BAB 3

Other Completed 2064

Prof Dr Hasli agak terkejut sebenarnya apabila dia dikunjungi oleh Ahmad yang merupakan setiausaha sulit Perdana Menteri. Mana tidaknya, belum pernah lagi Ahmad berkunjung ke pejabatnya di Universiti Bumiputra itu dan belum pernah lagi Perdana Menteri menjemputnya datang ke pejabat. Dia yakin sudah pasti Datuk Seri Habib mempunyai perkara penting yang hendak dibincangkan bersamanya, jika tidak sudah pasti Datuk Seri Habib tidak akan menjemput datang ke pejabat pada hari itu.

Sampai sahaja di pejabat Perdana Menteri, dia perlu melalui pelbagai pos kawalan dari tingkat bawah bangunan Perdana Menteri sehinggalah ke tingkat atas. Setiap pos kawalan yang dilaluinya, sudah pasti tubuh badannya akan diperiksa oleh pegawai polis yang bertugas di situ. Itu adalah perkara biasa apabila berkunjung ke pejabat orang besar negara. Semua itu dilakukan untuk menjaga keselamatan Perdana Menteri daripada mana mana ancaman untuk membunuhnya.

Apabila dia sampai sahaja di pos kawalan terakhir, dia diperiksa sekali lagi dan dibawa menuju ke bilik Perdana Menteri. Dia menunggu di luar seketika apabila seorang anggota polis yang mengiringinya masuk ke bilik itu sebentar.

“Awak boleh masuk sekarang.” Ujar anggota polis yang berusia dalam lingkuangan 40an itu setelah keluar dari bilik Perdana Menteri.

“Terima kasih.” Ucap Prof Dr Hasli sambil tersenyum. Kemudian dia menghadiahkan sebuah senyuman kepada anggota polis yang serius itu sebelum masuk ke dalam bilik Perdana Menteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience