BAB 6

Other Completed 2064

Datuk Seri Habib hanya bungkam. Dia cuba mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapinya sekarang di samping memikirkan kebenaran kata kata Prof Hasli. Selama ini dia tidak pernah memikirkan tentang masalah rakyat. Apa yang ada di fikirannya adalah bagaimana mahu mempetahankan kuasa dan mendapat majoriti di Parlimen.

Sudah sampai masanya dia perlu berubah. Dia mengambil keputusan untuk mengambil kira pendapat Prof Hasli dan mengubah apa yang telah berlaku demi survival politik dan survival partinya. Jika dia tidak berubah, dia yakin kata kata Prof Hasli bahawa dia perlu bersedia untuk jadi pembangkang semakin menjadi kenyataan. Datuk Seri Habib mula menanam azam. Dia mengambil keputusan untuk berubah dan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinannya.

Rakyat agak terkejut dengan tindakan drastik yang dilakukan oleh Datuk Seri Habib sebagai Perdana Menteri. Tiba tiba sahaja Datuk Seri Habib mengambil tindakan tegas kepada mana mana ahli politik yang telah mengamalkan rasuah baik dari parti pembangkang mahupun partinya sendiri. Walaupun perkara itu mendapat tentangan hebat dari ahli partinya sendiri, namun dia sudah tekad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience