BAB 5

Other Completed 2064

Tidak ada rasa gentar sedikit pun kelihatan di wajahnya. Datuk Seri Habib sendiri akan tersentak dengan keberanian Prof Hasli itu.

“Itulah yang semua rakyat tak faham. Bukan senang nak mentadbir sebuah negara. Saya buat semua tu untuk kukuhkan ekonomi negara kita juga. Untuk pembangunan negara kita juga.”

Datuk Seri Habib mempertahankan tindakannya.

“Datuk jangan lupa, bukan semua rakyat negara ini faham tentang masalah yang Datuk hadapi. Mereka tidak kisah tentang semua tu. Yang mereka kisahkan adalah macam mana mereka nak terus hidup dan makan di negara ini. Itu sahaja! Lagipun kalau Datuk dan para menteri yang lain menguruskan kewangan negara dengan baik, saya yakin Datuk tak perlu ambil tindakan yang membebankan rakyat macam ni. Tapi bila kita lihat laporan Ketua Audit Negara, nampak sangat Datuk dan para menteri yang lain gagal menguruskan kewangan negara ini dengan berkesan. Berjuta juta ringgit hilang macam tu saja.”

Prof Hasli membentangkan pendapatnya.

Datuk Seri Habib terdiam. Banyak benarnya kata kata Prof Hasli itu. Selama ini dia tidak sedar apa yang telah dia lakukan. Dia hanya bertindak mengikut suara hatinya dan suara para penasihatnya namun dia lupa untuk bertindak mengikut suara hati rakyat. Itulah kesilapan yang telah dia lakukan.

“Datuk kena ingat satu perkara. Rakyat sekarang sudah tak tahan lagi. Mereka dah tak sabar mahu menunggu pada pilihan raya umum yang akan datang. Mereka dah tak sabar nak tukar kerajaan sekarang. Sebab itu saya kata kerajaan yang Datuk pimpin ini perlu bersedia jadi pembangkang. Cuba Datuk lihat, apa lagi janji yang Datuk tak tunaikan? Sebelum pilihan raya dulu Datuk janji nak beri duit kepada setiap isi rumah RM1500 tapi bila perbentangan belanjawan hari tu di Parlimen, Datuk hanya beri RM650 saja. Nampak sangat Datuk mungkin janji. Rakyat benci kepada pemimpin yang mungkir janji.” Prof Hasli terus menghentam tetapi dalam nada yang lembut.

“Ingat Datuk, panas tak akan membawa ke petang, hujan juga di tengah hari. Parti Datuk takkan selama lamanya memerintah negara ini. Ingat! Suatu hari nanti pasti parti Datuk akan tewas dalam pilihan raya dan parti Datuk akan jadi parti pembangkang pula. Datuk bernasib baik pada pilihan raya yang lalu kerana tidak kalah walaupun pada pilihan raya itu merupakan tahun paling getir dalam sejarah pilihan raya dalam negara ini. “ Prof Hasli menyambung apabila tidak mendapat sebarang tindak balas dari Datuk Seri Osman.

“Betul cakap Prof tu. Saya sebenarnya sudah silap. Saya benar benar menyesal.”

Kata Datuk Seri Habib Osman lemah. Dia menarik nafas dalam dalam dan menghempaskan satu keluhan berat.

“Satu saja nasihat saya kepada Datuk. Datuk dan semua ahli parti Datuk termasuk menteri menteri kabinet kena berubah jika Datuk mahu kekal berkuasa. Hentikanlah rasuah dan merompak wang rakyat. Selagi Datuk tak berubah, saya yakin jangka hayat pemerintahan parti Datuk akan bertambah pendek.” Ujar Prof Hasli.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience