> MAWAR DALESYA <
Kelopak mataku makin terasa lemah & pandanganku makin terasa kabur. Apa yang Aku lihat hanyalah silauan lampu di atasku & wajah beberapa orang yang mengejarkan Aku segera ke ruangan kecemasan.
"Errrrr .... Tolong selamatkan anak saya !!"
Pintaku lemah pada orang yang menolak Aku ke ruangan kecemasan, kemudian sekali lagi pandanganku terus bertukar gelap.
***************
Tidak lama selepas itu, Aku membuka mataku & terus bangun terduduk secara mengejut mencari dimana Dahlia.
"Auhh !!! DAHLIA !!!"
Panggil Aku terus bangun terduduk kerisauan mencari kelibat Dahlia.
"Esya !! You dah sedar ker ??"
Tanya Firaz yang juga terperanjat melihat Aku tiba-tiba bangun terduduk mengejut seperti itu.
Firaz cuba menahan badan Aku agar Aku dapat bertenang dari terus mengelupur tercari-cari dimana keberadaan Dahlia.
"Lia !! Mana Lia ??"
"Lia anak Mama !!"
Panggil Aku cemas mencari di mana Dahlia.
Aku masih ingat keadaan anak Aku yang penuh bergelumuran darah di wajahnya semasa Aku cuba menyelamatkan dia di tempat kejadian tadi.
"Esya sabar dulu .. please dengar cakap I !!"
"You jangan risau okey .. Lia selamat & dia sekarang sedang diberi rawatan oleh doktor .."
Terang Firaz cuba menjelaskan pada Aku agar Aku dapat bertenang.
Hatiku jadi lega bila Firaz mengkhabarkan berita tersebut pada Aku. Baru Aku dapat bertenang setelah mengetahui tentang keadaan Dahlia.
Aku cuma mengalami sedikit cedera ringan di bahagian kepala & tangan sebelah kananku. Jadi kepala & tanganku hanya dibalut ringan oleh pihak hospital.
"Betul ker Dahlia selamat ? Dia tak apa-apakan Firaz ?"
Tanya Aku pada Firaz.
Firaz hanya tersenyum paksa pada pertanyaanku namun dia masih cuba membuat Aku lebih bertenang dahulu.
"Iyer Esya .. Dahlia selamat, cuma I harap you dapat bertenang dulu sedikit sebab ada sesuatu yang I nak bagitahu pada you tentang Dahlia .."
Ujar Firaz masih cuba membuat agar Aku dapat menenangkan diri sedikit sebelum dia memulai.
Aku rasa tidak sedap hati dengan apa yang reaksi wajah Firaz yang mahu memberitahu Aku tentang keadaan Dahlia.
"Kenapa dengan Dahlia ?? Dia okey jer kan Firaz ?"
"Awak yang kata dia okey jer kan tadi .."
Aku makin berasa tidak sedap hati dengan kata-kata & reaksi Firaz.
"You cuba bertenang dulu Esya .."
"Jangan risau Dahlia selamat jer, cuma sekarang nie doktor kata Dahlia kekurangan darah semasa dia dibawa ke hospital tadi & pihak hospital masih mencari stok darah daripada mana-mana penderma atau hospital .."
Terang Firaz kepadaku.
"APA ?? Jadi sekarang nie macam mana keadaan Lia ?"
"Pihak hospital masih tak dapat cari lagi ker stok darah ?"
Tanya Aku terkejut mengetahui keadaan sebenar Dahlia.
"Buat masa nie pihak hospital masih tak dapat lagi golongan darah yang sama dengan Dahlia .."
"I pun dah cuba buat ujian darah tadi untuk nak dermakan pada Lia, tapi golongan darah I tak sama dengan Lia .."
"Doktor kata golongan darah Lia agak sukar ditemui & hanya orang tertentu saja yang mempunyai golongan darah yang sama seperti Lia kerana dia memiliki golongan darah 'O Negatif' .."
"Jadi kita cuma berharapkan agar ada penderma darah yang sama dengan golongan darah Dahlia dapat mendermakan darahnya secepat mungkin .."
Jelas Firaz sekali lagi.
Mahu luruh jantung Aku mendengar penjelasan Firaz tentang keadaan Dahlia. Aku menangis sebak kerana bersalah telah membuat Dahlia mengalami penderitaan ini.
Ini semua adalah salah Aku, jika Aku tidak memandu laju & terlalu mengikut perasaanku pada waktu itu, kemalangan ini tak akan berlaku.
"Esya ~ you sabar okey .."
"Kita berdoa semoga Dahlia dapat penderma darah dengan segera, lagipun kitaorang semua masing-masing akan cuba membuat ujian darah untuk membantu Dahlia .."
"Khayla pun sekarang tengah buat ujian darah kat lab hospital"
Pujuk Firaz cuba menenangkan Aku namun Aku makin menangis sebak memikirkan keadaan Dahlia.
Bila disebut pasal Khayla, tiba-tiba Aku teringat akan tunangannya.
"Awak ~ Khayla mana ? Dia datang seorang diri jer ker ?"
"Please bawak saya pergi jumpa Khayla sekarang jugak !!"
Pintaku terdesak pada Firaz.
Tanpa sebarang kata Firaz terus mendorong kerusi roda membawa Aku bertemu dengan Khayla sekarang juga di lab hospital.
Tepat sampai di luar lab, kebetulan Khayla juga baru keluar dari dalam lab selepas membuat ujian darah.
"Esya ~ kau dah sedar ?"
"Maaf, Aku baru buat ujian darah, tapi darah Aku jenis AB tak dapat nak dermakan pada Lia .."
Ujar Khayla yang keluar & melihat Aku datang didorong oleh Firaz menggunakan kerusi roda.
"Takpe Khayla, Aku faham .."
"Tapi boleh Aku mintak tolong kau sikit tak ?"
Pinta Aku pada Khayla.
"Cakaplah apa dia Esya .. Aku akan sedia tolong kau !!"
Balas Khayla ingin segera tahu.
"Khayla ~ boleh Kau tolong panggilkan tunang kau ke sini sekarang .. Aku perlukan pertolongan dia !! Please Aku merayu pada kau Khayla .."
Pinta Aku terdesak pada Khayla.
Firaz & Khayla masing-masing terkejut dengan permintaanku yang tiba-tiba meminta agar tunangan Khayla datang segera.
Khayla hanya menuruti permintaanku & terus menghubungi tunangannya agar segera datang ke hospital.
Tidak lama selepas itu, tunangan Khayla terus bergegas ke hospital setelah mengetahui apa yang telah terjadi pada Aku & Dahlia.
"Huftt ~ huftt ~~"
"Macam mana keadaan mereka ? Diaorang tak apa-apa ker ?"
Tanya Ayaash pada Khayla setibanya di hospital sehingga dia tak cukup nafas bergegas lari ke arah bilik rawatanku.
Aku yang dari tadi menunggunya datang terus bangun dari kerusi rodaku ke arah Ayaash, namun kakiku tiba-tiba terasa lemah & hampir jatuh tersungkur ke hadapan.
Ayaash terus menahan badanku yang hampir terjatuh ke arahnya selepas Aku bangun dari kerusi roda.
"Mawar ~ are you okey ?"
Tanya Ayaash risau sambil menahan badanku dari hadapan.
Aku tersentak bila Ayaash menahan badanku dari hadapan sambil menyebut namaku Mawar seperti itu.
Firaz & Khayla juga terkejut tiba-tiba Aku hampir terjatuh ke hadapan Ayaash. Mereka cuba membantu Aku untuk berdiri dengan baik semula, tapi Ayaash pula yang terlebih dahulu membantuku.
"I need to talk to you now !!"
Bisik Aku pada Ayaash sendiri.
Ayaash agak terkejut dengan permintaanku tiba-tiba seperti itu, namun Dia turuti sahaja & mendorongku pergi dengan kerusi roda ke ruangan lain untuk kami berdua berbicara tanpa ada Firaz & Khayla.
Sampai saja di dalam ruangan lain, Ayaash terus berhenti mendorongku.
"Cik Mawar ~ are you okey ?"
"Dahlia macam mana ? She was okey right ?"
Tanya Ayaash sangat risau & cemas.
Aku terus memandang Ayaash dengan pandangan geram & sangat cukup marah. Mataku mulai berkaca memandang tajam kearahnya kerana menahan rasa sakit hati yang sangat dalam tatkala melihatnya.
"Cik Mawar ~ are you okey ?"
"Kenapa you nangis ? You sakit ker ? You sakit kat mana ? Mana I nak tengok !!"
Ujar Ayaash kerisauanĀ sambil dia cuba untuk melihat dimana kesakitan yang Aku rasakan, namun entah mengapa tiba-tiba mataku mulai berkaca mahu menangis memandangnya.
"Stay away from me !! Jangan cuba nak ambik kisah pasal saya !!"
Balas Aku geram & menyampah melihat reaksi Ayaash.
Ayaash kehairanan melihat sikap dinginku tiba-tiba terhadap dia. Dia masih bingung apa yang membuat Aku jadi seperti itu padanya.
"Cik Mawar ~ I'm so sorry kalau buat you tak selesa .. I cuma mencemaskan keadaan You dengan Dahlia bila dapat tahu yang You all terlibat dengan excident tadi .."
"Bila I dapat tahu tadi dari Khayla, I terus bergegas lari ke sini tanpa berfikir apa-apa lagi .."
Terang Ayaash yang jelas sekali sangat cemas memikirkan keadaanku dengan Dahlia.
"Kalau Awak risau sangat , please dermakan darah Awak pada Dahlia sekarang .."
"Lia perlukan darah awak sekarang Ayaash .. hanya Awak satu-satunya orang yang boleh selamatkan dia sekarang .."
"Please tolong saya kali nie jer untuk selamatkan Dahlia .. she really need your blood now Ayaash ~~"
Rayu Aku pada Ayaash sambil menangis teresak-esak.
Terperanjat Ayaash dengan kata-kata & permintaan tiba-tibaku padanya.
"Cik Mawar ~ Oppss maaf .. Cik Esya, I faham perasaan you sekarang .. tapi apa maksud you hanya I satu-satunya yang boleh selamatkan Dahlia ?"
"Why ? What happen to her now ?"
Tanya Ayaash ingin tahu maksudku.
"Dahlia kekurangan darah masa dibawa ke hospital & dia perlukan penderma darah dengan segera .."
"Saya yakin hanya Awak satu-satu orang yang boleh selamatkan Dahlia .. please Saya merayu pada Awak, tolong selamatkan anak saya kali nie jer ..."
Pinta Aku merayu-rayu sekali lagi sambil menangis sebak.
Ayaash agak terkejut mengetahui keadaan Dahlia sekarang yang mengalami kekurangan darah. Dia tidak menyangka kemalangan ini akan jadi seteruk ini.
"Baik !! Walau apapun yang terjadi, I akan tetap tolong Dahlia & sekarang juga I pergi buat ujian darah untuk Dahlia"
Ujar Ayaash dengan keyakinan. Tanpa berfikir panjang, Ayaash terus segera pergi membuat ujian darah untuk menjadi penderma darah buat Dahlia.
Sementara Ayaash masuk ke dalam lab untuk membuat ujian darah, Aku menunggunya dari luar bersama Firaz & Khayla dengan penuh harapan.
Akhirnya tidak lama kemudian, datang seorang doktor lalu mengatakan kepada kami bahawa Ayaash layak menjadi penderma darah buat Dahlia kerana golongan darah mereka berdua adalah sama.
Bercampur aduk perasaanku ketika itu. Aku bersyukur kerana Dahlia sudah menemui penderma darah yang sesuai untuknya, namun dalam masa yang sama Aku tahu & yakin bahawa Ayaash adalah suami sebenarku dahulu kerana Aku yakin dia adalah Abang kembar arwah Asyraf seperti yang dinyatakan oleh Aiyana.Ā
Aku tidak tahu harus melakukan apa lagi setelah segala bukti ini terungkap. Namun apa yang pasti keselamatan Dahlia adalah paling penting untuk Aku sekarang.
Ayaash telah menjadi penderma darah yang utama buat Dahlia. Kini Dahlia sudah keluar dari keadaan kritikalnya selepas selesai Ayaash mendermakan darahnya. Aku berasa lega & bersyukur akhirnya Dahlia dapat diselamatkan dengan pantas.
Selesai segala urusan menderma darah, Ayaash kembali ke bilik rawatan Aku untuk melihat keadaanku.
Aku tidak mampu untuk memandang kearahnya lagi kerana Aku yakin dia adalah Asyraf yang selama ini Aku kenali. Walaupun dia sudah menyelamatkan Dahlia dengan menjadi penderma darah, tapi Aku masih tidak dapat untuk memaafkan dia. Hatiku masih lagi terasa sangat sakit bila melihatnya.
"Biy dah okey ker ?"
"Tak sangka darah Biy boleh sama dengan golongan darah Dahlia .. doktor kata agak sukar untuk mendapatkan golongan darah 'O Negatif' seperti Dahlia .."
"Syukur Biy ada, dapat jadi penderma darah untuk Lia .. kan Esya ??"
Ujar Khayla tidak sangka.
Aku hanya berdiam diri tidak menjawab kata-kata Khayla. Aku langsung tidak mahu melihat ke arah wajah Ayaash walaupun Aku tahu dia sedang memandang kearah Aku yang sedang bersandar diri pada kepala katil hospital.
"Esya !! Kau dengar tak apa Aku cakap tadi ??"
Panggil Khayla pada Aku.
"Huh !! Iyer Aku dengar .."
Jawab Aku ringkas.
"Tak sangka tunang Aku nie boleh sama golongan darah dengan Dahlia kan .. nasib baik dia ada .."
Ujar Khayla berasa bangga dengan Ayaash.
"Iyer .. terima kasih pada Awak sebab dah bantu selamatkan nyawa anak saya .."
Kataku pada Ayaash dengan sedikit senyuman kemudian Aku berpaling semula dari dia.
Pelik Ayaash dengan sikap Aku yang tiba-tiba dingin melayaninya. Sepatutnya Aku melayani dia dengan baik kerana telah menjadi penderma darah yang utama untuk Dahlia, tapi ini pula sebaliknya.
"Awak ~ tolong bawak saya pergi tengok Dahlia .."
Pinta Aku pada Firaz.
Firaz membantu Aku turun dari katil & mendorong kerusi rodaku ke ruangan Dahlia kerana Aku mahu melihat keadaannya.
Ayaash hanya melihat Aku didorong keluar dengan Firaz dengan pelbagai persoalan difikirannya.
...............................................................
> AYAASH FIKRI <
Ayaash gembira dapat menjadi penerma darah utama buat Dahlia. Entah mengapa walaupun seandainya dia tidak layak untuk menjadi penderma darah untuk Dahlia, dia tetap akan sedaya upaya mencari juga penderma darah yang sesuai buat anak kecil itu sehingga jumpa kerana dia merasakan seperti ada sesuatu ikatan yang kuat antara mereka berdua & timbul rasa sayangnya pada Dahlia.
Namun entah mengapa tiba-tiba terlintas difikiran Ayaash, bagaimana mungkin Mawar Dalesya boleh mengetahui golongan darah yang dia miliki sedangkan Khayla tunangannya sendiri tidak tahu akan perkara ini.
Lagi pula golongan darah yang dimiliki Ayaash adalah golongan darah yang unik & sukar untuk ditemui, bagaimana mungkin wanita itu boleh mengetahuinya sampai merayu-rayu kepada dia untuk segera mendermakan darahnya kepada Dahlia.
Apa maksud wanita itu menyatakan bahawa hanya dia satu-satunya orang yang boleh menyelamatkan Dahlia ? Bagaimana mungkin wanita itu mengetahui akan maklumat dirinya.
Selepas selesai menderma darah, Ayaash bertekad untuk menanyakan perkara ini pada Esya sendiri namun anehnya wanita itu tiba-tiba pula bersikap dingin dengannya & tidak mahu memandang kearahnya sedangkan dia sudah menyelamatkan puterinya tadi.
Apa sebenarnya yang berlaku ? Mengapa wanita itu berkelakuan dingin dengannya & tidak bersikap yang sepatutnya.
Ayaash & Khayla turut mengikut Esya didorong oleh Firaz ke ruangan Dahlia untuk melihat keadaan anak kecil itu selepas menerima darah daripada Ayaash.
Hatinya turut merasa sebak bila melihat Esya menangis teresak-esak di tepi katil Dahlia, begitu juga bila dia melihat keadaan Dahlia yang terbaring berbalut kepala di atas katil masih belum sedarkan diri.
"Maafkan Mama sayang ~"
"Ini semua salah Mama ~ Mama sayangkan Lia .. tolong bangun sayang ~"
Tangis Esya memegang tangan Dahlia di samping katilnya.
Esya berasa sangat kesal dengan kejadian yang berlaku ini. Apa yang membuatnya lebih kesal adalah dia hampir kehilangan Dahlia kerana dia mengalami kecederaan yang lebih sedikit parah daripadanya.
Entah mengapa hati Ayaash terasa sangat terpukul melihat keadaan Dahlia terbaring masih tidak sedarkan diri & Esya yang menangis hiba di samping anaknya.
Ayaash cuba mendekati Esya untuk menenangkannya namun langkahnya terhenti apabila melihat Firaz lebih memberi perhatian kepada Esya & lelaki itu lebih berada rapat untuk menenangkan Esya.
Entah mengapa juga, hati & perasaan Ayaash terasa sangat sakit bila melihat Firaz lebih mendekati Esya & membuat wanita itu lebih bertenang. Ayaash cuba menahan diri & perasaannya dengan menggenggam erat kedua tangannya seperti sebuah penumbuk agar tidak berasa bengang melihat situasi itu.
"You sabar yer .. sekarang Lia dah selamat & stabil, nanti bila-bila masa dia akan sedarkan diri .."
"You jangan risau, I akan selalu ada disisi you & kita sama-sama jaga Lia sampai dia sihat okey.."
Ujar Firaz sambil memegang lembut kedua bahu Esya &Ā cuba menenangkannya.
Bila mendengarkan kata-kata Firaz seperti itu kepada Esya, hati Ayaash terasa sangat sakit mendengarkan ucapan lelaki itu. Tangannya makin dia genggam kuat menahan geram.
"Lia ~ nanti bila Lia dah bangun, kita pergi bercuti lagi yer sama-sama dengan Mama & Abang Farhan macam haritu .."
"Kali nie kita sama-sama pergi bercuti kat tempat yang Lia nak sangat kita pergi tu, nanti kita boleh main sama-sama lagi & makan sedap-sedap macam haritu yer sayang .."
Ujar Firaz berbicara lembut di samping katil Dahlia agar anak kecil itu mendengarkan suaranya.
Entah mengapa sekali lagi hati & perasaan Ayaash makin geram mendengarkan kata-kata lelaki itu. Kali ini dia tidak mampu menahan rasa bengangnya lagi bila mendengar & melihat situasi ini. Ayaash terus keluar dari bilik ruangan Dahlia kerana jika tidak bila-bila masa sahaja dia boleh meletup melihat semua ini.
Ayaash terus keluar dari bilik ruangan Dahlia. Dia menekupkan muka dengan kedua tapaknya sambil bermundar-mandir tidak keruan di hadapan bilik ruangan Dahlia.
Entah mengapa Ayaash berasa sangat tidak senang melihat semua situasi ini. Dia tidak suka melihat Esya berada dekat dengan lelaki lain. Mengapa sejak kebelakangan ini dia jadi sangat sensitif dengan perkara ini.
Ayaash terus beransur pergi dari hospital tersebut kerana tidak mampu menahan emosinya lagi.
Sepanjang hari Ayaash asyik memikirkan perkara ini. Dia meluahkan segala rasa isi hatinya dengan melukis, tapi entah mengapa setiap kali dia melukis, gambar wanita itu saja yang selalu terhasil.
Terkadang dia berasa hairan, mengapa sejak dia pulang ke Malaysia & berjumpa dengan wanita itu, wajahnya sering saja bermain difikirannya sehingga hampir setiap lukisannya dia melukis wajah wanita itu.
Jarang Ayaash melukis gambar wajah seseorang sebelum ini kerana dia lebih sukakan melukis lukisan pemandangan berbanding lukisan seseorang, tetapi berlainan pula dengan wanita ini. Siapa wanita itu sebenarnya ?
"Arghhh !!! Hufttt !!!"
Ayaash berdengus geram melihat hasil lukisan wajah wanita itu yang sekali lagi Dia lukis.
Pensil kayu yang dia gunakan dia buang geram. Ayaash masih bingung & tidak mengerti akan perasaan yang dia rasakan sekarang.
Potret lukisan wajah Esya yang baru dia lukis habis dia koyakkan & semua barang-barang lukisannya di dalam studio itu habis dia sepahkan melepas bengang.
"Arghhhhh !!!! Arghhh !!!!"
Teriak Ayaash menahan rasa sakit di bahagian kepalanya.
Sekali lagi Dia berasa kepalanya sakit seperti mahu pecah. Ayaash meraung kesakitan memegang kepalanya & terduduk lemah di atas lantai studionya yang bersepah dengan barang yang dia jatuhkan tadi.
"TUAN !! Tuan tak apa-apa ker ??"
Tanya pembantu Ayaash bernama Azuwan yang kebetulan baru sampai ke studio milik Ayaash.
Azuwan terus bergegas segera mencarikan ubat tahan sakit milik Ayaash yang berada di dalam beg ubat-ubatannya lalu diberikan kepada Ayaash untuk dimakan.
Selepas memakan ubat tahan sakitnya, baru Ayaash berasa lega kerana sakit kepala yang sering dia alami sudah berhenti.
"Tuan dah okey ? Tuan tak apa-apa ker ?"
Tanya Azuwan risau.
"Huftt ~ Huftt ~"
"Leave me alone !!"
Pinta Ayaash pada Azuwan cuba duduk menenangkan diri.
Azuwan agak terkejut melihat keadaan sekeliling ruangan studio Ayaash yang penuh bersepah dengan barangan lukisannya yang dia sendiri jatuhkan dengan bengang tadi.
Tanpa sebarang kata, perlahan-lahan Azuwan mengemas sendiri kembali ruangan studio Ayaash sementara Ayaash masih lagi duduk menenangkan dirinya sendiri di tengah lantai studio.
"Memori tu muncul lagi Wan .."
"Tapi kali nie Aku nampak ada wajah seorang wanita lagi dalam memori tu, cuma wajah dia masih lagi samar .."
"Siapa dia wanita tu Wan ? Kenapa bunyi gelak tawanya selalu saja bermain di kepala Aku tapi wajahnya masih kabur .."
"Kau rasa dia siapa Wan ? Kenapa dia selalu saja muncul dalam kepala Aku !! Aku rasa kepala Aku macam nak pecah jer Wan .."
Luah Ayaash sambil masih terduduk di atas lantai menceritakan memori yang kabur itu kepada Azuwan.
Azuwan hanya mendengarkan saja semua luahan cerita Ayaash sambil Dia masih gigih menyambung menyiapkan pekerjaannya mengemaskan ruangan studio itu.
Ayaash hanya tergelak kecil kerana dia tahu bahawa Azuwan tak akan pernah menjawab apa-apa sahaja pertanyaannya kerana lelaki itu hanya akan berdiam diri melakukan perkerjaannya.
Sementara Azuwan masih lagi sibuk mengemas ruangan studio yang Ayaash sudah sepahkan tadi, Ayaash segera bangun & keluar dari studio itu untuk mencari ruang lain bagi menenangkan fikirannya diluar.
...............................................................
> MAWAR DALESYA <
Sepanjang hari Aku hanya duduk menanti di tepi katilĀ Dahlia agar dia segera sedarkan dirinya selepas menerima darah yang diberikan oleh Ayaash.
Walaupun Ayaash adalah penderma darah utama untuk Dahlia, namun Aku tetap akan melindungi Dahlia sepenuhnya terutama sekali daripada Ayaash.
Aku tak akan sesekali mengalah dengan semua ini. Firasat Aku sangat kuat mengatakan bahawa lelaki itu adalah bapa kandung kepada anakku Dahlia, namun sampai bila-bila Aku tetap tidak akan memberitahu dia tentang siapa Dahlia.
Hati Aku masih tidak dapat memaafkan dia. Luka yang dia pernah tinggalkan dulu kini makin terluka kembali lagi. Aku harus lebih kuat untuk menghadapi semua ini kali ini.
Firaz & Khayla juga sudah Aku suruh pulang kerana sudah seharian mereka di hospital menemaniku begitu juga dengan Abang Danish, Fizah & Abang Faiz.
Kini hanya tinggal Aku sendirian masih menunggu Dahlia untuk sedarkan diri. Tiba-tiba muncul seseorang menyapa Aku dari belakang ketika Aku sedang duduk menjaga Dahlia di ruangannya.
"Assalammualaikum ~"
Sapa lembut seseorang dari belakangku.
"Waalaikumsalam ~ Ayaash ?"
"Awak buat apa kat sini huh ?"
Tanya Aku geram kerana terperanjat bila melihat Ayaash datang untuk menjenguk Dahlia.
"Macam mana dengan Dahlia ? Dia dah sedarkan diri ker ?"
Tanya Ayaash sambil mengintai-intai ingin melihat keadaan Dahlia namun Aku bangun untuk menghalangnya dari datang mendekati Dahlia.
"Lia okey jer .. Awak nak apa datang kat sini ?"
Tanya Aku sambil cuba menghalang Ayaash dari terus mendekati katil Dahlia.
Hairan Ayaash melihat tingkah laku Aku yang seperti tidak suka dengan kehadirannya.
"Kenapa dengan you nie ?"
"Tak boleh ker kalau I datang nak tengok keadaan Dahlia ?"
Tanya Ayaash hairan denganku.
"Saya dah cakapkan yang Dahlia dah okey .. jadi awak boleh pergi sekarang .."
Pinta Aku tegas pada Ayaash.
"Apa masalah you sebenarnya ? Kenapa daripada tadi lagi you asyik nak marah-marah pada I ?"
"I ada buat salah apa pada you sampai you macam tak suka dengan kehadiran I kat sini .."
Tanya Ayaash mulai geram dengan sikapku.
"Okey, sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kat awak sebab dah tolong selamatkan anak saya dengan darah Awak .."
"Saya akan balas kembali kebaikkan awak nanti .. tapi buat masa sekarang lebih baik Awak balik sebab saya tak nak Dahlia rasa terganggu .."
Ucapku pada Ayaash.
Aku tidak mahu Ayaash lebih cuba mendekati Dahlia. Aku bimbang jika dia akan mengambil Dahlia pergi dari Aku.
"Cik Mawar .. maaf Cik Esya ~ I tak perlukan balasan daripada you sebab I memang ikhlas dari hati nak dermakan darah I pada Dahlia .."
"Kalau darah I tak sepadan sekali pun dengan dia, I tetap akan cari penderma yang sesuai sampai jumpa untuk Dahlia .."
"Tapi I tertanya-tanya, dari mana you boleh tahu golongan darah I ?"
Tanya Ayaash yang sangat tertanya-tanya soal ini sejak dari awal lagi.
Aku terkedu dengan pertanyaan Ayaash yang ingin tahu tentang perkara ini.
"Hurmmm ... saya tahu dari Khayla .. dia yang bagitahu saya tentang golongan darah awak .."
Jawabku memberi alasan terdesak kerana Aku mati kutu mencari alasan segera.
Ayaash pula termati kata dengan jawapan segera Aku. Dia memandang Aku dengan pandangan yang penuh tanda tanya & tidak berpuas hati.
"Are you sure ?"
Tanya Ayaash ingin kepastiaan daripadaku.
Perlahan-lahan Aku menganggukkan kepala kerana Ayaash terus menatap Aku ingin kepastian.
Selepas itu tiba-tiba sahaja dia tergelak kecil & beriaksi seperti menyesyaki sesuatu daripada Aku.
"I think you're really something lah Cik Esya .."
"Tak boleh ker kalau you just terus terang jer dengan I ? Apa masalah you dengan I sebenarnya ? Apa yang you sembunyikan daripada I ?"
Ujar Ayaash geram tidak berpuas hati.
Dengan persoalannya seperti itu, Aku risau jika Ayaash mulai mencurigai sesuatu daripada Aku. Tetapi kadang Aku tertanya, jika benar dia adalah Asyraf yang Aku kenali dulu, bagaimana mungkin dia boleh melupai segala tentang Aku & peristiwa lain yang pernah berlaku seolah-olah dia seperti orang yang kehilangan memori.
Adakah semua ini terjadi disebabkan kemalangan yang berlaku 5 tahun lalu itu menyebabkan dia kehilangan ingatannya. Atau kemalangan itu sebenarnya hanya rekaan semata-mata dari pihak ketiga agar kami berdua terpisah.
Tapi apa yang pasti Aku masih tidak dapat memaafkan dia lagi jika benar dia adalah Asyraf yang Aku kenali.
"No ! I have nothing to say .. so please pergi dari sini sebelum saya panggil pengawal datang heret awak keluar !!"
Kataku memberi arahan tegas.
Ayaash semakin hairan dengan Aku. Dia pasti tentu ada sesuatu yang Aku sembunyikan daripada dia.
"No !! I pun tak akan keluar dari sini selagi you tak jawab pertanyaan I pada you Cik Mawar Dalesya !!"
Bantah Ayaash tidak berpuas hati.
"Apa yang awak nak tahu !!"
Tanya Aku bengang.
"I nak tanya, siapa you sebenarnya ?"
"Kenapa bila setiap kali I dengan You, I dapat rasakan sesuatu perasaan yang lain, perasaan seperti sebuah ikatan yang kuat ?"
"Adakah kita pernah bertemu sebelum ini ?"
Tanya Ayaash ingin tahu akan perasaan yang dia rasakan selama ini bila setiap kali dia bersama Aku.
Aku jadi terkedu dengan ucapannya. Ia makin menguatkan keyakinan Aku untuk mengatakan dia adalah Asyraf yang Aku kenali dulu.
"Tidak !! Kita tak pernah bertemu sebelum ini & saya tak pernah kenal siapa awak sebenarnya Encik Ayaash Fikri .."
"Lagipun saya tak pernah rasa pun perasaan yang awak rasakan tu .."
"Jadi puas hati awak dengan jawapan saya ? So apa kata sekarang awak keluar dari sini !!"
Arah Aku tegas.
Entah mengapa kami berdua mulai bertekak kerana rasa tidak puas hati sesama sendiri di dalam ruangan bilik rawatan Dahlia.
Ayaash :
"Eh apa masalah you sebenarnya huh ??"
Esya :
"Awak tu yang bermasalah !!"
Ayaash :
"Apasal I pulak ? You tu yang mulai dulu !!"
Esya :
"Apasal saya pulak ? Kalau awak tak datang sini tadi, semua nie tak akan berlaku !!"
Kami berdua mulai saling salah-menyalahkan antara satu sama lain sehingga tiba-tiba .....
"MAMAA ~~"
Panggil Dahlia lembut cuba membuka kelopak matanya.
Kami berdua terus terberhenti bertekak bila mendengar suara Dahlia lembut memanggil Aku dari katilnya. Aku & Ayaash terus beralih ke arah Dahlia dengan pantas di katilnya.
"Lia ~ ini Mama sayang ?"
"Anak Mama dah sedar ? Lia dah okey ker sayang ?"
Ucapku sebak & rasa bersyukur kerana akhirnya Dahlia sudah sedarkan diri kembali.
"Mama ~ kita kat mana nie ?"
Tanya Dahlia perlahan.
"Kita ada kat hospital .. tapi Lia jangan risau yer sayang, Mama akan selalu ada disamping Lia & lindungi Lia .."
Kataku menyakinkan Dahlia.
Ayaash tersenyum senang berdiri di samping katil Dahlia melihatnya sudah sedarkan diri juga.
"Mama ~ Papa Lia ada datang tak tengok Lia kat hospital ?"
Tanya Dahlia tiba-tiba.
"Kenapa Lia tanya macam tu sayang ?"
Tanya Aku pula kemudian menjeling tajam sekejap kearah Ayaash.
Aku hairan dengan pertanyaan Dahlia yang rawak seperti itu tiba-tiba.
"Sebab Lia teringin nak jumpa Papa .."
"Papa masih tak datang lagi ker Mama tengok Lia bila Lia masuk hospital ?.."
Jawab Dahlia.
Aku terkejut dengan jawapan luar jangkaan yang diberi oleh Dahlia. Aku terus memeluk erat tubuh Dahlia menahan sebak dengan jawapannya. Aku tidak pernah menyangka Dahlia akan berbicara seperti itu dalam keadaan seperti ini.
Sementara doktor & jururawat datang memeriksa keadaan Dahlia, Aku menyeka airmataku menahan rasa sebak Aku dengan kata-kata Dahlia yang baru sedarkan diri.
"Are you okey ?"
"Maafkan I dengan kata-kata I tadi .. I tak bermaksud nak cari pasal dengan you .."
"I cuma nakkk ......"
Ucap Ayaash agak serba salah.
Namun belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Aku terus memotong.
"Saya rasa lebih baik awak pergi dari sini .. saya tak nak Dahlia terganggu .."
Pinta Aku sekali lagi.
Ayaash terpaksa akur dengan permintaanku & segera beransur pergi dari ruangan bilik rawatan Dahlia kerana risau jika kehadirannya akan mengganggu kesihatan Dahlia yang baru sahaja sedarkan diri.
Aku rasa bersyukur kerana akhirnya Dahlia sudah sedarkan diri & kembali dalam keadaan stabil semula. Aku juga berasa lega bila Ayaash sudah beransur pergi dari sini kerana Aku tidak suka jika dia cuba mendekati Dahlia lagi.
...............................................................
~ DUA HARI KEMUDIAN ~
> AYAASH FIKRI ~
Sudah masuk 2 hari selepas Dahlia sudah bangun sedarkan diri di hospital. Ayaash cuba untuk pergi melawat Dahlia lagi di hospital, tapi Dia bimbang jika kehadirannya kesana nanti akan menimbulkan kemarahan dari Esya.
Namun hati & perasaan Ayaash berasa tidak tenang bila Dahlia dimasukkan ke hospital. Setiap masa dia hanya memikirkan tentang bagaimana keadaan Esya & Dahlia sekarang di hospital.
Jadi Ayaash mengambil keputusan untuk hanya melawat & melihat keadaan Dahlia dari jauh sahaja supaya orang lain terutama Esya tidak menyedari kedatangannya datang menjenguk Dahlia di hospital setiap hari.
Ayaash berasa senang bila melihat Dahlia sudah mulai sihat & tersenyum kembali walaupun dia hanya dapat melihatnya daripada kaca kecil pintu ruangan bilik rawatannya bila setiap kali Ayaash datang menjenguk.
Selesai menjenguk Dahlia, Ayaash pulang semula ke studionya, tetapi langkahnya terhenti apabila dia berjalan di hadapan sebuah kedai permainan kanak-kanak & dia melihat ada anak patung yang comel di dalamnya.
Ayaash masuk ke dalam kedai permainan itu lalu menggapai sebuah teddy bear berwarna ungu kerana Dia teringin mahu menghadiahkan teddy bear itu kepada Dahlia.
Namun ketika tangannya mahu mengambik teddy bear tersebut, tiba-tiba kebetulan ada seseorang juga yang mahu mengambil teddy bear yang sama.
"Opppss I'm sorry .. You ambiklah dulu .."
Ujar Ayaash memberi kebenaran kepada seorang wanita itu dulu kerana dia juga sama mahu mengambil teddy bear itu.
"Owhh terima kasih Encik .."
Ucap wanita itu.
Ayaash kemudiannya mengambil patung teddy bear yang lainnya pula setelah wanita itu mengambil patung tadi.
"Abang ??"
Panggil wanita itu tiba-tiba sambil terus menenung tajam ke wajah Ayaash dengan penuh tanda tanya.
Ayaash menoleh kepala ke tepi melihat ke arah wanita itu dengan pandangan blur.
"Abang Asyraf kan ??"
Tanya wanita itu lagi ingin kepastian dari Ayaash.
"You bercakap dengan I ker ?"
Tanya Ayaash masih blur sambil melihat sekelilingnya takut jika orang lain yang dimaksudkan wanita itu, namun nampaknya hanya dia saja dengan wanita itu yang berada di lorong permainan tersebut.
"Yeah .. but how you know about Asyraf ?"
Tanya Ayaash lagi, dia bingung bagaimana wanita itu mengenali Asyraf.
Wanita tersebut terus ternganga & menutup mulutnya dengan kedua tangannya terkejut melihat Ayaash.
"Abang tak ingat Yana ker ??"
"Nie Aiyana lah .. abang tak ingat ker ?"
Tanya wanita itu cuba mengingatkan Ayaash tentang siapa dirinya.
Ayaash makin menjadi bingung dengan reaksi wanita itu kerana setahunya, dia tidak pernah mengenali wanita itu sebelum ini.
"Maaf .. Cik nie siapa ? Cik kenal I ker ?"
Tanya Ayaash kebingungan.
"Abang Asyraf kan ??"
"Ini Yana lah bang .. Aiyana !!"
Ujar wanita itu lagi sekali.
"Maaf yer Cik .. I memang Abang kepada Asyraf, tapi I bukan Asyraf .. rasanya Cik dah salah orang nie .."
Jelas Ayaash memberitahu wanita itu agar dia tidak salah orang.
"Kalau macam tu, maksudnya Encik nie abang kepada Asyraf laa .."
"Maafkan saya .. tadi saya ingatkan Encik nie suami saya Asyraf .."
Balas wanita itu.
Ayaash terus memerhati wajah wanita itu & cuba mengingati namanya yang dia terasa seperti pernah dia dengar sebelum ini.
"Tunggu dulu, tadi you cakap Asyraf adalah suami you .. muka dia seiras dengan I ker ?"
Tanya Ayaash ingin kepastian.
Wanita itu hanya menganggukkan kepalanya sambil terus memerhatikan wajah Ayaash.
"Bermaksud you adalah isteri kepada adik kembar I yang pergi bersama dia tu ker ??"
"Aiyana kan nama you tadi ?? Yeah now I remember !!"
"Dulu Asyraf selalu sebut nama you .. sorry I hampir terlupa tadi .."
"By the way, Hai .. I Ayaash, abang kembar Asyraf .."
"Finally kita bertemu jugak kat sini .. actually tujuan I datang ke sini pun sebenarnya sebab nak cari you, tapi tak sangka kita berjumpa di sini .."
Terang Ayaash pada Aiyana sambil tersenyum senang.
Aiyana tergamam kaku mendengarkan segala penjelasan Ayaash, namun perasaan & firasatnya kuat mengatakan bahawa dia adalah lelaki yang sama dulu pernah menghalangnya ketika mahu pergi membawa diri 5 tahun yang lalu setelah puas menunggu Asyraf.
"Mama cepatlah bayar teddy bear nie ~~ Aqish nak main !! "
Ujar anak perempuan Aiyana yang mengesahnya segera pergi membayarkan anak patung yang mahu dia beli di tangan Aiyana.
Ayaash mengalihkan sedikit kepalanya untuk melihat kelibat anak perempuan Aiyana di belakangnya.
"Ini anak Asyraf ker ?"
Tanya Ayaash sambil memandang ke wajah anak perempuan Aiyana dengan senyuman.
Aiyana terus melindungi Balqish di belakangnya kemudian segera membawa Balqish untuk keluar dari kedai mainan itu kerana Dia takut jika tujuan sebenar Ayaash adalah datang untuk membawa Balqish bersamanya & dipisahkan dari dia.
"Cik tunggu !!!"
Panggil Ayaash terkejut tiba-tiba Aiyana kelam-kabut mahu membawa Balqish keluar dari situ.
Ayaash terus mengejar Aiyana dari belakang & cuba untuk menahannya supaya berhenti.
"Aiyana kejap !! Tunggu dulu !!"
"I tahu tentu you takut kalau I datang untuk nak ambik anak you dari you .."
"Don't worry okey, I tak akan buat macam tu .. I cuma nak jumpa dengan you & lihat keadaan you dengan anak you, sebab sebelum Asyraf meninggal, dia sempat pesan pada I untuk cari you & anak dia .."
"Puas I cari you selama nie, I tak sangka anak arwah Asyraf dah lahir & besar dah sekarang nie .."
Jelas Ayaash sambil tersenyum senang melihat wajah Balqish yang masih dipegang erat oleh Aiyana.
Aiyana agak terkejut dengan kenyataan Ayaash yang menyatakan seakan-akan dia tidak pernah menemui mereka berdua sebelum ini.
***************
Senang rasa hati Ayaash melihat Balqish duduk dihadapannya bermain-main dengan anak patung teddy bear yang dia belikan kembali di kedai mainan tadi.
"Berapa umur Balqish sekarang nie ?"
Tanya Ayaash sambil matanya tidak henti melirik terus memandang ke arah Balqish yang masih seronok bermain dengan teddy bear barunya.
"Dah 7 tahun .."
"Takkan Abang tak ingat dulu Abang sendiri pernah jaga Aqish .."
Soal Aiyana hairan dengan pertanyaan Ayaash.
"APA !! Sejak bila ? Setahu I, ini baru kali pertama I bertemu dengan you dengan Balqish setelah kematian arwah Asyraf .."
"Bagaimana mungkin pula I pernah menjaga dia ?"
Soal Ayaash bingung dengan kenyataan Aiyana.
Makin hairan Aiyana dengan sikap & kelakuan Ayaash. Namun firasat Aiyana sangat kuat menyatakan bahawa dia adalah lelaki yang sama pernah menjaganya & menyamar sebagai Asyraf.
"Apa dah jadi dengan Abang sebenarnya ?"
"Kemana Abang dah pergi selama 5 tahun nie ? Yana ingatkan Abang dah meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya pada malam tu .."
"Sejak dari hari itu, hidup Yana jadi tak tenteram sebab rasa bersalah atas apa yang berlaku pada Abang .."
Aiyana tidak mampu menahan sebak & rasa bersalahnya selama bertahun-tahun ini.
Setiap hari dia asyik dibelenggu dengan peristiwa tersebut & rasa bersalahnya kerana menyebabkan Ayaash terlibat dalam kemalangan malam itu sehingga meragut nyawanya.
Namun Ayaash masih kebingungan dengan apa yang sedang Aiyana katakan.
"Apa maksud Yana 5 tahun yang lalu nie ? Maaf I tak faham .."
"Apa yang terjadi pada 5 tahun yang lalu tu ?"
Tanya Ayaash masih tidak mengerti.
"Betul ker Abang langsung tak ingat apa-apa ?"
Soal Aiyana terkejut.
"Serius I tak ingat .. apa yang I tahu, I berada di New York pada masa itu &
baru sedar dari koma selama hampir setahun"
"Papa bagitahu bahawa I terlibat dalam kemalangan motor kerana I sangat frust dengan kehilangan arwah Asyraf .."
"Selepas itu, selama setahun lebih I terpaksa melakukan sesi terapi pemulihan rehabilitasi sebab I tak dapat menggerakkan anggota tubuh & bercakap .."
"Hanya itu yang I ingat .."
Terang Ayaash menceritakan tentang apa yang berlaku kepadanya sejak beberapa tahun yang lalu.
Aiyana terkejut dengan cerita Ayaash. Dia tidak menyangka bahawa lelaki itu pernah koma dalam tempoh masa yang agak lama juga.
"Jadi Abang tak ingat langsung ker yang Abang pernah datang mencari Yana dengan Balqish sebelum ini & bawa kami berdua tinggal di rumah apartment Abang dulu ?"
Tanya Aiyana lagi.
Ayaash jadi makin kebingungan dengan kenyataan Aiyana kerana dia langsung tidak pernah ingat tentang segala peristiwa yang Aiyana ceritakan padanya.
"WHAT !! Sejak bila semua itu berlaku !! Kenapa I tak ingat langsung tentang semua itu ?"
Terkejut Ayaash tidak percaya.
Kepalanya terasa seperti tin kosong yang tiada berisi kerana langsung tiada apa-apa memori yang tersisa.
"Yana please ceritakan apaĀ sebenarnya yang berlaku pada masa tu .."
"Mungkin itu adalah punca kenapa sejak kebelakangan nie I sering rasa sakit kepala yang teramat sangat sampai rasa macam nak pecah jer kepala nie .."
"Tolong jelaskan semuanya pada I sejak dari awal .."
Pinta Ayaash agar Aiyana membantunya untuk mencari semula memorinya.
Aiyana benar-benar tidak menyangka bahawa selama ini Ayaash telah kehilangan ingatannya sehingga dia tidak mengenali Aiyana lagi.
Patutlah selama beberapa tahun ini lelaki itu tiba-tiba hilang entah kemana. Namun Aiyana bersyukur kerana kenyataan Esya yang menyatakan bahawa lelaki itu telah meninggal dunia semasa kemalangan pada malam itu adalah tidak benar.
Terasa kurang sedikit rasa bersalah Aiyana setelah mengetahui semua tentang ini. Jadi dia masih ada peluang untuk menebus semula kesalahannya pada masa lalu yang dia pernah lakukanĀ pada mereka berdua.
"5 tahun yang lalu Abang pernah kembali ke Malaysia untuk datang mencari Yana di sini .. selepas Abang menjumpai Yana & Balqish, Abang bawak kami tinggal di apartment rumah Abang .."
"Masa tu Abang datang ke sini dengan nama & identiti Abang sebagai Asyraf, bukan sebagai diri Abang sendiri sebab Abang tak sampai hati nak bagitahu Yana yang Asyraf, suami Yana dah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya .."
Jelas Aiyana mulai menceritakan.
"Jadi bermakna I memang pernah datang ke sini sebelum nie ??"
Tanya Ayaash ingin kepastian sekali lagi.
"Iyer bang .. Abang pernah datang ke sini 5 tahun yang lalu .."
"Bukan sekadar tu jer .. Abang sebenar dahh ......."
Risau Aiyana mahu menyatakannya.
"Abang apa Yana ?"
Tanya Ayaash tertunggu ayat tergantung Aiyana.
Ayaash tahu pasti ada sesuatu yang lain lagi yang perlu dia tahu daripada Aiyana.
"Maafkan Yana bang ... ini semua salah Yana .."
"Yana tak sepatutnya buat ini semua pada Abang .. Yana cuma takut jika Yana akan kehilangan Abang lagi, sebab tu Yana lakukan semua ini .."
Ujar Aiyana sebak kerana rasa bersalah.
"Apa maksud Yana ? Please terus terang jer pada I .. eh pada Abang .."
"Abang janji tak akan marah Yana .. tolong bagitahu semua yang Yana tahu pada Abang .."
Pinta Ayaash meminta untuk tahu lebih lagi.
Serba salah Aiyana untuk berterus terang pada Ayaash, namun ini satu-satunya peluang yang dia ada untuk menebus kembali kesalahan lalunya pada Ayaash.
"Sebenarnya masa Abang dah temui Yana dengan Balqish, Abang terpaksa menyembunyikan perkara ini daripada Yana kerana Abang bimbang jika Yana akan lebih merana .."
"Tapi sebenarnya Yana dah lama tahu sejak dari awal lagi bahawa Abang bukan suami sebenar Yana melainkan kembar kepada Asyraf .."
Terang Aiyana lagi.
"Iyer lah, tapi apa yang Abang sembunyikan daripada Yana ?"
"Tolong jelaskan semuanya pada Abang .."
Pinta Ayaash lagi. Dia benar-benar terdesak ingin mengetahui perkara yang di maksudkan Aiyana sejak dari tadi.
"Yana sebenarnya dah tahu yang Abang dah berkhawin & mempunyai seorang isteri .."
Ujar Aiyana berterus-terang.
Terkejut Ayaash mengetahui perkara tersebut. Selama ini dia tidak pernah menyangka bahawa selama ini dia sudah pernah berkhawin dan mempunyai isteri.
Kini baru Ayaash mengerti akan maksud mimpinya tentang seorang wanita yang sering mengganggu tidurnya selama ini. Akhirnya wajah samar wanita tersebut hampir dia ketahui selepas cebisan puzzle yang dia cari selama ini hampir dia temui.
"WHAT !! Siapakah dia ?"
"Yana kenal dia ? Pernah jumpa ?"
Desak Ayaash ingin segera tahu.
Aiyana tertunduk sebak kerana rasa bersalahnya kepada mereka berdua.
"Iyer bang .. Yana kenal & baru jer terjumpa dengan dia semula baru-baru nie .."
"Yana tahu dia sangat marah dengan Yana sebab menjadi punca semua ini berlaku, tapi tanggapan dia tentang Abang salah .."
"Kalau dia tahu yang Abang masih hidup lagi, tentu dia akan gembira .."
Ujar Aiyana lagi.
"Iyer ker Yana ? Jadi bermakna dia masih ada kat sini ?"
"Yana tahu dia ada kat mana ?"
Teruja Ayaash setelah mengetahui bahawa isterinya masih ada & pernah ditemui Aiyana baru-baru ini.
"Iyer Bang .. dia masih ada di sini & Yana pasti dia akan gembira jika bertemu dengan Abang .."
"Abang pun pasti akan lebih gembira lagi sebab Abang pun dah memiliki seorang anak .. Balqish sekarang dah ada sepupu .."
Ujar Aiyana yang juga senang memberitahukan tentang berita gembira ini pada Ayaash.
"Apa !! Anak ?? Abang dah ada anak ker ?"
Bertapa gembiranya hati Ayaash bila mengetahui tentang kenyataan ini. Bukan sahaja isteri, Ayaash juga tidak pernah menyangka selama ini dia sudah mempunyai anak.
"Macam mana Abang nak cari anak isteri Abang nie ?"
"Yana tolong bantu Abang ~"
Pinta Ayaash merayu kepada Aiyana.
Aiyana sendiri tidak tahu cara untuk membantu Ayaash mencari anak isterinya, namun tiba-tiba dia teringat akan sesuatu.
Aiyana segera mengeluarkan telefon bimbitnya & cuba mencari gambar Esya yang pernah dia simpan di dalam galeri telefonnya beberapa tahun lepas.
"Owhh nie gambar dia yang sempat Yana simpan dulu .."
Aiyana terus menunjukkan gambar lama Esya yang ada di dalam telefon bimbitnya kepada Ayaash.
Terbeliak mata Ayaash tergamam melihat gambar yang tunjukkan Aiyana.
"Inilah dia gambar isteri Abang .."
"Yang Yana tahu nama panggilan dia adalah Esya, cuma yang jadi masalahnya sekarang adalah Yana tak tahu dimana tempat tinggalnya .."
Jelas Aiyana menunjukkan wajah sebenar isteri Ayaash.
"Yana tak tipu atau main-main dengan Abang kan ??"
Tanya Ayaash tidak percaya.
"Iyer betul .. buat apa Yana nak tipu Abang .."
"Yana baru jer terjumpa dengan dia baru-baru nie .."
Ujar Aiyana lagi.
Tanpa sebarang kata, Ayaash terus bangun dari duduknya & berlari segera keluar dari cafe tersebut.
Ayaash memecut laju keretanya menuju ke arah hospital semula. Jelas sekarang baru dia mengerti mengapa sikap Esya tiba-tiba sahaja berubah bersikap dingin dengannya.
Selama ini wanita itu telah menyembunyikan kenyataan ini daripada dia. Jika bukan disebabkan kenyataan daripada Aiyana tadi, sampai bila-bila Ayaash tetap tidak akan pernah tahu bahawa Dahlia adalah anaknya.
Patutlah wanita itu merayu-rayu kepadanya agar segera mendermakan darahnya kepada Dahlia & menyatakan hanya dia sahaja yang boleh mendermakan darah tersebut, ini semua rupa-rupanya kerana wanita itu tahu siapa dia yang sebenarnya.
Sampai sahaja di hospital, Ayaash terus bergegas lari menuju ke arah bilik ruangan Dahlia. Kali ini dia tidak akan gentarĀ lagi berhadapan langsung dengan Esya kerana dia sudah tahu sebab utama Esya selalu sahaja menghalangkan dia daripada bertemu Dahlia.
Namun malangnya Dahlia sudah tidak ada di dalam bilik ruangannya kerana sudah mendaftar keluar daripada hospital.
Ayaash menekup kepala dengan kedua tangannya melepas geram kerana sudah terlepas untuk menemui Dahlia sebelum mereka keluar dari hospital.
Ayaash kemudian terus bergegas ke apartment kediaman Esya kerana dia pasti mereka tentu ada di rumah sekarang.
Tetapi malangnya Esya & Dahlia masih tiada dirumah mereka juga lagi.
"Arghhh !!!"
Punchhhhhh !!!!
"You kat mana sekarang nie Mawar !!"
"Sampai hati you sembunyikan semua nie daripada I !!"
Geram Ayaash lalu menumbuk kuat dinding di luar pintu rumah Esya.
Perasaan geram & tidak puas hatinya makin membuak-buak kerana dia terasa seperti telah dikhianati oleh Esya dari belakang.
Patutlah hati & perasaan Ayaash selalu saja tidak senang bila setiap kali dia melihat Esya dekat dengan lelaki lain, rupa-rupanya ini kerana wanita tersebut adalah isterinya selama ini.
Namun untuk menghadapi wanita itu, Ayaash perlu bertenang & mengawal perasaannya sendiri dahulu kerana dia tahu bagaimana dinginnya wanita itu bila bersamanya .. jadi Ayaash harus pintar mengawal emosinya.
...............................................................
> MAWAR DALESYA <
Selepas pulang dari hospital, Aku & Dahlia menumpang tinggal di rumah Abang Danish buat masa ini. Aku harus melindungi Dahlia terutama daripada Ayaash.
"Lia ~ Mama pergi kerja dulu yer sayang .. Lia duduk rumah dengan Ummi Zah yer harinie .."
Pesan Aku pada Dahlia sebelum berangkat keluar bekerja.
Sampai sahaja di restoranku, Aku bekerja seperti biasa & duduk sibuk menyemak inventori restoran di dalam ruangan pejabatku.
"Puan ~ ada orang kat luar datang cari Puan .. dia kata nak jumpa"
Pesan salah seorang pekerjaku yang masuk ke dalam ruangan Aku.
"Siapa orang tu ?? Lelaki ker perempuan ?"
Tanya Aku pada pekerjaku.
"Lelaki Puan .. dia kata nak jumpa Puan .."
Balas pekerjaku.
Tiba-tiba Aku berasa tidak sedap hati dengan orang yang mahu berjumpa denganku itu.
"Awak cakap dengan dia, saya tak ada kat sini, jadi boleh suruh dia balik terus .. Faham ?"
Arah Aku pada pekerjaku itu.
Aku bimbang jika orang yang datang mahu menemui Aku itu ialah Ayaash. Jadi Aku sengaja mengintai dari dalam ruanganku untuk melihat siapa orang tersebut.
Ternyata tepat tekaanku. Orang itu adalah Ayaash. Untuk apa lagi lelaki itu datang mencariku sampai di restoran. Pasti ada sesuatu yang dia mahukan daripada Aku.
Selepas memastikan Ayaash sudah pergi dari restoranku, baru Aku juga bergegas keluar melalui pintu belakang restoran menuju ke kereta.
Aku terus memandu kereta pergi dari tempat restoranku untuk mengelak diri daripada Ayaash yang mungkin akan datang lagi mencari Aku di sana.
Aku memandu terus menuju ke arah Shah Alam untuk mengunjungi cawangan restoranku pula di sana.
Selesai itu, Aku terus menuju ke salah sebuah hotel di Shah Alam bagi bertemu dengan seorang client yang membuat tempahan katering daripada restoranku untuk majlis mereka nanti.
Selepas selesai perbincangan dengan client, Aku bersiap untuk beransur pulang dari restoran hotel tersebut. Namun tiba-tiba ......
"Cik Mawar ~ tak sangka kita berjumpa kat sini .."
Aku terkejut apabila tiba-tiba sahaja bertembung dengan Ayaash ketika Aku baru sahaja mahu keluar dari lobi hotel tersebut.
Seharian hari ini Aku cuba mengelak diri dari bertemu dengannya, namun akhirnya kami bertembung juga di sini.
Aku tidak mampu mengelakkan diri lagi dari hadapannya, jadi Aku hanya senyum nipis ke arahnya.
"Hai .. Awak baru nak masuk ker ? Kalau macam tu, saya balik dulu yer ~ Assalammualaikum .."
Ucap Aku tersenyum nipis pada Ayaash lalu terus beransur segera pergi dari hadapannya.
"Cik Mawar tunggu dulu !!"
Tahan Ayaash dari belakang agar Aku berhenti.
"Hurmm ... you dah nak balik ker ?"
"Boleh kita bercakap sekejap ?"
Tanya Ayaash di hadapanku.
"Hufttt ~~ maaf yer Encik Ayaash, saya busy sangat sekarang nie & ada banyak benda yang saya nak selesaikan .."
"Jadi tolong jangan ganggu saya !!"
Aku berdengus geram & menolak untuk berbicara dengan Ayaash.
"But please sekejap jer .. I merayu pada You, sekejap jer !!"
Ayaash menahan Aku & merayu lagi meminta untuk berbicara dengan Aku.
Aku cuba untuk menolak, tapi tetap dirayu juga dengan Ayaash agar Aku mahu berbicara dengannya.
"Cik Mawar please .. "
Pinta Ayaash dengan riak wajahnya yang betul-betul merayu padaku.
Entah mengapa Aku berasa tidak sampai hati dengannya & akhirnya Ayaash berjaya mengajak Aku kembali ke sebuah restoran di dalam hotel itu juga untuk dia berbicara.
"You nak makan apa ? Orderlah ~"
Ujar Ayaash kepada Aku.
"No its okey .."
Jawab Aku ringkas tidak mahu.
"Kalau macam tu, please bagi 2 set Lamb Chop for us .."
Pesan Ayaash pada pelayan restoran yang mengambil pesanan kami.
Aku terkejut tiba-tiba sahaja Ayaash memesan makanan juga untuk Aku.
"Hurmmm excuse me sir !! Just bagi 1 set jer Lamb Chop & bagi saya fresh orange 1 .. thanks .."
Pesan Aku pada pelayan restoran tersebut agar membatalkan pesanan yang Ayaash pesankan untuk Aku.
Ayaash tergelak kecil melihat sikap dingin Aku yang benar-benar membantah semua benda yang dia lakukan untuk Aku.
"You nie boleh tahan keras kepala jugak kan .."
Ujar Ayaash sengaja memerli Aku sambil tersenyum kecil.
Aku hanya menarik muka dengan perliannya. Biar dia tahu siapa Aku yang sebenarnya.
"Apa yang Awak nak cakap sangat dengan saya ?"
"Cepatlah cakap, saya busy, takde masa !!"
Kataku menarik muka & duduk memeluk tubuh di hadapan Ayaash.
Ayaash hanya merenung lama ke wajahku tanpa berkata apa. Aku pula berasa tidak selesa ditenung seperti itu terus.
"Awak dah kenapa pandang-pandang saya macam tu ?"
"Ada masalah ker ?"
Kataku kerana berasa kurang selesa ditenung terus seperti ada sesuatu yang aneh diwajahku.
Sekali lagi Aku menarik muka dingin & berpaling ke arah lain tidak mahu melihat wajah Ayaash.
"Apa khabar you dengan Dahlia ?"
"Dahlia dah okey ?"
Tanya Ayaash ingin tahu.
"Alhamdullilah, kami berdua okey jer & Lia pun dah beransur baik sekarang .."
Jawab Aku sambil memeluk tubuh & masih tidak mahu memandang ke arah Ayaash yang duduk di hadapan Aku.
"Mawar ~ sebenarnya you ada masalah ker dengan I ?"
"Boleh tak kalau you nak bercakap tu, you pandang ke muka I nie .."
Kata Ayaash yang mulai naik geram dengan sikap Aku yang degil & masih menarik muka.
Aku hanya merenung tajam & menjeling singkat ke arah Ayaash bila dia berkata seperti itu, kemudian Aku kembali menarik muka lagi.
"Why ? Muka I nie ada sama ker dengan muka seseorang yang you kenal, sampai you tak suka ?"
"Apa orang tu dah buat kat you sampai you nampak sakit hati sangat bila tengok muka I ??"
"Just tell me what Mawar !!"
Bentak Ayaash ingin tahu.
Mata Aku terbeliak & hatiku tersentak kerana terkejut dengan kata-kata yang baru Ayaash katakan. Aku kemudian terus berpaling & merenung tajam ke arah Ayaash sekali lagi kerana geram dengan kata-katanya.
"Apa yang Awak cakap nie ? Saya tak paham !!"
Kataku geram dengan kata-kata Ayaash.
Namun Ayaash hanya tertawa kecil seakan memerli pertanyaanku.
"Haha ~ I tahu you ada sesuatu nak cakap dengan I .. just tell me what .. I sedia mendengarnya .."
Balas Ayaash siap sedia memasang telinga.
Makin geram pula Aku lihat caranya. Dia seakan-akan mahu mencabar kesabaran Aku disitu.
"Sudahlah !! Saya nak balik !! Buang masa jer lah layan orang giler macam awak nie !!"
Aku terus bangun dari dudukku menahan rasa geram dengan Ayaash.
Namun Ayaash terus mengejar Aku dari belakang sehingga ke kawasan parking kereta supaya dapat menahan Aku dari beransur pergi.
"Mawar tunggu !!"
Panggil Ayaash & menarik tanganku supaya berhenti.
"Kenapa tiba-tiba jer You bersikap dingin & asyik nak marah-marah bila berjumpa dengan I ?"
"I mintak maaf sekiranya telah melukakan hati you, tapi kalau ada lagi benda yang you tak puas hati dengan I, just tell me what, jadi I akan tahu kesalahan I .."
"I tahu you ada sesuatu nak bagitahu I .. just tell me what, I akan dengar .."
Ujar Ayaash.
"Sudahlah Ayaash .. tolong jangan mulakan .. cukuplah !! saya dah penat dengan semua nie .."
"Dan please jangan ganggu saya lagi !!"
Aku sudah berasa cukup penat untuk menghadapi semua ini lagi.
Cukuplah sekiranya Ayaash tidak mengingati apa-apapun atau tidak mengetahui segala yang telah berlaku dulu.
Aku segera mahu membuka pintu keretaku namun Ayaash terus menahan & menarik kuat tanganku menghalang Aku untuk masuk.
"MAWAR PLEASE LISTEN TO ME !!"
Halang Ayaash menarik kuat tanganku sehingga Aku berpaling tepat dihadapannya.
Aku bersandar rapat pada pintu kereta Aku sambil kedua tangan Ayaash kuat memegang erat kedua bahuku. Dia
merenung tajamĀ mata Aku dengan pandangan yang penuh harapan.
"Kenapa you lakukan semua ini pada I Mawar ? Apa salah I pada you ?"
"You rasakan sekarang, detak jantung I berdegup kencang bila bersama you .."
Ayaash membawa tanganku ke atas dadanya.
Jelas Aku dapat merasakan dengup kencang dadanya berdetak kuat seperti yang dia katakan.
"You know what, sejak dari awal I bertemu dengan you, jantung I nie terus berdetak kencang seperti ini .."
"Perasaan nie I cuma dapat rasakan bila setiap kali bersama dengan you .."
"Kenapa I rasa macam nie Mawar ? Adakah mungkin kerana you adalah seseorang yang istimewa buat I ?"
Pertanyaan Ayaash benar-benar membuat Aku jadi tersentak.
Mengapa agaknya dia berkata demikian. Adakah dia dapat merasakan bahawa Aku adalah isterinya dulu. Tidak mungkin !
"Encik Ayaash tolong lepaskan saya !! Eshhhh !!"
Pinta Aku cuba melepaskan tangan Ayaash dari memegang bahuku.
Namun semakin Aku cuba untuk menepis tangannya turun dari bahuku, semakin kuat Ayaash memegangku erat.
"Mawar !! Tengok mata I !! Tengok wajah I !!"
"You tak rasa ker perasaan yang sama I rasakan sekarang nie ??"
Ayaash terus mendesak Aku untuk melihat kedalam matanya.
Iye ! Aku mengerti maksud Ayaash itu. Bila Aku melihat matanya, hati Aku berasa sangat rindu kepadanya & jauh di dalam hatiku yakin bahawa Aku sangat pasti dia adalah orang yang sama sebenarnya menjadi suamiku dulu. Namun Aku tidak mahu menerima kenyataan ini. Aku benci melihat wajahnya kerana luka yang dia tinggalkan padaku masih lagi terasa perihnya.
Perlahan-lahan tangan Ayaash naik memegang kedua pipi Aku & Dia terus merenung jauh ke dalam mataku.
"Maafkan I Mawar jika selama nie I telah menyakiti hati you .. mungkin I tak dapat nak ingat apa-apa diantara kita, tapi hati I tak dapat nak menipu .."
"Hati I kuat menyatakan bahawa you adalah wanita yang istimewa pada I .."
"Please tolong bantu I Mawar untuk ingat semuanya .. I need you ~"
Pinta Ayaash memegang kedua belah pipiku rapat.
Aku terus menepis tangan Ayaash & menolak badannya ke belakang.
"Apa maksud awak ?"
"Siapa awak yang sebenarnya ?"
Aku terkejut dengan kata-kata Ayaash. Tidak mungkin dia tahu siapa Aku.
"Mawar please .. tolong jangan buat I macam nie !!"
Pinta Ayaash lalu cuba mendekati Aku lagi.
Aku menggeleng kepala mengundur ke belakang terkejut kerana tidak menyangka Ayaash bertindak sedemikian.
Aku terus cepat-cepat masuk ke dalam kereta & mengunci pintu keretaku agar Ayaash tidak masuk ke dalam. Aku menghidupkan enjin kereta lalu segera memecut laju pergi dari sini.
"Mawar !! Please dengar cakap I dulu !!"
"Buka pintu nie Mawar !! MAWAR !!!"
Teriak Ayaash ikut berlari mengikuti kereta yang Aku pandu keluar dari parking sambil dia mengetuk kuat cermin tingkap Aku.
Aku tidak memperdulikan Ayaash menjerit-jerit & terus-terusan mengetuk tingkap keretaku. Aku terus saja memecut laju keretaku jauh meninggalkan dia di belakang seorang diri.
Perasaanku kini jadi berbelah bagi. Dari cara & kata-katanya tadi. Aku kini jadi semakin risau jika Ayaash adalah benar-benar Asyraf yang Aku kenali dulu, jika ia benar, Aku risau dia akan datang mengambil Dahlia daripada Aku. Maka dengan itu Aku harus lebih berhati-hati & melindungi Dahlia daripada dia.
Dia tidak mempunyai hak sama sekali untuk mengambil Dahlia daripada Aku !
Bersambung .....
Share this novel