BAB 6

Romance Completed 472

Enam bulan kemudian...
“Meena , ada orang datang merisik kamu ni...” suara ibunya yang gementar
di corong telefon buat Meena tersentak.
“Merisik? Siapa pulak yang datang merisik Meena ni ibu? Buang tebiat ke?”
“Ish, kamu ni. Orang datang merisik ni dah cukup baik tau. Ibu terima
ajelah ye. Tangguh-tangguh kang sampai tua kamu tak berlaki, umur dah 26
dah.”
“Ala ibu ni, relaks la. Meena masih jiwa muda la.”
“Jiwa muda la sangat. Sudah-sudah, ibu terima aja ni. Mereka macam orang
baik-baik aja. Calonnya pun kerja bagus. Sesuailah dengan anak ibu.”
“Eii, ibu ni, bagilah Meena jumpa dulu dia tu. Janganlah main serbu aja.”
“Yelah-yelah. Ni calon menantu ibu ni cakap, esok dia nak jumpa kamu kat
restoren Sri Bayu pukul lapan malam. Kalau kamu berkenan, terus telefon
ibu tau. Ibu nak buat persiapan.”
“Restoren Sri Bayu?” Meena teringatkan restoren itu, yang menemukan Meena
dan Perwira Rapidnya.
“Yelah. Kenapa?”
“Tak ada apa-apalah ibu.”
Meena meletak gagang. Semangat betul ibunya, mentang-mentanglah umurnya
sudah wajib kahwin.
Meena pelik, mengapa tiba-tiba saja ada orang yang datang merisik.
Siapalah pulak jejaka malang yang berkenan padanya, dia sendiri naik hairan.
Perwira Rapid? Ahh. Sudah lama dia pergi tanpa khabar. Meena mahu setia
menunggu, tetapi jika ibunya memaksa dia menerima calon ini, apa lagi
yang harus dilakukannya selain berserah dan terima keputusan keluarga.
“Meena ...” Meena tersentak saat mendengar suara itu, ada kerinduan dalam
hatinya yang sukar digambar.
“Abang A..a...Laili ?” Meena terkedu. Laili menghampiri Meena lantas duduk di
kerusi berhadapan Meena .
“Apa abang buat kat sini? Kejap lagi Meena ada temujanji. Macam mana
kalau dia nampak abang?” Meena bersuara dalam nada cemas, namun air
jernih sudah bertakung di tubir mata.
“Shh.. shhh... Meena tenang sayang.” Darah Meena terasa menyirap saat Laili
memanggilnya sayang. Sayang apa kalau dia ditinggalkan begitu lama?
“Apa abang mahu lagi? lepas abang tinggalkan Meena macam tu saja.”
“Meena dengar sini sayang. Abang minta maaf. Abang terpaksa.”
“Terpaksa?”
“Abang malu nak berhadapan dengan Meena . Abang sedar kedudukan kita tak
sama. Sebab tu abang membawa diri...”
“Tapi kenapa tiba-tiba abang? Macam mana abang tiba-tiba fikirkan soal tu?”
“Abang nampak status Fac Meena tempoh hari. ‘Adakah penting darjat
dan kedudukan dalam cinta?’ abang jadi sedar lepas baca status tu. Abang
faham mesti keluarga Meena takkan terima pemandu bas macam abang.”
“Tapi, Meena sanggup terima abang seadanya.”
“Abang tak mahu Meena menderita jugak. Sebab tu abang membawa diri.”
“Abang kemana selama ni?”
“Mencari kerja.”
“Hah cari kerja?” Meena pelik.
“Ya, dengan diploma yang abang ada dulu, abang gunakan untuk mencari
kerja yang lebih baik supaya abang setaraf dengan Meena . Alhamdulillah,
sekarang abang dah jadi penolong pegawai.”
Meena tersenyum bahagia. Begitu rupanya.
“Tetapi kenapa mesti abang berdiam diri? Kenapa tak terus terang saja
dengan Meena ?”
“Abang tak mahu Meena pujuk abang supaya tak perlu susah payah mencari
kerja. Abang tahu Meena mesti cakap Meena tak kisah abang kerja pemandu
bas kan? Sebab tu abang tak beritahu. Abang takut abang lemah semangat
kalau cakap dengan Meena .”
“Jadi Meena ni pelemah semangat abang lah?”
“Bukan sayang. Cinta kitalah yang menguatkan abang selama ni. Cuma abang
tahu mesti Meena tak mahu abang susah kan. Sebab tu abang mendiamkan diri.”
“Tapi abang dah susahkan Meena pulak, buat Meena tertanya-tanya. Tertunggu
macam ni.”
“Maafkan abang sayang. Abang janji tak buat lagi.”
“Dah terlambat. Ibu Meena dah carikan calon untuk Meena . Dah ada orang nak
datang merisik, ni Meena nak jumpa dia lah ni.”Meena sengaja mahu membuat
Laili cemburu.
“Jangan risau. Itu abang, abang yang nak datang merisik Meena .”
“Abang!” Meena membentak.
“Abang cintakan Meena !” air mata Meena hampir gugur saat mendengar luahan
hati Laili yang selama ini tidak pernah terbit dari mulutnya.
“Meena cintakan Perwira Rapid!”
“Perwira Rapid?”
“Aah, abanglah, Perwira Rapid. Pemandu bas Rapid. Hehehe.”
“Tapi abang dah tak jadi pemandu bas dah.”
“Tak kisah. Abang tetap Perwira Rapid di hati Meena . Sebab abang jadi
pemandu baslah kita dapat berjumpa kan?”
Mereka sama-sama tertawa.
Terima kasih Perwira Rapid. Walau kau tiada Ducati, yang ada cuma bas
henti-henti, kau tetap idaman hati, yang ku cinta sampai mati!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience