Muiz menyimpan telefon bimbitnya ke dalam saku. Dia bangun dan melangkah ke kereta. Dia membatalkan hasratnya untuk menelefon Ayuni. Lagipun hari sudah gelap dan lebih baik dia balik ke rumah.
Semasa Muiz memandu fikirannya melayang. Tidak ada yang lain yang dia fikirkan kecuali Ayuni. Sehinggalah dia menyedari yang dia sudah gila angau. Muiz beristigfar dan mula mengkaji kenapa dia jadi begitu. Perkara pertama yang dia akui ialah terlampau melayani perasaan bercinta.
Kemudia dia mngenangkan tingkahlaku Ayuni. Dia baru sedar selama ini apa yang dibuat Ayuni adalah untuk menguatkan rasa rindu dendam terhadapnya. Patutlah Ayuni sengaja tidak mengangkat pangilannya. Patutlah Ayuni tidak menjawap jawapan yang betul. Semuanya jawapannya samar-samar apabila ditanya Muiz. Apa yang dibuat Ayuni itu menjadikan semua perkara itu tergantung. Sekarang Muiz baru faham. Seringkali juga bila bertemu Ayuni , dia akan berkelakuan manja supaya Muiz terus mengingatinya.
Muiz menampar pipinya. Dia sekarang baru sedar apa yang telah berlaku pada dirinya. Dia memang sayang Ayuni tapi kali ini dia tidak mahu dilamun cinta yang tidak terpimpin. Mujurlah dia mendapat satu kesedaran dan selepas ini dia akan lebih waras dalam perhubungan cintanya.
ya dah habis. sila tinggalkan Komen untuk menambahbaik tulisan saya. tq
Share this novel