Miyul dan Adira berjalan balik pulang dari tadika. Mereka bergelak ketawa, ada sahaja cerita lawak mereka.
Tiba-tiba berhenti sebuah motor. Kak Zeti berbadan besar menegur mereka.
“Dah habis tadika ke?”
Kak Zeti suka menyakat Miyul dan Adira. Ini kerana mereka comel. Persahabatan mereka juga kiut dan manis.
“A’ah kita orang belajar negeri-negeri tadi.”
Kata Miyul Dia begitu teruja dengan apa yang dibelajarnya di tadika. Kak Zeti mengganguk-angguk tanda faham.
“Cepatlah naik, akak tumpangkan ke rumah.”
Kak Zeti mempelawa mereka berdua. Miyul duduk di bakul dan Adira duduk di belakang Kak Zeti sambil memegang erat tubuh wanita itu.
Kak Zeti memacu motornya.
Share this novel