BAB 2

Other Completed 2064

Datuk Seri Habib meletakkan semula akhbar itu. Sebagai seorang Perdana Menteri dan seorang Presiden sebuah parti politik yang telah memerintah negara itu hampir 60 tahun, membaca artikel seperti itu bukanlah satu perkara yang baik. Lebih lebih lagi perkara itu dilontarkan oleh seorang ahli akademik yang sangat terkenal dan berpengaruh.

Sebelum ini partinya diterajui oleh lima orang Perdana Menteri. Semuanya mengekalkan prestasi yang agak baik dalam pilihan raya umum. Kecuali Perdana Menteri sebelumnya yang telah membuatkan negara itu menjadi Tsunami Politik seketika. Tiba tiba sahaja suara parti pembangkang menjadi kuat. Namun begitu, dia telah berjaya mengekalkan suara majoriti dalam parlimen pada pilihan raya umum yang lalu.

Tetapi, adakah partinya mampu untuk memerintah dan mentadbir negara itu pada pilihan raya umum yang akan datang? Mampukah partinya mendapat majoriti di parlimen pada masa akan datang sedangkan pada masa yang sama suara pembangkang semakin hari semakin kuat? Itulah persoalan yang kerap muncul di kotak fikirannya.

Tiba tiba pintu biliknya diketuk.

“Masuk!” Arahnya.

Terpacul wajah Ahmad – setiusaha sulitnya di muka pintu. Dia melihat Ahmad sedang memegang senaskhah akhbar. Dia yakin pasti Ahmad sudah membaca berita itu.

“Datuk sudah baca berita muka depan akhbar ini?”

Soal Ahmad sambil duduk di hadapannya tanpa meminta izin terlebih dahulu.

Dia tidak kisah tentang perkara itu. Dia tidak mengaanggap itu sebagai biadab dan kurang ajar. Ahmad sudah lama bekerja dengannya. Ahmad seorang pekerja yang baik dan berdedikasi. Datuk Seri Habib mengangguk.

“Jadi apa pendapat Datuk?” Ahmad bertanya lagi.

“Entahlah, kamu rasa?”

“Saya rasa Datuk kena ambil tindakan dengan segera. Kalau terlewat sudah pasri ramalan Prof Dr Hasli ini boleh jadi kenyataan.”

Datuk Seri Habib memandang wajah Ahmad dalam dalam. Kerutan di dahinya semakin bertambah kerana memikirkan sesuatu. Dia mencari idea untuk menyelesaikan masalah yang sedang berlaku itu.

“Tolong jemput Prof Dr Hasli untuk ke pejabat saya esok.” Datuk Seri Habib memberi arahan.

“Baiklah.”

Ahmad akur dengan arahan Datuk Seri Habib itu. Dia tahu sudah pasti Datuk Seri Habib mempunyai agenda tersendiri apabila menjemput Prof Dr Hasli ke pejabatnya esok. Datuk Seri Habib seorang yang bijak. Ahmad yakin Datuk Seri Habib dapat menyelesaikan masalah yang melanda kerajaan dan parti pimpinannya sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience