Rate

7.

Crime Series 8890

"Answer me,Ainnur?"

Spontan Ainnur mengigit bibir dan menggerutkan dahi.Air liur yang diteguk terasa kesat di kerongkongnya.

"Sebab Captain tak bagi reaksi jadi saya ingat.."

Belum sempat Ainnur menghabiskan bicaranya,dia dikejutkan dengan tengkingan keras daripada Ryohei.

"Don't simply jump into conclusion,princess! You'll regret it in the future!"

Ainnur tercenggang.Matanya pula sudah bergenang.Kedua-dua tangannya digenggam erat.

Dia sedar dia siapa tetapi pantang dia diperlakukan sebegitu.Dikumpulnya keberanian dan semangat yang dia ada sebelum pandangan matanya diarah ke anak mata milik Ryohei.

Pandangan mereka sabung-menyabung seperti halilintar.

Terkedip-kedip mata aku menatap wajah Ryohei yang keruh.Mata beradu dengan mata.Mata kelabunya jelas menyala dengan perasaan yang beraduk.Marah,tegas dan risau.Meskipun Ryohei cuba menutup perasaan yang satu itu tetapi Ainnur masih dapat menangkapnya dengan jelas dan terang.

Tanpa semena-mena,Ryohei berdiri perlahan dan mula mengorak langkah ke arahku.Langkahnya perlahan dan bersahaja tetapi aura dominannya jelas terserlah.Ryohei menjatuhkan wajahnya sedekat mungkin ke mukaku.Jarak kami terlalu rapat sehinggakan aku dapat merasa hembusan nafasnya di muka.

Aku terkesima dan terkedu.Otak ligat berfikir tetapi badan aku pula yang keras membatu.

"Last thing that I needed was one of my teammates hurting because of their own dumbness and miscalculation!Do I make myself clear,princess?"

Mendengarkan nada suara Ryohei yang sedikit bergetar meniup perasaan resah di dada.Aku dapat rasakan bebanan perasaan yang berat ditanggung olehnya.Ryohei seakan-akan bertarung dengan masa lampaunya yang cuba dia kambus.Mungkin masa lampaunya menyimpan seribu satu kepahitan.

"Saya rasa saya tahu apa maksud initial huruf DN yang ada pada kad hitam yang disertai dengan bunga Ros hitam itu!"

Ainnur menyambung deduksinya yang tergendala sebentar tadi sambil memandang tepat ke anak mata Ryohei.

Ryohei mengangguk perlahan-memberi isyarat supaya Ainnur meneruskan deduksinya.

"DN..huruf tu ia berdiri untuk Deadly Nightshade-iaitu nama lain bagi racun atropa Belladonna.Belladonna daripada tafsiran bahasa Itali ialah... beautiful woman...jelitawan."

"Setiap criminal ada corak pemilihan mangsa mereka sendiri..mereka tidak akan sewenang-wenangnya membunuh..mereka ada motif dan sebab yang kukuh!"

"Kesimpulan yang saya boleh buat setakat ni,culprit ada menyimpan unsur sentimen terhadap kaum wanita.Racun ni adalah buktinya.Asalnya pada zaman dahulu,atropa belladonna disuntik untuk tujuan pembesaran mata supaya mata individu kelihatan lebih menarik dan menawan."

Dahi Ryohei yang bertaut sebentar tadi mulai kendur dan diganti dengan sengihan halus.Tanpa sedar Ainnur melirik kepada lekuk halus yang terbentuk di pipi Ryohei.

"Jadi dalam kata lain,dia membunuh perempuan-perempuan ni dengan satu matlamat!Lebih kepada satu simbolik sebenarnya...alat yang digunakan untuk menambahkan kejelitaan seseorang wanita itu akhirnya dijadikan sebagai senjata utama yang membunuh mereka!Deadly Nightshade,dia buatkan kita tertanya-tanya siapakah dia sebenarnya betul tak,princess?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience