"Hey....Awak ok tak??"Itulah soalan pertama yang keluar dari mulut Koyomi.
"Ok........,"
Aku hanya lap darah yang tersisa dengan lengan baju sweather aku dan tarik tangan Koyomi."Kami pergi dulu"
"Ada kenderaan yang tunggu kamu di luar!!" Sempat aku dengar jeritan Pengetua Sakura masa berlalu keluar daripada biliknya.
Tanpa sedar aku masih genggam tangan Koyomi. "Lepas je lah tangan saya.Takut awak tak selesa." Dia cuba leraikan genggaman aku tapi aku eratkan lagi.Tak kisah apa orang kata kalau kitorang berpegangan tangan sekalipun.
"Takpelah.Lagipun kita akan hidup bersama jugak." Aku cakap macam tu pun sebab betul.Sempat lagi aku menangkap senyuman dia.
Kalau orang pandang muka aku masa aku cakap ayat tu, mesti diorang kata 'dia tak maksudkan kata-kata tu pun' . Aku memang tak suka tunjukkan perasaan aku melalui riak muka aku.
* * *
Apa yang pengetua tu katakan memang betul.Ada satu kenderaan seperti sebuah trak menunggu kami kat luar kawasan sekolah.
Bila kami masuk je ke dalam trak tu, ada satu pasangan ni dah siap ambil tempat duduk.
Pasangan perempuannya memberi senyuman apabila kami memasuki trak tu.But yang lelakinya hanya berikan satu jelingan.Mood tak baik kot....Aku bukannya kisah pun.Aku tak balas senyuman perempuan tu atau jelingan lelaki tu.Malas nak layan.
Walauapapun,Koyomi balas jugak senyuman perempuan tu dan tidak dipedulikannya jelingan lelaki tu.
"Nama saya Reine Zukihara.Dan ni....." Jari telunjuk perempuan tu dihalakan kepada pasangannya di sebelah. "..............Akira Nazushi."
Ooooo.....So lelaki bad mood ni Akira..
"Saya Soutaru.Koyomi Soutaru.Ni pulak ........." Belum sempat Koyomi habiskan ayatnya,aku mencelah.Buat apa orang lain perkenalkan diri kita sendiri,kan?
"Mirai Toukasaki.."Lepas habis je aku cakap ayat tu,aku nak keluarkan earphone aku,tapi......
'Janganlah dengar sekarang.Dengar lah lepas bunuh phantom tu nanti'-Koyomi.
Aku jeling dia.Dia kasi senyuman.Perempuan ni memang suka senyum eh?
Aku tanya dia. 'Kenapa?'
'Sebab takut awak hilang focus?'-Koyomi.
Dia mengelipkan matanya.Dia ingat dia comel?But actually,she kinda cute.
Aku mendengus perlahan.Cukup hanya aku yang dengar.
* * *
"Kami dah sampai.Tutup kawasan ni sekarang."Aku dengar Akira cakap dengan seseorang melalui alat komunikasi di telinganya.
Yeah............Aku dan Koyomi pun dapat satu sebelum naik trak tu tadi.
Maksud Akira dengan tutup tu adalah.....macam.........sekeliling kawasan yang kami nak bunuh phantom-phantom tu akan dilindung oleh sebuah perisai.It's like medan dinding yang memisahkan kawasan ni dengan dunia luar.
Supaya orang yang takde 'gifted' ni tak boleh masuk ke kawasan phantom ni dan tercedera.Walaupun diorang tak boleh nampak,but they still can get injured.
* * *
Selepas dinding telah didirikan di kawasan ni,pasangan 'Akira' mula track phantoms tu.Katanya hanya ada tiga.Easy kerja aku kalau macam tu.
Why?Because aku pernah lawan lebih banyak daripada tu.
Kami semua mula berjalan ke arah phantom-phantom tu semua.Aku dan Koyomi berjalan di hadapan sekali.Zukihara pulak berjalan di belakang kami berdua dan Akira berada di belakang sekali.Kononnya sebab dia kata nak 'protect' kami semua kalau ada serangan mengejut daripada belakang.
And suddenly I hear something daripada semak-samun di belakang Akira.Lelaki ni tak dengar apa-apa ke?
Aku hanya bersiap sedia.Terus muncul busur ukiran kayu di dalam genggaman tangan kiriku.
'Kenapa,Mirai?'-Koyomi.
'I felt something'.
Aku mengahalakn busurku ke arah belakang Akira.Akira terus menengking aku.Dia rasa aku nak panah dia kot?
"Woi!Woi!Apa kau nak buat?"
Aku tak pedulikan jeritan dia.Apabila aku menarik tali busur tu,muncul berpuluh-puluh anak panah padanya.
Aku melepaskan anak-anak panah tu.Akira hanya menutup matanya.Maybe takut?
Tepat.Anak panah aku tu tepat mengenai kepala phantom di belakang Akira.Phantom akan terus bertukar menjadi abu bercahaya apabila ia dah mati.
Dan sasaran aku ni mati.
"Takkanlah benda easy macam tu pun kau tak tau?You said you already kill many of phantoms.But benda ni pun kau tak leh handle."Habis je aku cakap macam tu,aku nampak Akira menggenggam kedua-dua belah tangannya dengan kuat.
Sampai aku nampak ada darah menitis daripada genggaman tangan kanannya.
Share this novel