BAB 1

Drama Completed 5553

Miyul dan Adira, mereka berdua adalah sahabat baik. Masing-masing berumur 6 tahun dan hidup berjiran di Kampung Sungai Tonggak. Perwatakan Miyul agak lembut dan manja. Dia sering sahaja dibuli oleh kanak-kanak di kampung tersebut. Berbeza dengan Adira, dia bersifat ganas dan kasar. Setiap kali Miyul dibuli, Adira akan datang membantu. Dia menggelarkan dirinya Super Dira!

“Miyul, janganlah lembik sangat. Sebab Miyul lembiklah diorang tu suka buli Miyul.”

Kata Adira yang berada disisi Miyul. Tika ini Miyul sedang menangis teresak-esak.

“Ajib dan geng busuk dia tu memang camtuh. Mentang-mentanglah Miyul sorang-sorang.”

Miyul berusaha mengesat air matanya. Adira memerhatikan Miyul. Dia senyum.

“Tak pa, Super Dira akan sentiasa melindungi orang lemah! Super Dira kan kuat.”

Adira cuba membangkitkan semangat Miyul. Ternyata berkesan apabila Miyul turut menyokongnya.

“Ya! Hidup Super Dira!!”

“Jom balik, Adira laparlah. Nanti malam boleh kita ajak Pak Man tengok kelip-kelip.”

Adira menyentuh perutnya dengan sebelah tangan. Itu menunjukkan dia lapar.

“Okay!”

Miyul bersetuju. Mereka berjalan pulang sambil berpegang tangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience