Tuk Imam Ali, sampai ke rumah mereka selepas Isyak.
” Tuk Imam..tolonglah tengokkan keadaan anak saya ni, saya takut mak mertua saya dah mewariskan sakanya kepada anak saya ni…”, Saufi berkata.
” Saya akan cuba…pergilah panggil dia sekarang…”.
Mila segera menuju ke bilik Hani, lalu memimpin dia ke ruang tamu. Hani memandang tajam kea rah Tuk Imam tersebut. Tuk Imam cuba berkomunikasi dengan Hani, namun Hani tiba-tiba bertukar menjadi agresif dengan cuba menerkam tuk Imam Ali, namun sempat dipegang oleh Sanak saudaranya.
” Kenapa kau datang sini, aku susah payah nak cari tuan yang baru, kau pula cuba memusnahkna harapan aku….”, Hani berkata, namun suaranya menjadi garau seperti suara lelaki.
Tuk Imam hanya bertenang. Lantas dia menanggalkan rantai yang dipakai oleh Hani. Hani menjerit-jerit lalu pengsan.
” Tolong..tolong aku, aku nak bergantung kepada siapa lepas ni, aku perlukan tuan”, kedengaran suara pada rantai tersebut.
Tuk Imam Ali tidak mengendahkan rayuan suara tersebut lantas, dia membacakan ayat-ayat suci al-Quran lalu dihembusnya kea rah rantai tersebut. Kemudian dia membalutkan rantai tersebut dengan kain hitam.
” Besok, kamu buangkan rantai ni ke sungai hujung kampung ni, jangan sesekali kamu membuka balutan ini, ” Tuk Imam Ali memberi pesanan kepada Saufi.
Saufi mengucapkan terima kasih kepada Tuk Imam Ali. Malam itu juga, Saufi sepakat untuk meninggalkan rumah tersebut selepas membuang rantai tersebut di sungai hujung kampungnya itu.
Share this novel