Bab 2

Short Story Series 1661

Percikan air membasahi muka Ayuni. Dia merenung ke cermin yang mempersembahkan mata yang bercahaya dan raut wajah yang segar milik seorang gadis yang menawan. Dia mengapai tuala dan mengelap muka sambil melakarkan rancangan-rancangan yang tertentu di dalam benaknya.

Sebelum dia melabuhkan punggung, deringan telefon bimbit menerjah masuk ke rongga telinga. Ayuni membiarkan saja kerana dia tahu siapa yang telefon.

Ayuni teruskan saja bersiap untuk keluar. Dia lebih utamakan penampilan yang menarik, jadi dia tidak rasa rugi pun menghabiskan masa yang lama di hadapan cermin. Ayuni tidak langsung menjawap panggilan .Nama yang terpapar di skrin telefon ialah Muiz. Ayuni dari awal sudah mengagak.

Tingkahlaku Ayuni sebegitu ada agenda yang menjerat hati kekasihnya. Muiz tidak tahu tetapi keberkesanannya menyerap masuk ke jiwa . Gelora jiwa Muiz meronta-ronta. Ingatan kepada Ayuni tidak mudah pudar malah semakin mekar.

ada lagi....jumpa dalam Bab 3 ya.....Salam terima kasih kerana suri membaca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience