BAB 4

Horror & Thriller Completed 1871

Sewaktu memandikan jenazah Mak Som, kesulitan telah berlaku, kerana baunya terlampau busuk sehinggakan dari lima orang yang dipertanggungjawabkan untuk memandikan jenazah hanya tinggal dua orang, kerana mereka tidak sanggup dengan bau tersebut. Pengebumian jenazah Mak Som pun, ramai yang tidak hadir kerana mereka tidak tahan dengan bau yang kurang menyenangkan.

Selepas kenduri tahlil berakhir, Mila serta sanak saudara yang terdekat masuk ke bilik masing-masing untuk tidur akibat keletihan. Sekitar pukul 3 pagi, Mila terjaga, dia terdengar suara seperti orang bercakap-cakap. Lalu dia mencari-cari gerangan suara tersebut. Terasa seperti mahu gugur jantungnya apabila mendapati anaknya berada di bilik arwah neneknya sedang bercakap berseorangan.

” Hani..mari masuk tidur kat mama…”, Mila memaut tangan Hani. Namun Hani menepis.

” Tak nak, Hani nak berborak dengan nenek…nenek kata dia rindu kat Hani…”, Hani menjauhkan diri daripada.

Mila berasa seriau, lalu dia berlari menuju ke biliknya, namun ketika mahu mengejutkan suaminya, dia dapati Hani lena tidur di sebelah suaminya.

Keesokkan harinya, Hani menceritakan peristiwa yang berlaku semalam. Suaminya menganggap yang Mila hanya bermimpi.

” Abang, kita balik KL hari ini juga ye…Mila risaulah…”, Mila memberi cadangan.

” Kita balik lusa la….lagipun tak elok kan, mak awak kan baru meninggal….”, Saufi berkata.

Sedang mereka bercakap-cakap, Hani datang kea rah mereka.

” Hani nak makan ke?, Mila menyoal.

” Nak….’.

Ketika Hani sedang menjamu selera, Mila terpandang akan rantai yang dipakai oleh Hani. Lantas ditanyanya.

” Hani….hani dapat dari mana rantai tu…?, Mila menyoal dengan penuh curiga, kerana rantai tersebut seperti kepunyaan ibunya.

” Oh..rantai ni, nenek yang bagi, dia kata Hani tak boleh sesekalipun tanggal…”

Mila merapatkan dirinya dengan suaminya, lalu dia berbisik.

” Hani, bak sini rantai tu, Hani kan kecik lagi, biar papa simpan dulu..bila Hani dah besar nanti papa bagi balik….”, Saufi memujuk.

” Tak nak, lalu Hani berlari menuju ke biliknya.

” Bagaimana ni abang, Mila rasa kan, mak dah turunkan pewaris saka dia kepada Hani melalui rantai tu la…”, Mila menyatakan pendapatnya.

Saufi berfikir sejenak.

” Kalau begitu, malam ni abang akan panggil Tuk Imam Ali, supaya cuba tengokkan Hani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience