BAB 7

Drama Completed 5553

“Semenjak si Miyul tu tak ada, Adira macam tulah. Menjadi pendiam, kurang aktif. Makan pun sudah kurang sekarang. Rindu betul dia pada Miyul.”

Kata ayah Adira kepada Pak Man. Pak Man memerhatikan Adira. Dia banyak termenung di muka pintu. Mungkin menanti kehadiran Miyul. Pak Man menggelengkan kepalanya. Dia mendekati Adira.

“Jom Adira kita pergi ke bangsal dekat hujung desa tu.”

Pelawa Pak Man. Adira melihat dalam muka Pak Man. Dia bersetuju.

Di bangsal tersebut, Adira masih lagi berdiam diri.

“Ala, Pak Man terlupa, siang-siang mana ada kelip-kelip.”

Pak Man cuba menarik perhatian Adira. Adira sedikit pun tidak berkata apa. Hanya diam membatu merenung pohon-pohon disitu.

“Pak Man tengok Adira banyak muramlah sekarang. Adira rindu Miyul ye?”

Pak Man membuka topik. Adira memeluk laju tubuh Pak Man yang kering itu. Dia menangis teresak-esak. Benar, dia teramat rindukan sahabatnya itu. Hanya Miyul sahajalah teman dia bermain. Jika tiada Miyul maka kosonglah hidupnya.

“Pak Man…Miyul tipu…Dia tipu Dira..Dia kata dia nak tengok kelip-kelip dengan Dira!! Tapi sampai sekarang dia tak ada. Dia tinggalkan Dira sorang-sorang. Miyul penipu…tipu…”

Tangisannya semakin galak. Emosi dan jiwanya terganggu. Dia tidak mampu menanggung kesunyian.

“Sudah-sudah tak baik nangis.”

Pujuk Pak Man. Pak Man mengesat air mata yang mengalir di pipi Adira. Dia membaringkan kepala Adira ke atas pehanya.

“Pak Man, kenapa mesti Miyul meninggalkan Dira?”

Pak Man hanya diam. Dia membiarkan sahaja Dira melayan emosinya.

“Dira dekat sini rupanya.”

Tiba-tiba satu suara menyebut namanya. Suara itu yang cukup dikenali Adira.

Dia mengangkat kepalanya. Dia melihat sebuah tubuh kecil. Senyumannya melebar. Laju air mata mengalir keluar. Air mata kegembiraan.

Miyul!

“Miyul boringlah tinggal dekat hospital. Tak ada apa-apa langsung. Kalau dekat sini boleh bermain dengan Adira.”

Miyul tersengih-sengih. Adira turut tersengih gembira. Iya dia sangat gembira, kembalian Miyul memberi sinar kembali kepada hidupnya.

Akhirnya mereka menunggu di hujung desa sehingga larut malam. Memerhatikan kelip-kelip di hujung desa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience