BAB 5

Romance Completed 472

“Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi...” suara operator
terngiang dari corong telefon sebaik Meena mendail nombor Laili . Niatnya
hendak berbincang soal mereka, soal kedudukan dan masa depan perhubungan
mereka yang belum nampak jalannya. Namun nampaknya Laili terlebih dahulu
memilih jalan untuk menjarakkan diri.
Meena buntu. Adakah selama ini Laili cuma mempermainkan perasaannya? Hati
Meena terasa luluh.
Beberapa hari juga Meena cuba mencari Laili di perhentian bas, menjenguk
setiap bas mencari kelibat Perwira Rapidnya namun hampa. Meena sudah
kehilangan jejaknya.
Meena terasa hidupnya kelam. Tidak nampak arah tujuannya lagi, baru saja
dia mahu nekad untuk meneruskan hubungan mereka walaupun berbeza darjat,
namun Laili pula tiba-tiba menyepi. Baru saja dia mahu mempertahankan
cinta itu andai Laili mengakui ada cinta dalam hatinya buat Meena , namun
kata-kata cinta itu tidak sempat menerpa telinganya.
Meena pasrah andai Laili pergi jauh dari cintanya. Meena tidak mampu
menghalang Laili yang tiada khabar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience