barang kali, mereka takut dengan dirinya yang gemar bersendirian dan sukar untuk bergaul,tambahan pula,riak wajahnya yang sering tidak beriak dan sukar tersenyum mengeruhkan lagi keadaan.

Namun,pertemuan dengan Ainnur Mawaddah telah berjaya mengubah dirinya yang anti-sosial kepada insan yang lebih terbuka dan memahami.Hal ini kerana Ainnur tidak gentar dan tidak jemu berceloteh apabila berhadapan dengan dirinya.Ainnur juga merupakan orang pertama yang berani untuk menghulurkan salam perkenalan.Mulai saat itulah juga rasa sayangnya terhadap Ainnur mula menggunung.Sementelah anak-anaknya semua lelaki,Ainnur dianggap seperti anak perempuan yang dia tidak pernah miliki.

Oh,betapa dia akan merindui gadis cilik ini,telah Dr.Thompson dalam hati.

"It's nothing important tho,let's go and packed your things at my house.By the way,Ethan was waiting for us at the main porch.Go and meet him first.I have something to fetch in my office.

"Ethan was already here?I better be there as fast as I can,he perhaps already pissed with me.Prof,you should tell me sooner,don't you think?!Oh,dear lord!Please spare my life!"Ainnur berlari sepantas kilat sambil melambaikan tangannya ke arah Dr.Thompson.

Dr Thompson tersenyum sinis memikirkan anak bongsunya yang menyimpan perasaan terhadap Ainnur.Bilalah kau berani untuk luahkan perasaan kau, nak.Senyumannya mula memekar apabila membayangkan Ainnur akan menjadi ahli keluarganya sekiranya mereka berkahwin.Bayangan indah tersebut mula mengisi ruangan minda miliknya.Lagipun,aku kalau boleh nak timang cucu baru secepat mungkin.

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience