Bab 3

Short Story Series 1661

Jam di tangan Muiz sudah enam petang. Selesai mengemas Muiz keluar dari pejabat. Muiz melangkah keluar dari pintu lif untuk menuju ke keretanya. Tetapi dia membatalkan hasratnya kerana dia terpandang restoran masakan panas di seberang jalan. Dari tadi perutnya berkeroncong.

Apa yang masih bermain di fikiran ialah mengisi perut dan yang parah teruk ialah ingatannya kepada Ayuni.

" Kenapa Ayuni tak jawap pangilan abang tadi?" dia bermonolog.
Muiz duduk di meja sambil menungkat dagu. Sementara menunggu makanannya sampai, di benaknya bertanya dan terus bertanya.Namun Muiz tidak akan bertemu jawapan . Kali ini pameran perasaan dicerminkan di air mukanya yang resah, gelisah dan mengharap. Berbeza bila dia di pejabat kerana di sini tidak ada rakan sekerja yang dapat melihat.

Muiz mencapai segelas teh o ais limau yang baru saja diletakkan di atas meja. Dia memegang penyedut minuman dan meneguk air untuk membasahkan tekak. Sementara menunggu makanan sampai, jarinya tidak lekang dari skrin telefon bimbitnya. Dia melihat mesej-mesej yang sebelumnya dari Ayuni dalam applikasi Whatsapp. Kadang-kadang dia tersenyum, adakala dia nampak tegang dan termenung.

Ayuni berlegar-legar di dalam kedai serbaneka berdekatan dengan restoran di mana Muiz menikmati makan malam. Ayuni membuka peti sejuk beku untuk membeli aiskrim. Tetapi dia rasa macam terdorong untuk mendonggak kepala melihat ke luar kedai. Terdetik di hatinya ingin mencari seseorang. Dia merasakan satu tarikan yang sangat kuat.

Muiz mengunyah nasi goreng cendawan perlahan-lahan. Nasi goreng cendawan memang enak tetapi tumpuan Muiz adalah Ayuni. Keinginan untuk bertemu amat kuat. Dia sendiri merasakan Ayuni sudah dekat dia.

Ayuni menolak pintu kaca kedai serbaneka dan melangkah keluar. Tetapi, tiba-tiba kaku berdiri sambil memandang ke arah restoran masakan panas. Jantung berdebar laju. Seluruh tubuhnya mengeletar seolah-olah mahu menerpa sesuatu.

di bab 4.kita jumpa ya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience