Ayuni mengorak langkah perlahan-lahan ke arah restoran. Dia yakin itu adalah sosok tubuh yang sentiasa di hatinya. Debaran makin kencang , rasa teruja memuncak seolah-olah terjumpa lombong emas.
Dia menghampiri sosok tubuh yang duduk berseorangan. Muiz sedang menikmati makanan tidak menyedari langsung apa yang berlaku di sekitarnya. Fikirannya melayang-layang mengenangkan kekasihnya Ayuni, padahal Ayuni sudah menghampiri.
Selang beberapa tapak Ayuni berdiri tegak di belakang Muiz sambil memikirkan bagaimana untuk mengejut Muiz . Oleh kerana rasa cinta yang kuat, Ayuni mendapat akal yang mudah ialtu dia hanya membongkok sedikit ke telinga Muiz sambil berbisik.
"Hai sayang."
Muiz mengangkat muka dengan mata yang sedikit membulat. Sudu dan garpu terlepas dari tangan dan berdenting terkena pinggan. Dia mengerut dahi memikirkan apakah betul apa yang didengar. Dia memalingkan muka perlahan-lahan sehingga dua pasang mata saling menatap. Kedua-duanya terkaku seketika. Mujurlah ada seorang pelayan datang meletakkan bill atas meja Muiz.
"Ayuni! macam mana boleh sampai di sini?" tanya Muiz.
Ayuni memberikan senyuman manja dan menjawab.
" You guess "
Dia selalu memberi jawapan sebegini untuk menguatkan lagi rasa rindu kekasihnya.
anda sudah nampak ke teknik2 para wanita guna utk memikat? Jom kita jumpa di Bab 5
Share this novel