Muiz terus mengenggam telefon bimbitnya sambil melangkah masuk ke pejabat. Dia menuju ke meja kerjanya dengan wajah yang berseri dan segar. Dia sempat juga melemparkan senyuman kepada rakan sekelilingnya yang telah bersedia melakukan tugas masing-masing. Terpancar aura semangat pagi di seluruh ruang pejabat
Muiz menarik kerusi dan duduk dengan berbaki senyuman di bibir. Penampakan wajah yang ceria, dia berjaya menyembunyikan rasa bergolak resah di hatinya. Dia mencapai fail-fail sambil membelek beberapa tugasan yang harus dibereskan. Walaupun begitu, tumpuan kerja hanya lima puluh persen sahaja. Selebihnya dia terus berperang dengan runtunan perasaan yang melekat kuat setiap masa.
Di mana sahaja lokasi Muiz singgah perasaan ini tidak mudah lekang. Dia menanggung derita ini di pejabat, di rumah, di tempat beriadah, di warung sehinggakan ke bilik air sekalipun. Muiz sebenarnya menghadapi derita yang parah tetapi pameran luarannya tetap biasa.
Jari-jari Muiz berlari laju di papan kekunci komputer ribanya. Dia tekun, wajahnya tertumpu ke skrin komputer ribanya. Namun sekali-sekala anak matanya beralih ke skrin telefon bimbitnya. Muiz sering menantikan sesuatu yang boleh mencetuskan rasa bahagia.
nantikan di Bab 2) ....tunggu ya guys)
Share this novel