Suatu hari, ketika Miyul main seorang diri di padang, Ajib dan kawan-kawannya datang.
“Miyul pondan suka main ngan perempuan!”
Mereka mengapi-apikan Miyul. Pada awalnya Miyul cuba untuk tidak melawan akan tetapi apabila mereka mula menyentuh-nyentuh badan Miyul. Miyul menjadi marah. Dia cuba menyerang Ajib tetapi terhenti apabila dia mendengar jeritan Adira.
“Super Dira datang!!!!”
Ditangan Adira terdapat sebatang kayu. Berlari rakan-rakan Ajib. Tetapi tidak Ajib. Dia berdiri teguh. Dia fikir dia adalah lelaki dan tidak perlu takut pada perempuan. Sedang mereka bertentang mata tiba-tiba datang seorang lelaki bengis. Dia kelihatan mabuk. Dia menumbuk tumbang Ajib. Lelaki terbabit ketawa. Dia kemudiannya menyepak-nyepak badan Ajib.
Miyul hanya mampu melihat sahaja, dia sangat takut. Adira laju menuju kearah lelaki tersebut. Cuba menghalang tindakan lelaki tersebut dengan kayunya. Namun lelaki tersebut berjaya menahan serangan Adira. Dia merampas kayu dari Adira. Adira mengeletar. Lelaki itu mengangkat tangan tinggi ke langit cuba untuk melibas Adira dengan batang kayu tersebut.
Mujur Miyul melompat masuk mengambil posisi Adira. Kepalanya dilibas kuat. Dia tumbang. Darah keluar dari kepalanya sangat banyak.
Apabila melihat darah yang banyak keluar dari kepala Miyul. Lelaki tersebut melarikan diri. Adira merapati Miyul. Dia cuba menghentikan pendarahan pada kepala Miyul dengan lengan bajunya.
“Dira..”
Sayu dia melihat Adira yang cuba sedaya upaya membantunya.
“Mi..Miyul..miyul tahan ya…nanti ada orang datang tolong Miyul.”
Menitis-nitis air mata Adira. Dia dapat merasakan kesakitan yang dialami Miyul.
Perlahan tangan kecil dan comel Miyul menyentuh pipi gebu Adira.
“Dira jangan menangis..Miyul tak apa-apa..Miyul kuat..Miyul nak jadi macam Dira.”
Matanya yang berkaca melihat tepat wajah Adira. Wajahnya pucat. Nafasnya tersangkut-sangkut.
Adira bagai tidak mampu berkata apa-apa.
“Erm…betul Miyul kuat! Miyul berani! Miyul jangan tinggalkan Dira ye?”
Ujar Dira mengesat-ngesat air matanya yang berjurai-jurai di tepi pipinya. Melihatkan keadaan Miyul yang parah, timbul kerisauan dalam hati Adira. Dia risau dia akan kehilangan sahabat karibnya itu.
“Miyul..Miyul takkan tinggalkan Dira..Miyul kan kawan Dira…”
Ujar Miyul. Kemudiannya dia mengerang kesakitan. Kesakitan dirasakan bertambah perit.
“Miyul….”
Adira tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Dia terlalu sedih melihat keadaan Miyul….Miyul hampir-hampir melelapkan matanya.
“Miyul..Miyul kena janji dengan Dira, nanti kita akan sama-sama tengok kelip-kelip.”
Miyul senyum. Seolah-olah mengatakan bahawa dia akan mengotakan janji itu.
Kemudian perlahan-lahan dia menutup kedua kelopak matanya. Adira memanggil-manggil namanya. Suara Adira didengarnya sayup. Semakin sayup dan akhirnya sudah tidak kedengaran lagi.
“Miyuul!!!!”
Adira mengerak-gerakkan tubuh Miyul. Miyul tidak lagi menunjukkan apa-apa reaksi. Adira menangis teresak-esak. Sehinggalah dia keletihan lalu membaringkan tubuhnya disisi Miyul. Ternyata Miyul sudah tidak terjaga lagi.
Share this novel