Ayuni segera menarik kerusi dan duduk sebelah Muiz. Tanpa segan silu dia menyendengkan kepalanya ke bahu Muiz. Ayuni mula beraksi manja dan Muiz merelakan sahaja kerana itulah pengubat rindunya selama ini.
Ayuni tidak rasa pelikpun bersikap begitu kerana dia tahu Muiz tidak akan jelik . Hati Muiz sudah lama dalam tawanan Ayuni.
Dengan suara yang lembut Muiz meminta Ayuni mengangkat kepalanya semula. Bukan Muiz tidak selesa atau marah tetapi ingin menjaga pandangan orang lain di sekitar.
Ayuni memulakan bicara. Meluahkan soalan yang menebalkan lagi rasa kasih Muiz kepadanya.
" Kenapa you tak call I?"
Muiz merasakan telinga seperti mencapang dan membahang. Tetapi dia segera memujuk hati supaya tenang dan tidak bertingkahlaku tidak wajar. Dia membiarkan sahaja soalan itu tanpa jawapan. Baginya soalan Ayuni itu diertikan sebagai.
" You selalu ingat I kan?"
Muiz melakarkan senyuman dan bertanya kenapa Ayuni berada di sini. Ayuni hanya mendiamkan diri dan terus merenung wajah jejaka kesayangannya.
Banyak perkara yang Muiz ingin tahu semua tergantung. Cara yang tersembunyi Ayuni mengikat hati Muiz.
Rahsia semakin terbongkar. Jumpa di Bab 6.
Share this novel