BAB 6

Horror & Thriller Completed 1871

3 Tahun kemudian….

” Abang….cuba tengok ni, Sarah jumpa benda ni kat tebing sungai tadi….”, Sarah menunjukkan benda yang berbalut kain hitam tu.

” Bukalah…”, Hakim berkata.

Apabila mereka membukanya, mereka dapati ada seutas rantai di dalamnya. Mereka berasa gembira, lantas Hakim memakaikan rantai tersebut di leher isterinya.

Kini saka tersebut sudah mempunyai pewaris. Tanpa mereka sedari, mereka merupakan tuan baru kepada saka tersebut.

***

“Barangsiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.”(Surah An Nisaa’: 48)

Saka adalah satu perbuatan yang banyak diamalkan oleh masyarakat terdahulu, khususnya masyarakat Melayu. Istilah saka adalah merujuk kepada segolongan manusia yang mengadakan perjanjian dengan golongan jin untuk membantu golongan manusia tersebut melaksanakan segala impiannya.

Antara tujuan diambil jin saka ini ialah:

menjaga binatang ternakan.

menjaga keselamatan rumah.

perubatan (bomoh).

perbidanan.

ilmu mempertahankan diri contohnya ilmu kebal.Antara kaedah memperkuatkan pertahanan diri bagi menghadapi gangguan saka dan makhluk halusadalah mengamalkan bacaan ayat kursi, membaca doa menghalau syaitan (al-Mukminum: ayat 97 dan 98), sentiasa membaca al-Quran dan ta’awwuz selain kuat beribadat kerana syaitan akan berasa panas apabila berhadapan dengan mereka yang mengamalkan kaedah berkenaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience