Episod 14

Fantasy Series 790

Nak tak nak,aku kene jugak bercuti.

Disebabkan hari ni hari Sabtu,aku decide untuk bermalam kat rumah Koyomi.Better than aku duduk rumah sorang-sorang,kan? Kan?

* * *

Aku mengetuk pintu rumah Koyomi beberapa kali.
Selepas tu,ada seorang wanita dalam lingkungan umur 30-an membuka pintu.

Koyomi berdiri di belakang wanita tu sambil tersenyum ke arah aku.Aku memebalas senyuman tu..

"Kamu ni..........."

Aku mengalihkan perhatian ke arah wanita tu semula.

"Toukasaki,ke ......?"

Aku mengangguk perlahan-lahan...

Dan tiba-tiba,perempuan tu mencubit kedua-dua belah pipi aku...

Gahh!!Sakitnya.....

"Comelnya kamu ni!!!"

Comel?Muntah hijau aku dengar.

"Masuklah"

"Terima kasih....Puan Soutaru"

"Panggil mak cik pun takpe......."

Dia tersenyum ke arah aku selepas cakap macam tu.Senyuman dia sama je macam Koyomi..

* * *

Masuk je ke dalam rumah Koyomi,......Perempuan ni terus tarik tangan aku naik ke bilik dia.

"Jom,Mirai.."

Masuk je bilik dia,aku terus kaku.

"Kenapa?Tak nak masuk ke?"

Aku tersengih sambil perlahan-lahan mengalihkan pandangan ke arah Koyomi.

"Kenapa awak senyum macam tu?Creepy lah......"

Aku merapatkan wajah aku ke arah muka Koyomi dan pada masa yang sama,aku mengecilkan mata.....

"Ma.Las."

Koyomi berpaling dari melihat wajah aku.Dia menuju ke arah katilnya lalu mengambil sebuah bantal berbentuk burung warna putih.

Bukk!!!

Dia baling bantal tu ke arah muka aku.

Aku mendiamkan diri dan perlahan-lahan mengambil bantal yang terjatuh atas kaki aku tadi.Aku membaling bantal tu semula dan tepat mengenai mukanya.

"Hei!!"Baru dia nak balas,Mak Cik Soutaru menjerit dari tingkat bawah rumah ni.

"Hei!Cepat sikit bersiap.Makan malam dah sedia!!"

"OK!!!"Kami berdua jawab serentak lalu ketawa.

Dah lama tak rasa happy macam ni sejak kematian mama aku..

* * *

Selesai je makan malam,Koyomi terus membawa aku ke arah bilik di hujung sekali koridor tingkat atas rumah dia.

Rumah dia besar ke?Well........Agak besar lah.....

"Wait!" Aku menjerit.

Koyomi memberhentikan langkahnya. Bahananya, habis aku tersadung dan kami berdua terjatuh di atas lantai tu.

Aku nampak macam kepala Koyomi yang akan menghempas ke lantai ni dulu.So,.......aku memeluk tubuh badannya dan menjatuhkan diri aku ke belakang.

Akibatnya,memang belakang aku sakit lah....

Koyomi mengangkat wajahnya dari terus mencium dada aku.Mukanya mula kemerahan.

"Kau okey tak?"

Koyomi mula berdiri dari terus berada di atas tubuh badan aku lalu mengangguk.

Aku mengubah posisi kepada duduk bersila.

"Awak okey ke...?"

"Okey.Sakit sikit je "

Tiba-tiba,kitorang berdua dengar ada seseorang bertepuk tangan.

"Indahnya cinta remaja..."

Kitorang berdua memalingkan wajah untuk melihat pemilik suara tu.

"Abang?Bukan abang dah tidur ke..??!!"

Ooo...........Abang dia rupanya....

Dia ketawa sebelum menjawab pertanyaan Koyomi tu.

"Abang dah tidur dah tadi.Tiba-tiba je haus.So,abang nak pergi turunlah ni.Tapi tak sangka lah pulak boleh tengok aksi macam ni...."

Lepas tu dia sambung ketawa nya tadi sampai air matanya keluar.

Macan mana aku tau air mata dia keluar?Sebab selepas dia habis gelak,lelaki ni lap sisa air mata dia di bawah matanya.

Dia meluru ke arah aku.Ah,sudah!Apa pulak yang dia nak buat ni...?

"Kau......Pasangan Mimi ke?"

"Mimi?"

Dia menghalakan jari telunjuknya ke arah Koyomi.Mimi tu Koyomi ke?Cute nya nickname dia...

"Aku Tezuka Soutaru.Panggil Zuka je."

Dan selepas dia cakap macam tu,Zuka menepuk bahu kanan aku.Hampir melatah dibuatnya.

"Jaga adik aku baik-baik."

Bila Koyomi dengar Zuka cakap macam tu,Koyomi terus menendang kaki abangnya.

Tapi dia sempat mengelak.....

"Cau dulu!!"

Lepas tu Zuka sambung mengilai.Gelaklah tu namanya.....

"Abang!!!!"

Aku melihat kelibat Zuka hilang di sebalik kegelapan tu...

"Lupakan je apa yang berlaku tadi.Jom"

Suara Koyomi kembali ceria bila dia sebut perkataan 'Jom' tu.

* * *

Bilik yang kitorang masuk ni perpustakaan mini rumah Koyomi rupanya.

"Kenapa pergi ke sini?"

Aku pun pelik.Buat apa nak baca buku malam-malam?

"Ingat tak saya ada cakap pasal satu buku ni..?"

Dia berkata sambil memunggah sebuah kotak..

"Jumpa pun!"

Dia menyerahkan buku tu kepada aku.Buku ni takde tajuk.Hanya terdapat dua gambar bulan sabit berwarna merah terang.Kedudukan kedua-dua bulan sabit ni bertentangan.Permukaan melengkungnya bercantum secara terbalik.

Hei!Bila diingatkan balik.Simbol bulan sabit ni macam....

Aku menyinsing lengan baju kanan sampai ke atas bahu...

Gambar tu sama macam simbol kat bahu aku....
Bentuk bulan sabit yang menghala ke arah kanan.

"Samalah...."

Aku dengar perkataan tu keluar daripada mulut Koyomi....

Aku sekadar mengangguk.

Tanpa lengahkan masa lagi,aku terus membuka halaman pertama.

"The Future Is Not Eternal?...."

Koyomi membaca ayat yang tertera di halaman pertama tu.Aku menyelak halaman seterusnya.

Big......War? Ni buku pasal sejarah ke??

"Big War bermula disebabkan perpisahan dunia kepada dua bahagian.Bahagian yang pertama hanyalah dunia yang biasa dan bahagian yang kedua adalah dunia ini.Bahagian pertama di dunia ini tidak tahu akan pembahagian dunia yang berlaku."

Aku berhenti baca.Maksudnya buku ni tentang sejarah yang berlaku kat dunia ni.Rahsia yang tersimpan.Terbahagi kepada dua bahagian?Dunia yang aku duduk ni bahagian yang kedua?

Kalau buku ni terjatuh kat tangan orang macam Kinaru tu,ada tak kemungkinan yang diorang akan cari cara untuk membuka laluan ke bahagian dunia yang lain tu?Bahagian pertama dunia yang takde siapa tau lagi?

"Awak rasa,.........akan berlaku perkara yang buruk ke?"

Aku hanya menggeleng

"I don't know either....."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience