BAB 2

Romance Completed 472

“Hah! Dah sampai ke mana mimpi Meena tu?” Paksu Meena , Todak sudah duduk
di sisinya di depan ruang tamu itu.
“Apa Paksu ni, mana ada orang mimpi, kan tengah tengok cerita ni,” Meena
menunjukkan skrin televisyen yang sedang menayangkan perlawanan liga EPL.
“Aik, tak pernah pun Meena suka tengok bola, takkan layan kot hari ni?”
Todak memerli.
Meena tersedar lantas cepat-cepat menukar siaran ke drama melayu.
“Fahrin!” Meena separa menjerit saat melihat wajah Fahrin Ahmad di dalam
drama tersebut bergandingan bersama Ayu Raudhah.
“Hah! Ini barulah Meena , gilakan Fahrin, bukan gila bola,” Todak
tersenyum sambil tergeleng.
“Paksu dah repairkan skuter kamu, esok bolehlah guna. Tak pun nak guna
Ducati Paksu pun boleh jugak.” Todak tergelak kecil.
“Mengada la Paksu ni. Ejek-ejek Meena pulak.”
“Kamu tulah, suruh ambil lesen kereta sekali kamu tak mahu. Sekarang
siapa yang susah, motor rosak nak kena naik bas.”
“Tak susah pun Paksu.” Meena tersengih.
“Tak susah? Hari tu Maksu kamu cakap bukan main lagi kamu mengadu tak
reti naik bas.”
“Ish merepek ajelah Maksu tu.”
“Hah mengumpat eh?” Cheryl yang berada di dapur sejak tadi muncul bersama
sedulang air minuman.
“Eh tak adalah Sheyy.”
“Bukan Cheryl lah, Maksu. Kan itu Maksu kamu.” Todak mengingatkan.
“Biarlah bang, tak glamourlah panggil Maksu. Huhu.” Cheryl tersengih
sebelum ikut duduk di sebelah suaminya.
“Mana boleh, panggil Maksu tau Meena , ingat tu.”
“Ye baik Paksu, baik Maksu.”
“Macam tulah. Dah esok tak payah naik bas dah, bawak skuter kamu tu ya.”
“Tak payah lah Paksu. Meena sukalah naik bas.”
“Hah? Suka naik bas, sejak bila ni?” Cheryl menyampuk.
“Sejak jumpa abang Perwira Rapid.”
“Hahh... Perwira Rapid? Apa tu?” Cheryl dan Todak bersuara serentak.
Meena tersengih penuh pengertian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience