BAB 4

Other Completed 2064

“Prof Hasli, sudah lama kita tak berjumpa. Kali terakhir kita jumpa masa Prof bagi seminar tentang politik Islam kat Universiti Bumiputra tahun lepas. Sila duduk Prof.”

Datuk Seri Habib menyambut Prof Dr Hasli dengan ramah.

“Terima kasih Datuk.”

Ucap Prof Hasli dan duduk di salah sebuah sofa empuk yang terletak di sudut bilik kerja Perdana Menteri itu.

“Ada apa Datuk nak jumpa saya? Tak pernah lagi Datuk suruh saya datang ke mari?” Soal Prof Hasli tanpa rasa gentar.

“Semalam saya ada terbaca artikel awak tentang parti saya perlu bersedia jadi pembangkang. Sekarang saya nak tahu mengapa awak cakap macam tu kat wartawan?” Soal Datuk Seri Habib tanpa berbasa basi lagi.

“Sebagai seorang ahli akademik, saya perlu berjuang untuk kepentingan agama, bangsa dan negara saya bukan untuk survival mana mana ahli politik atau parti politik.” Jawab Prof Hasli tenang.

“Sekarang saya nak tahu apa salah kerajaan sampai awak kata kami perlu bersedia jadi pembangkang?”

“Betul Datuk nak tahu?”

“Ya, saya nak tahu.” Jawab Datuk Seri Osman. Sebagai seorang pemimpin dia perlu mendengar luahan hati seorang rakyat lebih lebih lagi luahan hati itu dilontarkan oleh seorang ahli akademik seperti Prof Hasli.

“Cuba Datuk tengok apa yang Datuk dah buat. Dahulu sebelum pilihan raya, Datuk kata Datuk nak berubah tapi rupa rupanya tidak. Datuk masih kekalkan perangai lama Datuk. Datuk menaikkan harga bahan bakar, tariff elektrik, Datuk perkenalkan cukai GST, Datuk naikkan harga gula, semua itu adalah punca kenapa rakyat sudah muak dan jelak dengan kerajaan yang Datuk pimpin ini. Hidup mereka tertekan. Rakyat kita terutama orang Melayu, bukan semuanya kaya raya. Mereka terpaksa menghadapi tekanan hidup ini akibat dasar dasar yang Datuk cipta bersama suku sakat Datuk.” Prof Hasli memberi penerangan dengan berani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience