BAB 5

Drama Completed 5553

Petang itu Adira dan Miyul berjalan keluar. Mereka bercadang untuk pergi ke warung Pak Jahar. Di situ mereka boleh lepak-lepak makan ais krim bersama.

Sampai sahaja di warung Pak Jahar mereka berdua memesan ais-krim kegemaran mereka bersama Ais Krim perisa kiwi.

Disebabkan warung Pak Jahar berdekatan dengan pantai jadi mereka mengambil keputusan untuk melepak disitu. Mereka duduk diatas sebuah batu karang yang besar.

“Dira, cuba tengok tu!”

Miyul menghalakan tangan kanannya ke tengah laut.

“Tengok apa? Tak nampak apa pun.”

Adira cuba mengecam. Badannya sedikit terbongkok kehadapan. Miyul secara senyap mendekatkan ais krimnya begitu hampir dengan pipi Adira.

“Sinilah!”

Miyul cuba mendapatkan perhatian Adira.

“Ma…”

Adira memusingkan kepalanya lalu pipinya terpalit aiskrim Miyul. Miyul ketawa besar.

“Padan muka Dira, pipi kena aiskrim.”

Miyul berlari jauh dari Dira, Adira mengejar Miyul cuba untuk membalas dendam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience