BAB 2

Horror & Thriller Completed 1871

” Mama..mama, Hani laparlah…”, Hani merengek.

Hani merupakan anak tunggal kepada Mila.

” Hani lapar, sekejap mama hidangkan lauk ye , nanti panggil papa sekali okey,”, Mila berkata.

Hani lantas pergi ke ruang tamu untuk memanggil papanya. Namun langkahnya terhenti di hadapan bilik neneknya. Dia terdengar suara neneknya, seperti sayup-sayup memanggil namanya. Dia ingin melangkah masuk ke bilik neneknya, tetapi ibunya pernah mengingatkannya supaya jangan sesekali masuk ke bilik neneknya tanpa ibunya atau papanya. Namun,suara tersebut cuba mempengaruhinya. Lantas kakinya melangkah perlahan-lahan memasuki bilik neneknya.

” Nenek okey ke??,” Hani menyoal.

Mak Som tersenyum. Bagus, kalau Mila tak nak tak mengapa, aku boleh bagi kepada Hani, getus hatinya.

” Hani….,” Mak Som berkata.

” Ye nek..,” Hani memandang neneknya yang terbaring di atas tilam using itu.

” Sebelum nenek pergi, nenek nak hadiahkan Hani rantai, Hani janji dengan nenek jangan sesekali menanggalkan rantai ini, waima disuruh oleh mama dan papa Hani ye..,” lantas Mak Som menanggalkan rantainya yang sentiasa dipakainya.

Hani pula seperti terpukau, lalu memakai rantai tersebut. Sejurus selepas Hani menyarungkan rantai pemberian Mak Som di lehernya, Mak Som terus menghembuskan nafasnya dalam keadaan mengerikan kerana tiba-tiba sahaja tubuhnya bertukar menjadi hitam , tidak semena-mena hujan turun dengan lebatnya disertai dengan guruh. Hani terpaku di sebelah Mak Som.

” Hani…Hani….,” Mila memanggil anaknya. Dia risau jika bekalan elektrik putus dengan tiba-tiba kerana di luar hujan sangat lebat disertai dengan guruh dan petir.

” Abang..abang ada Nampak Hani tak, tadi Mila suruh dia ajak abang makan, Mila cari dalam bilik dia pun tiada…”, Mila melahirkan kerisauan.

” Jangan-jangan….”, mereka memandang kea rah bilik Mak Som. Lantas mereka menuju ke bilik Mak Som.

Mila dan Saufi terkejut melihat tubuh Mak Som yang mengerikan. Lantas Mila memeluk tubuh Hani yang seperti dalam keadaan trauma.

“Hani tak apa-apa ke??,” Mila menyoal. Hani hanya menganguk.

” Mila abang nak pergi ke rumah ketua kampung sekejap, nak menghabarkan kematian mak….”, Saufi berkata.

” Mila ikut….”

” Ishk…nak ikut buat apa, siapa nak jaga jenazah ni, tak baik jenazah ditinggalkan sendirian di rumah, abang pergi bukan lama, sekejap je…”, Saufi membalas.

Mila hanya mengangguk.

” Abang hati-hati ye, hujan ni…”, Mila melahirkan kerisauan kerana hujan masih lebat di luar.

Sepanjang Saufi ke rumah ketua kampung, Mila cuba bertenang, untuk menghilangkan perasaan takutnya Mila membaca surah yassin di sebelah jenazah ibunya. Hani pula dari tadi tidak berkelip-kelip memandang jenazah neneknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience