Rate

6.

Crime Series 8890

Pintu kaca separa jernih aku ketuk dengan berhemah.Pertemuan singkat antara aku dengan Captain yang juga merangkap penyerangku tadi menyebabkan aku berasa kurang selesa untuk berhadapan dengannya.

Perbualan dengan Mark menjenguk mindaku.Sebentar tadi aku ditahan oleh rakan sekerjaku-Mark.Dia merupakan seorang pakar ICT dan bertanggungjawab menguruskan segala perihal teknologi-secara halal dan secara haram.

"Ainnur kan? Apa khabar?Nama saya Mark!I hope you won't hold grudges against Cap tho sebab he is a good man!"

Aku berasa agak bigung kerana semua rakan sekerjaku menitipkan perkara yang sama.Kak Rose pun cakap benda yang sama dengan mamat ni.

"Ainnur sayang,akak nasihatkan Ainnur,jangan ambil hati tau dengan apa yang Captain buat tadi.He seems to be a cold person but he is a good man on the inside."

Nampaknya dia seorang yang dihormati di sini.

"Here,look!"

Mark menyerahkan telefon pintar miliknya kepadaku.Di dalamnya terdapat rakaman CCTV di dalam bilik tetamu yang aku duduki.

"I was pretty sure you are awkward about meeting him as you already hit his head,so I think you have to watch this.Well,just in case!"

Aku menonton paparan rakaman dengan khusyuk sebelum mataku terbutang luas.Sepakan tinggi yang aku layangkan,dia bukan tidak dapat mengelak.Dia merelakan.Pistol di tangan juga dia lempar ke sudut yang aku boleh gapai dengan mudah.Jadi,benarlah semua ini hanya satu ujian untuknya.

Saksikan sendiri adegan sebegini di depan mata meniup satu rasa baharu di dalam sanubari Ainnur.Entah apa pula perkara baharu yang akan menantinya kelak.

It's going to be a long journey,I guess.

"Masuk!"

Dengan seruan ringkas itu,Ainnur tersentak dan terus melangkah masuk.Ainnur terpaku sendiri dengan kebolehan refleksnya.

Ainnur melangkah dengan perasaan yakin dan gementar pada masa yang sama.Ryohei menggamit Ainnur ke arahnya dengan menggunakan isyarat mata sebelum menyerahkan peranti iPadnya kepada dia.

Dokumen yang terpampang di kaca iPad dibaca berulang-ulang kali.Tiga pembunuhan dalam masa tiga bulan.Semua mayat mempunyai ciri kematian yang sama dipakaikan persalinan berwarna hitam dan rambutnya didandan dengan stail rambut yang berbeza-beza.

Berdasarkan maklumat auto-spy daripada Kak Rose,kesemua mayat mempunyai simptom kematian yang sama.Penjenayah menggunakan racun yang merosakkan semua saraf sukarela dalam badan termasuk jantung.

Dalam kata lain semua saraf mereka lumpuh dan tidak boleh berfungsi.

"So he used poison to kill them?Atropa Belladonna?",getus bibir Ainnur dengan rasa tidak percaya.

Kepala Ainnur tergeleng-geleng.Masih cuba untuk memproses maklumat yang diberi Captainnya.

"Jadi?" Suara Ryohei menggamit.

Ainnur menjatuhkan pandangannya ke wajah kacak Ryohei yang tegang.Keningnya yang tidak terlalu lebat elok terukir.Hidung mancung.Bibir merah separa tipis dan wajahnya bersih tanpa kumis jantan.

Dan yang paling menarik perhatiannya ketika ini adalah sepasang mata kelabu cair milik Ryohei yang kosong seperti cuba menutup segala jenis perasaan yang dia miliki ketika ini.

Aku mengulum senyum halus.Benar kata orang,perkahwinan antara manusia berlainan bangsa memang akan melahirkan zuriat yang paras rupanya luar biasa elok.

Ryohei tu,aku tahu la nama jepun.Tapi mata kelabu dia,dia rembat kat mana pula?

"Seronok tenung muka aku?"

Sekonyong-konyong Ainnur disergah.Kelam kabut dia melarikan pandangan dari muka Ryohei.Matanya dilarikan ke tempat lain sebelum memandang tepat ke wajah kacak Ryohei kembali.

"Mana Ada,cap!Saya curious,cap pakai contact lens ke apa sebab macam real so nak try beli!"

Semerta,mataku membesar dengan alasan yang aku berikan.Rasa segan mula bercambah.Entah alasan apa entah dia beri.Alah, rembat sahaja lah.

Ryohei ralit menatap muka Ainnur.Rambut hitamnya yang lebat yang tiba-tiba menutup mata disebak ke belakang.

"Apa-apa sahajalah!Jadi apa pendapat kau tentang serial murder,kali ni?"

Ainnur mengemam bibir menahan geli hati melihat wajah Captainnya yang cemberut.

"In my opinion,he wants us to acknowledge his bloody crime.That is why he sends those black Rose along with the corpse.The black rose suited with the black dress which symbolize darkness and the most important facts that he uses..."

Ainnur melontarkan pendapatnya dengan yakin sambil cuba untuk membaca reaksi Captainnya.Riak tenang Ryohei tidak tercuit sedikit pun.Sukar bagi Ainnur menebak yang Ryohei menerima atau menolak usul yang dia berikan.

Tak semena-mena lidah Ainnur menjadi kejung.Percakapannya mula terbatas dan akhirnya dia terdiam dan mukanya ditunduk.

"Kenapa kau diam?" tanya Ryohei.

NM

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience