Episod 1

Fantasy Series 790

Aku bangun daripada tidur dan menyiapkan diri aku seperti biasa.

Aku bangun awal hari ni untuk lawat pusara mak.Aku memakai seragam sekolah sebelum menyarungkan jaket kulitku.Hanya sebagai persediaan kalau apa-apa berlaku.

* * *

Aku hanya berdiri sambil melihat pusara yang berada di hadapanku sekarang.

"Hey.Mama tau tak.Malam tadi,saya mimpi malam serangan tu."

Aku mula menahan air mataku daripada mengalir.Aku tarik nafas dan hembuskannya.

"Seronok sangat dengar cerita yang mama cerita...........Sampai............tak perasan pun phantom tu semua serang."

Aku tidak dapat menahannya lagi.Air mata aku perlahan-lahan menuruni kedua-dua belah pipiku.

Angin pagi ni sangat sejuk.Pada masa yang sama meniup rambut putihku.Jaketku juga bertebangan ditiup angin.

Aku meletakkan jambangan bunga yang sedari tadi di dalam genggamanku ke atas pusara mamaku.

"Bye, mama"

Aku berlalu pergi sambil bermain dengan rantai aku.Pemberian mak aku kepada ku semasa hari jadi aku yang ke-11.

Tiba-tiba,kedengaran suara ngauman yang kuat sangat.Tangan kananku ditekapkan ke telinga.Cuba mengurangkan gegaran di gegendang telingaku.Tangan kiriku masih berada di dalam poket jaket ku.

Entah dari mana datang,seekor phantom terus muncul depan aku.Hanya beberapa tapak sahaja jarak kami.

Aku menurunkan tangan kananku.Tangan aku terus bertukar jadi bongkah ais berbentuk bilah yang sangat tajam di hujungnya.

Aku terus meluru ke arah phantom itu dan tepat menikam ke arah kepalanya.Darahnya yang berwarna hijau memercik ke arah jaket aku.Kan aku dah kata.Ada bende yang akan berlaku jugak.

Entah dari mana datang,seekor phantom terus muncul depan aku.Hanya setapak sahaja jarak kami.

"Jijik."

Aku menanggalkan jaket aku dan memasukkan ia ke dalam beg sandang ku.

Mesti korang pelikkan dengar cerita aku ni?Dunia aku dan dunia korang jauh bezanya.

Nak senang cerita.Dunia aku terdapat raksasa yang bernama phantom.Ia digelar phantom sebab manusia biasa a.k.a manusia yang takde kebolehan luar biasa tak boleh lihat phantom-phantom ni semua.

Hanya manusia yang ada keupayaan luar biasa je yang boleh lihat dan musnahkan mereka semua ni.

Oh!And one more thing.Manusia-manusia ni semua memang dah lama wujud.Tapi,...........long story short nya,Ada satu letupan aneh yang berlaku 55 tahun lalu.Disebabkan letupan tu,setiap manusia berkeupayaan luar biasa akan dilahirkan berpasangan.

Korang jangan salah faham.Ia bukannya lahir kembar ke apa.Like..............kononnya 'jodoh' lah orang selalu kata.Aku tak suka guna perkataan tu.Geli betul.

Pasangan ni tak boleh hidup dengan orang lain.Yang bukan pasangannya.Kalau tak,kucar-kacir jadinya.

Pasangan ni jugak mempunyai corak sel otak yang sama.Contohnya,hanya diorang berdua je dekat dunia ni yang ada corak sel otak yang sama.Sebab tulah saintis sekarang dah cipta mesin yang boleh melihat corak otak seseorang tu dan padankan dengan pasangannya.

Supaya tak menimbulkan masalah yang besar.

Pasangan aku?

Aku belum jumpa lagi.Nantilah.Umur aku baru umur 16 tahun.

Masih...........

'Kat mana awak sekarang......... ye?'

Suara...........siapa tadi?Dalam kepala aku pulak tu........

Aku memandang ke langit.Aku rasa hari aku tak dapat datang sekolah.

Aku terduduk.Nasib baik takde orang kat sini sekarang.

Dada aku................

Rasa sakit sangat.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience