BAB 4

Romance Completed 472

Sejak detik perkenalan itu, Meena dan Laili sering berhubung, Meena dapat
merasakan ada keserasian antara mereka. Acapkali dia berdoa agar jejaka
itu menjadi jodohnya. Laili juga kelihatan menunjukkan respon yang sama,
cuma tidak pernah meluah rasa. Meena tak kisah, janji mereka suka sama suka.
Hari itu Meena pulang ke kampung, nak melawat Cheryl yang sudah selamat
melahirkan bayi lelaki yang sangat comel. Tak sabar Meena nak jumpa
sepupunya yang baru. Walaupun dah ada lima belas orang sepupu, namun
kehadiran sepupunya yang ke enam belas ini begitu bermakna kerana dia
adalah anak sahabat baiknya juga.
“Aku dah lepas, bila kau pulak Meena ?” Cheryl yang asyik berbaring di
sebelah anaknya tiba-tiba saja melontarkan soalan cepu emas itu.
“Ish manalah aku tahu.”
“Jangan tunggu lama-lama, kang andartu sampai tua.”
“Eii, jahat la mulut kau.”
“Takkan tak ada lagi Meena , kat ofis kau bukan ada yang minat kau ke?”
“Itu pegawai atasan aku yang gatal, tak naklah. Dah tua, ada bini dua
dah pun.”
“Haha. Jangan memilih sangat Meena .”
“Yelah, aku memang tak memilih pun, tapi tak adalah sampai nak rampas
suami orang.”
“Habis tu, kau nak siapa?”
“Perwira Rapid boleh tak?”
“Perwira Rapid lagi. Siapa Perwira Rapid tu?”
“Abang pemandu bas lah.”
“Ohh...”
“Apa? Pemandu bas?” Todak yang muncul tiba-tiba kelihatan terkejut.
“Aah, kenapa? Tak boleh ke Paksu?”
“Bukan tak boleh, cuma tak ada orang lain ke yang kamu nak suka, kenapa
mesti pemandu bas?” Todak melabuhkan punggung di sebelah mereka.
“Kenapa tak boleh suka pemandu bas? Berdosa ke suka pemandu bas.”
“Bukan macam tu. Cuma kamu dengan pemandu bas mana setaraf. Macam langit
dengan bumi. Kamu ada kelulusan Meena , kerja pun bagus. Cuba kamu fikir.”
“Ala, cinta itu butalah Paksu.”
“Cinta tak pernah buta, cuma kita yang membutakan mata saat bercinta.”
“Amboi bang, bukan main lagi bercakap ya?” Cheryl mengusik suaminya.
“Betullah kan? Susah kalau kahwin tak sama taraf ni. Nanti kedudukan
isteri lagi tinggi dari suami. Suami akan rasa tercabar.”
“Tapi kalau dah suka nak buat macam mana?”
“Fikirlah masak-masak dulu Meena . Paksu rasa keluarga kita pun tak
setuju.” Ujar Todak sambil membelek anaknya yang masih nyenyak tidur
disebelah Sheyy.
Meena tergamam. Dia jatuh cinta secara tiba-tiba, tanpa berfikir dulu
kedudukan antara mereka. Baginya tiada lagi kisah Antara Dua Darjat,
tetapi rupa-rupanya masih wujud. Dia tak boleh salahkan Paksu sebab
memang itu benar. Keluarganya pasti tidak akan setuju. Seorang Akauntan
dengan seorang pemandu bas, mana sesuai.
Ah cinta membuatkan akalnya menjadi pendek. Tetapi harus bagaimana lagi,
saat cinta sudah bersemi, yang hitam pun nampak putih. Dia tidak kisah
dengan kedudukan Laili , cuma pasti keluarganya tidak merestui, sedangkan
di dalam perhubungan, restu keluargalah yang paling utama. Meena tak mahu
jadi anak derhaka hanya kerana cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience