Episod 16

Fantasy Series 790

Disebabkan kejadian yang tak 'terduga' ni.....Aku terpaksa sarapan kat bilik Koyomi.Menyusahkan perempuan ni je.

Tapi dia pun kata "tak kisah".

"Apa yang kau cakap kat ibu kau pasal benda ni semua?"Aku menggerakkan jari telunjuk di sekitar bawah hidung ku.Darah memang dah berhenti.Cuma ada sisa darah je sekarang.

"Nothing....Cuma cakap yang saya nak makan kat atas hari ni.My mom pun benarkan sebab ada tetamu je minggu ni.."

Oh.....Aku yang menjadi mangsa dalam situasi ni..But okey jugak.Aku tak nak mak bapak Koyomi tau tentang hal ni.

"Baju.."

Aku berhenti daripada mengelamun.Perhatian kini ditumpukan kepada Koyomi semula.

"Baju awak penuh dengan darah.Tak nak tukar ke?"

Oh,yelah.Lepas dia mention pasal baju aku,baru aku perasan.Banyak jugaklah darah yang kene baju-t aku.Tanpa berkata apa-apa,aku terus membuka t-shirt aku ni.

"H-hei!Apa yang awak buat ni?Tak malu ke?"

Aku berhenti daripada melakukan perkara yang aku tengah buat sekarang.Precisely.....Aku hanya nak ambil baju berhud aku di dalam beg.

"Kisah apa aku."Aku berkata sambil memakai baju berhud tu."After all.....You'll live with me forever"

Aku melihat muka Koyomi.Merah.Aku tersenyum bila muka dia berubah warna."Get used to it."

"Mirai!"Dia menjerit nama aku sambil menbaling satu bantal ke arah aku.Nasib baik aku sempat elak.
Dari mana pun dia dapat bantal tu??!!Oh yeah!! I forgot.Dia ada kuasa telekinesis tu.

Tiba-tiba,ada orang ketuk pintu bilik ni.Siapa pulak yang datang ni?

Koyomi menuju ke pintu biliknya.

"Ibu?"Itu lah perkara pertama yang aku dengar daripada mulut Koyomi selepas membuka pintu.

"Mirai tu okey ke?"

"Okey......."

"Anyway....Cantik rambut kamu.Bye"

"Ibu!!Ah!!Semua orang sama je"

Koyomi berjalan semula ke arah aku."Macam mana ibu kau tau?"Aku bertanya sambil melipat lengan baju aku sehingga ke siku.

"It's naturally her power.Knows everthing.......But.."

Knows everything huh?Hebatnya...Tapi apa yang perempuan tu nak cakapkan tadi?

"Kuasa dia akan hilang ke?"

Muka Koyomi sedikit terkejut sebelum kembali tenang."Bukanlah dalam masa sekarang ni.....Cuma bila difikirkan,saya rasa kesian bila kuasa dia akan hilang."

Setiap manusia yang ada kuasa luar biasa akan hilang tak lama lagi.Maksud aku kuasa diorang akan hilang masa usia meningkat.Lebih kurang dalam umur lingkungan 60-an.Maybe sebab kejadian dunia yang terpisah tu kot?

Sebab sel manusia biasa masih ada dalam diri setiap manusia yang lain.Tapi ni semua hanya kesimpulan aku je.Pasal dunia terpisah tu..

Aku duduk di atas katil Koyomi semula.Tangan aku diletakkan di antara kedua-dua belah kaki aku.

"Happy lah.Sekurang-kurangnya ibu kau tak mati kan?"

Koyomi tersenyum sambil menganggukkan kepalanya."Awak pun masih rindukan mak awak ke?"

"Tak lah sangat.Lagipun dia takde masa umur aku 7 tahun.So.....Aku tak berapa ingat sangat tentang mak aku."

Koyomi berjalan ke arah aku dan mengambil tempat di sebelah aku.Dia mencapai tangan kiri ku.

"Apa kau nak buat?"

"Want to look at your past.Boleh.......,kan?"

Aku sekadar mengangguk.Koyomi mula memejamkan matanya.Tangan aku yang dia pegang diterangi cahaya kuning cerah daripada dalam.

Bayangan dulu sekali imbas di minda aku.Sedih jugak bila ingat kembali apa yang terjadi masa kat bilik tidur aku tu dulu.

* * *

Seronok dengar cerita yang mama ceritakan ni.Rasa macam nak dengar lagi.

Selepas tu,aku dengar mama mengungkapkan sesuatu.

"The end"

"Ala......... Takkanlah tu je ma.....?" Rengek aku.Teruk betul aku masa ni.Menyesal tak cakap "Rai sayang mama."

Mama aku tergelak bila aku cakap macam tu.Rindu nak dengar dia gelak lagi........ "Dah lah.Kamu tu kene tido.Esok sekolah kan?"

Aku mengangguk kecil sambil tersenyum.

Dia mencium dahi aku sebelum berlalu pergi meninggalkan bilik aku ni.

"Good ni........."

Tidak sempat ingin menghabiskan kata-katanya,tiba-tiba seekor raksasa yang besar menghancurkan separuh daripada bilik aku dan terus menikam perut mama aku.......

Aku tak mampu buat apa-apa pun.Dia memuntahkan banyak darah daripada mulutnya.

Aku hanya mampu kaku di atas katil sambil melihat dia perlahan-lahan mengukir senyuman.

Mama memejamkan matanya dan terus tersenyum.Memaksa dirinya tersenyum untuk dihadiahkan kepada aku buat kali terakhir sebelum berkata, "Lari...... Mama sayang kamu......"

* * *

Aku memejamkan mata aku.Air mata perlahan-lahan menuruni kedua-dua belah pipi aku.Aku menundukkan kepala.Aku menarik tangan kiri aku yang Koyomi pegang untuk tengok past aku tu...

Tak nak lah dia tengok lebih jauh....

Aku mengesat semua sisa air mata yang ada.Kembali mengalihkan pandangan ke arah Koyomi.

Ah!............Terkejut aku!Perempuan ni lagi teruk menangis daripada aku.Bukannya dia yang alami perkara tu....

Sebenarnya, perkara macam ni tak lah berapa menyedihkan kalau nak dibandingkan dengan ayah aku.Aku tak pernah jumpa,kenal atau bercakap dengan ayah aku.

Just know what he looks like sebab mama aku pernah tunjukkan gambar diorang berdua masa muda dulu.Mmm......Muka aku memang mirip ayah aku.Mama aku pun kata aku ni macam klon ayah aku.

"Janganlah.............menangis.......".Aku kalau bab-bab memujuk ni memang lemah.But thank god perempuan ni berhenti menangis.

Eh,kejap!Kinaru pernah cakap yang dia nampak semua yang aku nampak.Maksudnya,maklumat yang aku dan Koyomi baca semalam mesti dia dah tau.

Ada kemungkinan tak yang perempuan demon tu akan cari seorang lagi yang mempunyai kuasa yang tidak dapat dimiliki oleh sesiapa tu?Because.........'Dia' pun akan tewankan demon queen tu jugak,kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience