”Sakit!! Tolonng! Mila…, tolonglah mak nak, mak tak tahan dah..,” Mak Som merayu.
Mila serba salah, diluah mati mak, ditelan mati bapak. Dengan nada sebak Mila berkata,
” Mak, Mila minta maaf maaf mak, Mila tak nak bersetongkol dengan iblis dan syaitan mak. Nanti akan dilaknat Allah mak….”, Mila sebak.
Tiba-tiba Mak Som menengking,
” Kau nak tengok aku menderita begini ke???, kau tak kesiankan aku ke??, kau seorang sahaja anak aku, menyesal aku lahirkan kau dulu..”, Mak Som meninggikan suara.
Mila, tidak sanggup lagi mendengar rayuan ibunya lagi, dia takut sekiranya dia berada lama di bilik ibunya, dia akan berasa kesian, berkemungkinan dia akan menerima tawaran ibunya iaitu mewarisi saka yang dibela sejak zaman nenek moyangnya. Lantas dia segera keluar dari bilik ibunya. Mak Som hanya memandang Mila dengan perasaan marah.
Share this novel