Tiba-tiba, Mila merasakan seperti ada angin bertiup melintasinya. Laju…lantas dia menoleh ke belakang. Mila seperti ternampak kelibat melintas laju di hadapan bilik ibunya. Dia cuba memberanikan diri dengan menjenguk ke luar bilik, namun tiada sesiapa pun. Dia mula berasa seriau. Nak kata kucing, tak mungkin kerana ibunya tidak pernah membela kucing.
Tok..tok….kedengaran bunyi pintu diketuk. Lantas Mila menuju ke pintu utama untuk membukanya, namun apabila dibuka, tiada sesiapa. Mila mula ketakutan, lantas ditutupnya pintu, lalu berlari menuju ke bilik ibunya. Mila berasa risau apabila dia dapati jenazah ibunya serta anaknya tiada di situ. Lantas dia menjerit-jerit memanggil nama anaknya.
” Hani…hani….”, namun tiada sahutan.
Tiba-tiba Mila ternampak Hani sedang duduk di meja makan sambil menjamu selera.
Mila berasa lega apabila Hani berada di situ, namun dia masih risau kerana jenazah ibunya tiada sewaktu dia ke bilik ibunya selepas membuka pintu utama tadi. Sedang Mila berfikir, Hani berkata,
“Mama…mama tak nak makan ke….cuba tengok nenek tu, makan sampai bertambah…Hani tersenyum sambil menunjuk tempat kosong di hadapannya.
Mila terpana…, nenek….getus hati Mila.
” Mila..Mila, abang dah balik, Saufi menjerit. Lantas Mila memaut tangan anaknya, lalu dia segera berlari mendapatkan suaminya.
” Abang…jenazah mak takde…”, pucat muka Mila.
Saufi segera menuju ke bilik ibunya. Mila mengekori dari belakang.
” Ni ada je…,” Saufi berkata.
Mila pelik…tadi takde, dia berkata dalam hati.
” Perasaan Mila je kot..”, Mila menyedapkan hatinya.
” Erm….tadi abaang dah cakap kepada ketua kampung, dia akan datang sebentar lagi dengan yang lain. Kamu siap-siaplah apa yang patut,” lalu Saufi mengambil surah yassin untuk dibaca.
Share this novel