“Dira oh Dira, cepatlah siap! Kita harini nak datang awal ke tadika.”
Jerit Miyul dari luar rumah Adira. Adira menjenguk keluar melalui jendela. Dimulutnya terdapat biskut, muka penuh dengan bedak.
“Tunggulah!”
Jerit Adira.
Ibu Adira menarik Adira.
“Ish kamu nih, jangan banyak bergerak boleh tak. Susah ibu nak betulkan rambut kamu.”
Sambil itu dia menyikat-nyikat rambut Adira.
Miyul berasa bosan menunggu. Lalu dia ingin mengambil keputusan untuk meninggalkan Adira.
“Adira lambat! Miyul pergi dulu!!!”
Berlari-lari Miyul meninggalkan perkarangan rumah Adira.
Adira menghentak-hentak kakinya. Dia marah kerana ibunya lambat menyiapkannya.
“Yolah, yolah..siap dah…meh salam tangan ibu.”
Ibu Adira menghulurkan tangan. Adira menyambut cium tangan dan pipi ibunya. Selepas itu dia segera memakai kasut sekolah yang kecil dan berlari-lari menuju ke tadika. Dalam perjalanan dia terlihat kelibat Miyul. Miyul menangis teresak-esak. Adira mendekati Miyul.
“Kenapa ni Miyul?”
Tanya Adira.
Miyul menunjuk jari kecilnya itu kearah seekor anjing. Anjing itu sedang mengeram seakan-akan mahu menerkam orang.
“Miyul takut anjing!”
Adu Miyul.
Lantas Adira mengambil batu lalu dibalingnya kearah anjing tersebut. Menjerit-jerit anjing tersebut lalu meninggalkan mereka.
“Tengok dah lari dah anjing tu. Miyul berhenti menangis ya?”
Adira menepuk-nepuk belakang Miyul. Miyul angguk-angguk kecil.
“Itulah tadi tinggalkan Dira. Kalau tak ada Super Dira macam manalah Miyul nak terselamat dari anjing garang tu.”
Kata Adira bangga. Miyul tersenyum, sekejap sahaja dia berhenti menangis.
“Jomlah Adira. Lambat nanti.”
Share this novel