Perkara pertama yang aku nampak bila buka mata ialah Koyomi.Tak sedar pulak kitorang tertidur kat dalam perpustakaan mini ni.
Kepala Koyomi sekarang tengah menindih lengan kanan aku.Cuba untuk alihkan kepala dia,tapi takut terjaga pulak nanti.
Last-last,aku hanya biarkan keadaan kitorang berdua ni sampai Koyomi bangun daripada tidur.
Sementara tunggu Koyomi terjaga,aku teringat balik perkara yang kami berdua dah baca dalam buku 'rahsia' tu malam tadi.
* * *
"Big War hanyalah permulaan kepada kebangkitan semula kegelapan.Semasa Big War bermula,bahagian dunia yang terpisah menjadi semakin buruk.Demon King yang telah dikalahkan oleh 6 orang terpilih melarikan diri ke bahagian pertama dunia dan 'dia' kembali semula ke bahagian dunia ini untuk memulakan semula Big War tu."
What?Dia pergi ke bahagian dunia yang lain tu ke??!!Ok.........Tapi kalau Kinaru tau yang aku ada satu 'rahsia',tak mustahil lah yang dia pun tau cara untuk pergi ke bahagian dunia yang lagi satu tu,kan?
"Hei,Mirai!Tengok ni."Aku tengok halaman yang ditunjukkan Koyomi.
Koyomi mula membaca.
"Ni,prophercy yang saya baca hari tu.
Bintang terbelah dua,
Kedua-duanya mesti bersatu,
Memusnahkan kegelapan,
Membawa kepada keamanan,
Ataupun kehancuran dunia."
Apa maksud prophercy ni sebenarnya?Malaslah nak fikir pasal benda ni lagi.
Aku mengalihkan pandangan ke arah halaman sebelah pulak.Tapi kan,halaman yang aku nak baca ni lain daripada yang lain.
"Koyomi,kau lah baca" Aku bukannya malas tapi rasa macam penat sangat lah pulak........
"Kk"Dia tersenyum sambil mengambil buku tu daripada aku.
"Big War pertama yang dimulakan telah ditewaskan oleh 6 orang yang terpilih.Hanya dua orang daripada enam orang tersebut mempunyai kuasa yang tidak dapat dimiliki oleh sesiapa."
Koyomi mengalihkan pndangannya ke arah aku.Mukanya berkerut.
"Kuasa yang tidak dapat dimiliki oleh sesiapa'? Apa maksudnya?"
Aku mengeluh."Just read the text."
Dia tersengih dulu sebelum sambung membaca ayat seterusnya."Kuasa yang pertama ialah seseorang tu mampu menggabungkan keenam-enam kuasa yang terdapat di dalam diri 6 orang yang terpilih tu."
Koyomi berhenti membaca lagi.Apa benda pulak yang perempuan ni nak cakap lagi?
"Same as your power."
'How did you know?'
'We both can't be separate.Awak pasangan saya.I know all your secret.'-Koyomi.
"All,hah?" Aku berkata sambil mengangkat-angkat kedua-dua belah kening aku pada masa yang sama mendekatkan wajah aku ke arah mukanya.
Warna muka Koyomi terus berubah merah.Blushing lah tu.Dia mengangkat buku tu lalu menghalakan ia ke sebelah telinga kanannya.Menandakan jarak diantara kami berdua.
Aku tersenyum kecil.
"Dah lah.Saya sambung baca balik.Kuasa yang kedua pula ialah 5 kuasa elemen bumi."
Aku tersentak.Jadi,perkara yang Kinaru bagitau aku tentang perkara elemen bumi ni betullah.
Aku tertanya.Kalau apa yang tertulis dalam buku ni semuanya betul jadi,.....
"Siapa yang ada kuasa elemen bumi tu?"
Aku dan Koyomi berkata serentak.
* * *
Siapa agaknya yang ada kuasa elemen tu,ye?
"Mm...."Suara tu keluar daripada mulut Koyomi.Dia membuka matanya lalu tersenyum apabila mata kami berlaga.
"Selamat pagi."Koyomi berkata sambil bangun dan bersila di sebelah aku.Dia meregangkan kedua-dua belah tangannya ke atas.
Sebaik sahaja Koyomi bangun tadi,aku terus menarik kedua-dua belah tangan aku lalu meletakkan ke belakang kepala aku.
"Aku ingat kau tak nak bangun dah.."Aku tersengih lepas selesai menghabiskan ayat tu.
Badan Koyomi masih menghadap ke hadapan.Kepalanya sahaja dipusingkan untuk memandang muka aku.
"Hei!Saya bukan jenis 'M' yang awak cakap tu.."
Aku juga bangun lalu bersila di sebelah Koyomi."Whatever you say,Koyomi Soutaru."
Dia tersenyum bila dengar apa yang aku cakapkan.Perempuan ni memang suka senyum lah..
Rambutnya yang panjang sampai ke bahu ditiup angin melalui tingkap bilik perpustakaan mini ni.Cantik.Baju dari semalam yang dia pakai hanyalah baju tanpa lengan berwarna jingga lalu menunjukkan kulitnya yang memang dah berwarna cerah .Terdapat corak seekor arnab di hadapan bajunya.
Aku hanya memakai t-shirt belang biru dan putih.
"Jom mandi.Rasa penat lah.."
Koyomi ketawa bila aku cakap macam tu."Kenapa kau gelak?"
"Penat sebab baca buku je ke,malam tadi?"
Aku tersengih.Betul jugak apa yang dia cakapkan tu.
"Oh......Perli aku ye..?"
Serangan geletek dilepaskan ke arah pinggang Koyomi.Dia terus terbaring apabila serangan aku dilancarkan.Ketawanya masih tak berhenti walaupun tangan aku dah tak geletek pinggang dia.
"Saya ni sensitif tau tak?"
Aku hanya menggeleng."Tak tau"
Disebabkan apa yang aku jawab tu amat menjengkelkan,dia terus geletek pinggang aku pulak.
Kami berdua terbaring bersama-sama.Best jugak sekali-sekala dapat hilangkan stres macam ni.But still,aku kene cari orang yang memiliki kuasa elemen bumi ni..
Tiba-tiba,pintu tang berada di hujung kaki kami berdua dibuka.
"Oh......Bercinta-cintun kat sini rupanya.."
Abang Koyomi.Siapa lagi yang suka cakap macam tu.Tak silap namanya Zuka.Dia bagitau aku malam tadi.
Abang Koyomi ni memang suka kenekan kitorang berdua lah..
"Cepat mandi.Ibu dari tadi panggil korang berdua untuk turun makan."
Ceh!Patutlah dari tadi aku dengar ada suara perempuan panggil nama Koyomi.Ingatkan hantu lah tadi..
"Ok...."Dengan malas sahaja suara Koyomi menjawab.
Apabila pintu kembali tertutup,kami berdua berpandangan seketika sebelum menyambung ketawa yang tergendala tadi.
* * *
Aku hanya menunggu Koyomi untuk mengeringkan rambutnya sebelum turun ke bawah untuk bersarapan.Katanya tak sampai 5 minit untuk keringkan rambut dia tu.
"Dah siap"Katanya sambil berjalan ke arah aku.Memang apa yang dia cakap tu betul.Tak makan masa pun.Rambutnga siap disikat dan diselitkan ke belakang telinga.
"Kau tak rimas ke rambut panjang macam tu?"
Dia tersenyum sebelum menjawab pertanyaan aku."Rimas lah jugak tapi saya tak pandai buat hairstyle tu semua."
"Nak aku buat?"
Dia mengangguk laju-laju.Comel jugak bila dia buat macam tu.
* * *
"Dari mana awak belajar buat benda ni semua?"
"From my mom"
Koyomi terdiam bila aku jawab macan tu.
"Done!"
Dia terus menuju ke arah cermin bila aku cakap macam tu lalu memusingkan badannya untuk melihat tocang yang aku dah buat.
"Cantiknya!!"Koyomi tersenyum ke arah aku.
"Dah lah.Jom turun makan."
Dia mengangguk dan terus menuju ke arah aku lalu berpegangan tangan denganku.
Tiba-tiba,cahaya biru dan merah menerangi kami daripada bawah.Maksudnya Resonance tengah berlaku.Perkara macam ni memang boleh berlaku tanpa sengaja ke atas sesetengah pasangan.Tak membahayakan pun.
Koyomi hanya ketawa kecil bila perkara ni berlaku.So,.....takde apa-apa yang perlu dirisaukan sehinggalah.........
Ada beberapa titis darah menitik di hadapan kaki aku.Aku mengalihkan pandangan ke arah Koyomi.Reaksinya memang buatkan aku cemas.
"He-hei!Mirai!Awak okey tak ni??!!"
Tangannya dihalakan ke bawah dagu aku untuk menampung seberapa banyak mungkin darah yang keluar.Yes!A lot of blood is coming out of my nose.
Koyomi membawa aku untuk duduk di katilnya.
Memang.Darah akan keluar daripada hidung aku kalau terlebih guna kuasa.
But this!This is different.It's just suddenly came out.
Definitely!Something is wrong with me.
Share this novel