Episod 2

Fantasy Series 790

Aku memandang siling bilik aku.Aku bangun daripada perbaringan dan menuju ke arah cermin yang terdapat di alamari bajuku.

Aku ada bagitau rambut aku warna putih kan?Well..........

Bila aku guna kuasa aku,rambut aku akan bertukar kepada warna ungu gelap.Lepas aku habis gunakan kuasa,rambut aku akan bertukar putih balik.

Mata aku pun.Asalnya warna hijau.Bila gunakan kuasa terus bertukar warna merah.

Tapi........sejak kejadian dekat pusara tadi,

I mean,masa aku sakit dada tadi.Warna mata dan rambut aku tak nak bertukar balik.

Something is weird.

Tiba-tiba,kedengaran deringan kecil daripada telefon pintarku.

Mesej daripada Houtarou lah................Mesti dia nak membebel lagi ni.Nasib baiklah lelaki ni takde depan mata aku.Kalau tak..........

Oh!Lupa nak bagitau.Houtarou Tokano ni kawan aku.Hanya satu-satunya kawan aku.Aku tak berapa suka bergaul dengan orang lain.

I have my own reason.Dan Houtarou ni ayah tiri tak bertauliah aku.

Asal tak datang kelas, hah!!!!! -Houtarou

Aku tersengih.Nasib baik orang tak nampak.Ramai kata cara aku tersengih creepy sangat.

Sorry.Aku tak sihatlah. -Mirai

Aku tau.Aku menipu.

Sebaik sahaja aku memasukkan handphone aku ke dalam jeans pocket,aku terus menuju ke arah tingkap.Hujan masih belum berhenti.

Yap!Lepas je aku balik dari pusara tadi,hujan tak berhenti turun.

Mesti korang tertanya kan,kat mana ayah aku?Aku pun tak tau.Tak ingat apa yang terjadi atas keluarga aku pun.Hanya memori tentang mama aku je yang aku ingat buat masa sekarang.

* * *

Tiba-tiba,pintu rumah aku terus dihempas kuat.Hampir tercabut pintu tu dibuatnya.

Empat orang lengkap bersut hitam memasuki rumah aku dan berdiri di hadapan aku.

Aku menjauhi tingkap.Pakaian aku dah lah sekarang hanya t-shirt hitam belang kelabu.Luarnya pula disarungkan baju berhoodie aku.Dilengkapkan dengan seluar jeans.

Nak dibandingkan dengan orang-orang yang berada di hadapan aku sekarang ni.Jauh bezanya.

Salah seorang daripada mereka mula bersuara."Nama kamu Mirai Toukasaki,kan?"

Aku hanya mendiamkan diri.Mengiyakan tidak.Menafikan pun tidak.Just suspicious about them.

Diorang semua terus mara ke hadapan.Tak semena-mena,aku keluarkan tangan kanan aku yang sejak tadi berada di sisi tubuhku.Tangan itu terus berubah bentuk kepada bentuk bongkah ais yang mana hujungnya sangat tajam.

Mereka semua mengundurkan diri setapak ke belakang.
Lelaki yang lain mula bersuara."Kami semua tak nak buat sebarang masalah.Nama saya Tsukasa Najima.Kami hanya diberi arahan oleh pengetua Sekolah Tinggi Moora untuk menjemput kamu ke sekolah ni."

Pengetua.Sekolah.Tinggi.Moora?

Rasanya tu sekolah elite.Asal lak sekolah ni nakkan aku?

Aku menggosok belakang leherku dengan tangan kanan.Aku menghembuskan nafas.

"I guess,I need to go with you guys......"

Tiba-tiba,............

'Hari ni saya rehat sorang-sorang.Bosannya........Harap awak tak macam orang lain...'

Suara perempuan tu lagi.......Siapa dia ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience