BAB 3

Romance Completed 472

Meena menyisip gelas berisi jus tembikai susu itu dengan penuh nikmat.
Segar seluruh badannya saat dapat menghirup jus buah itu. Nasi putih
telur bistik yang terhidang di hadapannya membuatkan Meena kecur liur,
sedari siang tadi dia menahan lapar, dapat jugak dia melantak. Haha.
Paksunya dan Cheryl sudah pulang ke kampung kerana Cheryl sudah hampir
untuk bersalin. Jadi tinggallah Meena sendirian di rumah, terpaksalah dia
makan di kedai. Selalu Cheryl yang masak, sejak Cheryl kahwin dengan
Paksunya terus Cheryl berubah menjadi gadis melayu terakhir, pandai
masak, sopan. Hihi. Meena ketawa kecil dek kerana mengingatkan sahabatnya
yang sorang itu.
“Oh, laparnya. Walaupun tak ada siapa yang teman, perut tetap kena isi.
Haha. Itadakimasu! Bismillah...”
Meena menyuakan sesudu nasi ke dalam mulut. Belum sempat nasi itu
mencecah mulutnya, seseorang memberi salam.
“Assalammualaikum dik.”
Meena toleh ke arah suara itu. terjatuh sudunya ke dalam pinggan semula.
“Eh adik tak apa-apa ke ni?” jejaka itu tampak cemas, segera dia duduk
menghadap Meena sambil matanya merenung tajam.
“Eh, eh saya ok. Tak ada apa-apa.” Cepat-cepat Meena berlagak normal
kembali. Manalah dia tak menggelabah, Perwira Rapid muncul depan mata
tiba-tiba.
“Selalu nak tegur adik dalam bas tapi tak sempat.”
Meena terkedu. ‘Nak tegur aku, wah!’
“Hari ni abang tak kerja ke?”
“Dah habis. Baru je balik ni, itulah datang sini nak isi perut.”
“Oh...”
“Nama abang, Shadan Rozaili, panggil Abang Laili je.” Laili memperkenalkan
dirinya pada Meena .
“Saya Aqua.”
“Hah? Nak Aqua? Jap eh?” Laili mahu menggapai tangannya untuk memanggil
pelayan.
“Eh tak-tak. Bukan, nama saya Aqua.” Meena tersengih, rasa lucu di dalam
hatinya.
“Aqua? Nama adik, Aqua? Pelik nama tu. Tak pernah dengar orang letak
nama Aqua.”
“Itu nama timangan aje. Nama betul Meena , Meena Aquania .”
“Oh, kalau macam tu saya panggil Meena ajelah. Boleh?”
Meena angguk. Memang semua orang lebih suka memanggilnya Meena dari Aqua,
padahal Meena suka benar dengan nama Aqua itu, sungguh simbolik, lembut
seperti air, dan boleh berubah ikut keadaan.
“Sebelum ni tak pernah tengok Meena naik bas, baru ni aja muncul. Sebelum
ni kerja tempat lain ke?”
“Tak adalah. Selalu naik skuter, hari tu skuter rosak. Itu yang naik bas
tu.”
“Oh, rosak. Patutlah. Eh habis tu datang sini naik apa? Naik bas ke?”
“Tak adalah, naik skuter. Itu...” Meena menunjuk ke arah Cik Pinky yang
terparkir elok di tepi jalan.
“Oh jadi dah repair lah motor, dah tak naik bas lah nanti eh?”
‘Alamak kantoi! Macam mana nak bagi alasan lagi?’ Meena menelan liur.
Keceluparan mulutnya memakan diri. Sekarang dia yang merana tak dapat
naik bas lagi. huwaa...
“Nanti rindulah abang nak jumpa Meena .”
Gulp! Meena terdiam.
“Tak apalah, ni Meena ambil nombor telefon abang. Senang-senang kita
contact ya.” Laili memberikan cadangan lantas menyuakan sekeping kertas
yang sudah siap tertulis namanya.
Meena tersenyum gembira saat menerima kertas itu. Hatinya menyanyi riang.
Baru saja nak sedih sebab tak boleh naik bas dah sebab dah kantoi,
tiba-tiba hilang terus kesedihan yang baru nak bertamu. Sudahlah makan
malam ditemani jejaka pujaan, dapat nombor telefon pulak tu. Memang
bertuahlah Meena !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience