BAB 1

Other Completed 2064

Datuk Seri Habib melihat ke luar tingkap pejabatnya yang tiga kali lebih besar dari dirinya itu. Dia melihat banyak kenderaan seperti kereta, motosikal, lori dan bas berpusu pusu untuk menuju ke destinasi masing masing di luar pejabatnya. Dia turut melihat beberapa orang manusia yang lalu lalang juga untuk menuju ke destinasi masing masing yang tidak diketahui olehnya.

Kemudian matanya terarah pula kepada bangunan bangunan yang tersergam indah yang berada di hadapan matanya. Dia tersenyum bangga. Dahulu negara itu pernah dijajah oleh beberapa kuasa dunia. Dia sendiri tidak percaya bahawa negara bekas tanah jajahan itu mampu menjadi sebuah negara membangun hasil perjuangan pahlawan pahlawan dan Perdana Menteri terdahulu.

Tiba tiba matanya tertancap pada Bangunan Parlimen. Hatinya berasa gundah gulana semula. Dia melihat senaskhah surat khabar yang terletak di atas meja kerjanya. Tajuk muka depan akhbar itu amat menggerunkannya. ‘Kerajaan Sekarang Perlu Bersedia Untuk Jadi Pembangkang : Prof Dr Hasli.’ Begitulah tajuk utama akhbar tersebut. Akhbar yang mempunyai jumlah pembaca yang agak tinggi di negara itu.

Dia membaca lagi akhbar tersebut. sudah dua tiga kali akhbar itu dibaca. Sudah dua tiga kali dia membaca artikel yang sama. Artikel satu temu ramah dengan seorang ahli akademik yang agak berpengaruh di Malaysia. Prof Dr Hasli bukan calang calang orang. Professor dalam bidang politik itu mempunyai satu pandangan yang kreatif dan kritis. Banyak ramalannya dalam politik mampu menjadi kenyataan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience