Rate

4.

Crime Series 8890

Ingin sekali aku menampar diri sendiri.Entah bagaimana aku boleh alpa dan terleka.Lihat sahajalah apa kesannya.Tidak ada apa-apa yang aku boleh lakukan selain berdiplomasi.

Setelah beberapa minit berlalu,aku memberanikan diri untuk melakukan cubaan meloloskan diri.Sepantas kilat,aku mengalihkan kepala dan melayangkan tendangan tinggi di kepala penyerangku.Penyerangku jatuh terjelopok.Suaranya jelas menahan kesakitan.

Spontan aku menegakkan tubuh menjauhkan diri.Mata aku dipanah ke setiap sudut bagi mencari pistol milik penyerangku yang melayang entah ke mana.Akhirnya,mata aku merakam imej hitam yang dicari.Sesekali aku mengetap bibir.Jari-jemari dikepal kuat sebelum aku meluncur laju bagi mendapatkan pistol tersebut.

"Stand and rise up your hands in where I can see them!"Aku menjerit kuat seraya mengacu pistol ke arah penyerangku.

"Faster!"

Gelak tawa penyerangku memecah kesunyian.Kelihatannya,dia terhibur dengan arahan yang aku lontarkan.Perlahan-lahan kedua belah tangannya diangkat sambil bersiul lagu yang tidak aku ketahui judulnya.

Ragu-ragu aku mengambil langkah hingga menghampiri pintu utama.Pistol di tangan aku pegang erat dengan menggunakan tangan kananku manakala tangan kiriku cuba untuk membuka pintu tersebut.

Ya Allah!Terkunci!Bala apa pula yang sudah aku jumpa?

Seketika kemudian,telingaku mula mendengar tepukan gemuruh.Penyerangku merenung tajam dan berjalan ke arahku dengan gaya yang cukup bersahaja.Dia seperti tidak kisah langsung akan pistol yang terletak kejap ditanganku.Perlahan-lahan dia mendekatiku.Jarak di antara kami sangat rapat sehinggakan aku boleh menghidu wangian yang dipakai oleh penyerangku-maskulin dan manis.

"So..."

Penyerangku bertutur lagi.

"Want to try this baby and give a shot?"

Sepasang anak mata kelabu cair menikam anak mataku.Anak matanya tepat menjamah mukaku yang jelas ketakutan kerana aku dapat melihat dengan jelas biasan imej diriku sendiri di dalamnya-lemah dan menjelikkan.

"Ryohei...sudah!"

Satu suara asing menyentak kami.Lambat-lambat tubuhku dilepaskan.Kemudian,dia mengundurkan diri setapak ke belakang.Bagaikan memberi ruang tetapi tidak sebelum dia membisikkan sesuatu ke telingaku.

"Don't be so full of yourself,princess.My threat till now just an act."

Nada suaranyanya mendatar dan mempunyai aura membunuh yang meluap-luap.

Dan kini ruang yang kosong sedari tadi kini terisi dengan sekujur tubuh yang terlalu asing bagi aku.Di hadapan aku kini berdirinya seorang lelaki tua yang aku yang rasa umurnya dalam lingkungan 50-an.Berpakaian sut mewah serba hitam.Rambut putihnya disimpan panjang dan diikat kemas.

"Sila maafkan anak buah saya yang bertindak kasar dengan cik sebentar tadi.Sorry for all the mess.Congratulations!Miss Ainnur Mawaddah,you just passed our very first and last test."

Aku terpempan.Mataku buntang menatap muka penyerangku dan orang tua rock di hadapanku silih berganti.Sungguh,bukan jawapan sedemikian yang aku jangka meniti daripada mulut mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience