BAB 1

Romance Completed 472

Meena melangkah keluar rumah dengan tergopoh-gapah, biasalah ratu tidur
macam dia ni tak sah kalau tak bangun lambat, mujur Subuh sempat lagi
dibuatnya, itupun dalam keadaan mengantuk.
Cepat-cepat Meena sarung kasut sekolah Pallas yang bercorak warna-warni
hasil contengannya itu ke kaki. Meena pandang dirinya atas bawah, tudung
warna-warni yang labuhnya sampai ke pinggang, baju kurung kain kapas,
dan kasut sekolah itu. ‘Perfect!’ jerit hatinya sendiri bila melihatkan
penampilannya yang comel dan sempoi.
Pantas Meena menapak ke skuter kesayangannya yang berkilat sebab
hari-hari dicuci Meena tak pernah jemu. Skuter warna pink itu
digosok-gosok perlahan sebelum Meena duduk dan menghidupkan enjin.
“Vrommm...peh..” enjin mati.
“Vroommm.... peeehhh...” enjin mati lagi. Meena cuba lagi beberapa kali.
Masuk kali ke empat belas, Meena dah hilang sabar.
“Cik Pinky.... kenapa buat hal sayang? Penat aku cuci kau hari-hari, kau
buat hal jugak. Aku humban dalam lombong kang baru kau tau!” Meena
menghamburkan amarahnya pada skuter itu seolah skuter tu bernyawa dan
memahami kata-katanya itu. Kalau orang lalu ternampak Meena , pasti dia
cakap Meena gila.
‘Ah tak boleh jadi ni, kang kena marah dengan bos lagi, mati aku...
silap-silap kena buang kerja, adeh!’ Meena ketuk kepalanya.
“Oit, kenapa ni Meena ? Tak pergi kerja lagi ke?” tegur Cheryl yang sedang
asyik mengunyah karipap menjenguk dari pintu.
‘Alamak, mak buyung ni keluar dah...’
“Aqualah, bukan Meena ...”
“Yelah, Aqua, kenapa tak pergi lagi ni?”
“Nak pergi la mak buyung oi, tapi enjin skuter ni tak nak hidup la
pulak,” Meena mengomel pada Sheyy, kawan baiknya yang juga isteri Paksunya.
Dulu Meena dan Cheryl duduk serumah, selepas Cheryl dan Paksunya berkahwin, dia ikut tumpang duduk dengan mereka, almaklumlah dia memang rapat dengan Paksunya sebab Meena anak tunggal dalam keluarga, dan Paksu pulak hampir sebaya dengannya. Cheryl pun tidak menghalang malah lagi suka,
sebab dia ada kawan. Itulah untungnya Cheryl berkahwin dengan Paksu Meena .
Cheryl geleng-geleng kepalanya, bila memikirkan Meena yang selalu
kelam-kabut untuk ke tempat kerja.
“Nak suruh Paksu kau tu pun, dia dah ke tempat kerja, kau naik bas
ajelah Meena , bus stop kat depan tu je pun,” Cheryl muncungkan bibir ke
satu arah.
“Takutlah...”
“Kau takut apa?”
“Aku tak pernah naik bas...”
“Senang jelah, tahan bas, naik, bayar tiket, duduk, dah nak sampai,
tekan loceng, turun. Apa yang susah?”
“Macam susah je semua tu.”
“Ei, mengada la kau ni, anak manja betul. Dulu aku dok naik teksi
sorang-sorang ok je pun.”
“Kau takpelah, kau ganas. Aku lembut.”
“Nak kena lesing?”
“Tak mau!”
Meena tersengih memandang Cheryl yang dah mengandung lapan bulan lebih,
tunggu masa je nak bersalin. Fikir punya fikir, pantas Meena berlari ke
pondok bas berhampiran, lagi lama dia berlengah, lagi lambat dia ke
tempat kerja. Meena dah terbayangkan bosnya yang berkepala botak berkilat
tu menengkingnya depan orang lain. Mana dia nak letak mukanya yang cun
ni nanti? Malu ah!
Meena menunggu dengan tidak sabar. Dalam hatinya berdoa semoga
cepat-cepat bas datang. Walaupun tak tahu bas mana yang perlu
dinaikinya, dia pasrah aja. Hentam kromo orang cakap, mana-mana bas
datang dulu, dia tahan. Nekad!
Dari jauh sebuah bas Rapid menghampiri, Meena gapai tangan laju-laju,
walaupun dia tak pasti itukah caranya nak tahan bas, hentam sajalah labu.
Bila bas berhenti saja depan dia, Meena pantas meluru ke arah pemandu
bas, tak sabar nak bertanya.
“Pakcik, pakcik, bas ni pergi tak...” Meena terdiam, tak mampu menyambung
kata-kata. Mak aih, mudanya pemandu bas ni, hensemnya, sebijik macam
Fahrin Ahmad.
“Tua sangat ke saya ni sampai kena panggil pakcik?” pemandu bas itu
memerli. Sengihnya meleret sampai nampak gigi sebaris yang putih.
“Err.. er... maaf... encik...”
“Panggil abang ajelah...”
Erkk... gatal!
“Bas ni pergi Bandar Perda tak abang?”
“A ah pergi, seringgit empat puluh sen,” pemandu itu menghulurkan tiket.
Meena cepat-cepat seluk pursenya dan keluarkan sepuluh ringgit.
“Mak aih, besarnya duit, tak ada yang lagi besar ke?”
Meena terdiam. ‘Kena perli lagi...’ manalah dia tahu nak kena naik bas
hari tu, jadi tak adalah duit kecil dalam pursenya.
“Duduklah dulu, kejap lagi saya bagi baki.”
Meena duduk. Lesap bakinya kalau pemandu tu lupa. Meena jenguk-jenguk
pemandangan sekeliling, cuba mengenalpasti setiap kawasan, kot-kot dah
nak dekat sampai Bandar Perda, tak adalah dia menggelabah nanti. Jam
dikerling, dah pukul sembilan suku pagi. ‘Habislah aku!’ Meena dah kecut
perut, waktu kerja pukul sembilan pagi, sekarang dah lebih setengah jam,
macam mana ni?
Meena rasa matanya makin kuyu, dia tidur lambat semalam, sebab main game
Warcraft sampai tak ingat dunia, dahlah penghawa dingin ni sejuk aja,
memang bestlah kalau dapat tidur. Dalam senyuman, Meena lentok bahunya ke
dinding bas, matanya dah terlalu berat untuk dibuka.
“Adik..adik...” suara itu kedengaran merdu di telinga Meena . Putera raja
mana yang kejutkan aku ni? Oh indahnya.
“Adik oh adik...” Meena buka matanya perlahan-lahan, digosok-gosok
matanya yang masih pedih.
“Er, kat mana ni?” Meena tersedar. Terkejut dia bila melihat dirinya
masih di dalam bas, tapi bas tu dah kosong. Yang ada cuma dia dan
pemandu bas. Pemandu bas?
“Err, macam mana saya ada kat sini?” Meena rasa takut, teringat kisah
ngeri seorang gadis dirogol dan dibunuh pemandu bas. Ah, mintak
simpanglah dari benda-benda tu.
“Adik tertidur tadi, saya pun lupa adik nak pergi mana, tengok-tengok
sampai kat hentian terakhir ni pun adik tak sedar lagi.”
“Hah! Hentian terakhir?”
“Aah...” jejaka itu mengangguk perlahan. Meena pandang keluar bas,
kelihatan seperti dia berada di sebuah terminal bas. Ramai yang
berkumpul di luar bas itu, menunggu waktu untuk menyerbu masuk seraya
pintu bas dibuka. Meena kecut perut, risau menyelubungi dirinya. Tidak
pernah dia sampai sejauh ini selama ini, tempat itu terasa begitu asing
bagi dirinya. Sudahlah baru pertama kali naik bas, begini pula jadinya.
“Tak apa, adik duduk je kat situ. Nanti bas ni pusing balik ikut laluan
tadi, adik bolehlah turun kat tempat adik.”
Meena mengangguk-angguk tanda faham. Tiada siapa yang mampu diharapkannya
lagi selain pemandu bas itu.
“Adik nak turun mana tadi?”
“Bandar Perda.”
“Ok. Nah simpan tiket ni elok-elok,” pemandu bas itu menghulurkan tiket
baru buat Meena memandangkan tiket lamanya sudah tidak boleh digunapakai.
Perlahan pemandu bas berjalan semula ke arah tempat duduknya, lantas
membuka pintu, menyebabkan orang-orang di bawah sana berpusu-pusu
memasuki bas.
Meena lihat saja dari tempat duduknya yang berdekatan pemandu bas,
bagaimana pemandu bas itu sibuk melayan setiap orang, menerima bayaran
lantas memberi tiket dengan senyuman yang sangat manis. Hilang sedikit
gundah di hati Meena yang penasaran sedari tadi.
Jam ditangannya dikerling semula. ‘Aiyark! Dah pukul sepuluh! Pergi
kerja apanya macam ni!’ Meena menepuk dahinya. ‘Apa nak buat ni?’ Meena
gelisah memikirkan hal yang satu ini.
Telefon bimbitnya dikeluarkan dari kocek baju kurungnya. Perlahan nombor
telefon pejabatnya didail.
“Kak Ton, tolong bagitahu bos, motor saya rosak, saya masuk lambat sikit
eh,” Meena menghantar pesan pada Zaiton, setiausaha bosnya.
“Lambat sikit ke? Macam lambat banyak aje ni?” Zaiton memerli.
“Ala kak ni, nak buat macam mana, motor saya rosak. Nanti sampaikan tau
kat bos.”
“Iyelah.”
Usai berbicara, cepat-cepat Meena matikan talian dan pandang sekeliling.
Bimbang pisang berbuah dua kali, bimbang tempat yang ingin ditujuinya
terlepas dari pandangan mata sekali lagi. sesekali matanya dilirikkan
pada pemandu bas di hadapan. Saat mata mereka bertembung di dalam cermin pandang belakang, ada senyuman yang terukir di bibir pemandu bas itu.
Meena tidak pasti adakah senyuman itu ditujukan buatnya atau dia hanya
berkhayal.
Meena asyik dilamun perasaan, sampai lupa tujuan asalnya. Wajahnya
tersenyum sendiri mengingatkan senyuman si pemandu bas. ‘Ah angaukah aku?’
“Adik... adik...” suara itu memanggil dari arah depan. Cepat-cepat Meena
pandang pemandu bas itu.
“Dah sampai dah.” Jejaka itu tersenyum lagi.
Meena tersentak lantas segera pandang ke luar bas. Bas sudah terhenti di
depan perhentian bas, di dalam kawasan Bandar Perda.
Ceapt-cepat Meena bangun dan melangkah untuk turun dari bas.
“Er, adik, ni duit bakinya,” pemandu bas itu separuh berbisik saat Meena
melintasi ruang hadapan bas untuk ke pintu depan yang terbuka.
“Tak apa bang, biar jelah,” sempat lagi Meena membalas.
“Tak apa, nah ambil ni,” ucap pemandu bas itu sambil menghulurkan
beberapa not seringgit.
“Jumpa lagi ya,” pemandu bas itu berbicara sebelum pintu bas ditutup
saat Meena sudah turun dari perut bas.
Meena tergamam di tepi jalan. Terasa seperti dirinya baru saja keluar
dari pengembaraan yang amat menyenangkan dan penuh bunga-bunga. Echewah, bunga-bunga cinta gitu.
Perlahan Meena melangkah ke tempat kerjanya, sampai-sampai ke tempat
kerja, bos mulalah berceramah padanya, membebel kerana kelewatan Meena ,
tapi Meena cuma tersenyum, tidak terkesan langsung amarah bosnya yang
macam singa betina itu, ibarat angin lalu di tepi telinga, dek kerana
asyik teringatkan si pemandu bas itu dan senyumannya.
Sejak hari itu Meena sering menggunakan perkhidmatan bas sementara
menunggu skuternya dibaiki. Bagi Meena tidak menjadi bebanan baginya
untuk menaiki bas asalkan dapat bertemu pujaan hatinya. Meena siap sudah
hafal lagi waktu bas yang dipandu pujaan hatinya itu tiba di perhentian.
Barulah tidak terlepas masa untuk bersua.
Semakin kerap bertemu, semakin kuat pula perasaannya pada pemandu bas
itu hinggakan jika ada gadis-gadis yang ingin menggatal dengan pemandu
itu, pasti Meena jadi bengang. Ramai yang sengaja berdiri sebelah
pemandu, sambil bersembang-sembang padahal banyak lagi kerusi kosong di
dalam bas. Iyalah, pemandu bas kacak bergaya macam Fahrin, siapa tak
berkenan. Semua kalau boleh nak mengayat, tapi Meena tak pandai mengayat,
yang dia tahu cuma memerhati dari kejauhan. Mungkin sudah nasibnya cuma
boleh memendam rasa sendiri.
“Ah Perwira Rapidku...” Meena berkhayal, terbang bersama si pemandu bas,
dalam bas yang boleh terbang. Dalam alam khayalan, semua benda boleh
berlaku kan? Hehe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience